Friday, August 21, 2009

PRESIDEN KPU KONGSI PERJUANGAN SILAM

Pada 19 Ogos, bertempat di HPA Cawangan Kota Sarang Semut, Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah menganjurkan Wawancara Eksklusif Bersama Presiden KPU; PJS Azizan Ahmad dan Distributor Of The Year (DOTY 09); PJS Zaharah Mat Zain.Wawancara ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh PJS Syed Solahuddin Mahayiddin. Wawancara yang bermula jam 9.30 malam ini mendapat sambutan hangat dengan kehadiran ahli yang melebihi 100 orang.

Menurut PJS Azizan Ahmad yang menyingkap memori sejarah pembabitannya di dalam HPA sebagai pengedar pada tahun 1998,dan ketika itu beliau masih lagi staf HPA. HPA bermula dengan ubatan tradisonal herba dan ma’jun.Namun,Tuan Haji Ismail Ahmad; pengasas HPA seorang yang bercita-cita tinggi dan penuh keyakinan bahawa HPA akan menjadi syarikat yang unggul pada suatu hari nanti.Dan terbukti kini,kilang-kilang dan cawangan HPA tumbuh bagai cendawan selepas hujan di nusantara dengan keahlian melepasi setengah juta ahli.

Menurutnya lagi,Kelab Pemimpin Utara (KPU) menjadi pemangkin kepada kejayaan pelbagai program HPA di utara seperti Perkongsian Bijak Cemerlang,Kelas Mingguan dan Program-program kepimpinan. PBC contohnya Berjaya menjana peningkalan jualan HPA dan momentum kepada lonjakan bonus pengedar yang aktif berusaha.

PJS Zaharah Mat Zain pula mengucap syukur di atas anugerah DOTY 09 di konvek baru-baru ini yang telah membangkitkan memori silam yang cukup indah ketika suaminya; PJS Azizan Ahmad menerima segulung ijazah juga di atas pentas yang sama. Kejayaannya juga adalah atas usaha suaminya kerana pada peringkat awal, dia adalah suri rumah sepenuh masa.

Kejayaan ini cukup manis turut menggamit kenangannya berulang-alik mengikuti usrah bersama Tuan Haji Ismail di awal usia pembabitannya bersama HPA. Menurutnya lagi,untuk berjaya setiap pengedar harus memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin dan rahsia kejayaannya terletak pada gerak-kerja berkumpulan,istiqamah dan sabar di dalam perjuangan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan sajak bertajuk Usahawan Sejati yang dideklamasikan oleh Saudara Mahazhir b. Zainol Abidin, siswa dari UITM Kedah,Cawangan Merbok yang berjaya menyentuh hati dan perasaan kesemua yang hadir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU