Thursday, August 20, 2009

TAIPING TERUS GEMPUR HPA

Pada 15 & 16 Ogos 2009, telah berlangsung PBC Taiping di Hotel Seri Malaysia Taiping yang telah menghimpunkan seramai 70 orang peserta dan ia merupakan penyertaan paling ramai pada tahun ini. Menurut Pengarah Program iaitu, iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof, penyertaan yang ramai pada kali ini adalah kerana perkembangan HPA yang semakin meningkat dan keahlian yang semakin ramai terutamanya di daerah Taiping. Tambahan pula kita baru sahaja mengadakan KONVEK HPA 2009 dengan penuh gilang gemilang.

Penceramah yang telah menyampaikan slot pada PBC kali ini ialah PJS/PJM Tuan Haji Ismail Othman ( Plan Pemasaran ), PJS/PJI Tuan Haji Mohd. Nadzri Ahmad ( Pengenalan Syarikat ), PJS Meor Johaidi Hamid ( Kopi Radix ), PJS Asnah Mustafa ( 6M ), PJS Mohd. Zamri Bakar ( Produk Halal ) dan PJS Puan Hajjah Noormah Zainol ( Diagnos Saraf Tangan ). Malam bintang - bintang ialah PJE Mohd. Aasim Khalid dan PJ Sazali Salihuddin.

PBC kali ini turut dibantu oleh PJ Mohd. Yusfee Yusof ( Pengerusi Majlis ), PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir ( Pengerusi Pembentangan Kumpulan ), PJ Hindon Abdul Aziz, PJI Haridah Khanun, PJ Mohd. Affendy Ismail, PJE Imillia, PJ Siti Nafsiah dan ramai lagi pemimpin daripada utara. Qiamullail dan kuliah subuh pula telah disampaikan oleh Ustaz Izafri Bin Ahmad daripada Taiping, Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU