Saturday, July 31, 2010

SEKITAR MAJLIS AKU JANJI PJS KPU...

Majlis Aku Janji PJS KPU telah berlangsung pada 31 JULAI 2010 di Dewan Mutiara Hikmah, Banda Laguna Merbuk Sungai Petani. Seramai 60 PJS KPU hadir. Majlis yang dimulakan dengan ucap utama oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad turut dihadiri juga Pengerusi Panel Syariah HPA, Ustaz Ahmad Ali.

Selain itu, HPA juga turut memperkenalkan produk baru hasil kajian saintis Dr Zakaria Abdullah. Beliau menghasilkan produk ALKARADIX CHLOROPHYLL DROPS yang akan dipasarkan di seluruh negara tidak lama lagi.


JAWATANKUASA KONVEK KPU 2010

Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah berjaya memilih Jawatankuasa KONVEK 2010 dalam satu mesyuarat khas yang diadakan pada 31 Julai 2010 di Dewan Mutiara Hikmat, Bandar Laguna Merbok Sungai Petani pada hari ini.

1. Syed Ageel Syed Mahayaddin
2. Ustaz Mohd Zahir Ghazali
3. Mohd Aseri Hanapiah
4. Ustaz Mohd Yusof Ahmad
5. Haji Azizan Bin Ahmad
6. Jamaliah Omar
7. Aseniah Bt Badri.
8. Zaharah Binti Mat Zain
9. Noormah Binti Zainol.
10. Mohd Nadzri Bin Ahmad
11. Syeed Salahuddin Syed Mahayaddin.

Semoga mereka dapat menjalankan amanah dengan baik dan telus......

Thursday, July 29, 2010

PERANAN DAN TUGAS PRA PJS KPU


OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB PRA PJS

1. Sebagai barisan pelapis kedua atau tunjang kedua yang akan menyokong visi dan misi HPA selepas PJS sedia ada.
2. Bertujuan memberi pendedahan awal kepada bakal PJS sebelum bergelar PJS.

VISI
1. Komited dalam mewujudkan rangkaian ahli yang memfokuskan produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.
2. Komited menjadi pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini.
3. Komited melahirkan downline yang dinamik, progresif dan berwibawa selaras dengan visi yang dibawa oleh pihak syarikat.

MISI
1. Memberi keutamaan kepada ahli yang berpangkat Pengarah Jati (PJ) dan ke atas serta berkelayakan dalam melahirkan PJS yang lebih berkualiti lagi komited.
2. Membuat gerak kerja atau menyusun program bagi membolehkan produk halal bagi tiga kategori produk utama iaitu Makanan Kesihatan, Kosmetik dan Barangan Keperluan Harian dipasarkan dengan jayanya.
3. Pelapis PJS juga merupakan penggerak kepada PJS yang legal dalam melahirkan usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat selaras dengan misi syarikat.

Ends.....

Saturday, July 24, 2010

MAJLIS AKU JANJI PJS KPU BERSAMA PENGARAH URUSAN

Dimaklumkan bahawa Majlis Aku Janji PJS KPU bersama Pengarah Urusan HPA akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 31 JULAI 2010 (SABTU)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Mutiara Hikmah, Laguna Merbok, Sg Petani.

Semua PJS KPU diwajibkan hadir tanpa sebarang alasan.

ATURCARA MAJLIS

8.30 AM : SARAPAN
9.15 AM : TAYANGAN VIDEO PROFILE
9.30 AM : SESI 1 (MISI & VISI HPA)-PENGARAH URUSAN HPA
11.00 AM : REHAT & MINUM PAGI
11.15 AM : SESI 2 (MLM SYARIAH)- PANEL SYARIAH
01.00 T.HARI : SOLAT & MAKAN TENGAHARI
02.15 PM : SESI 3 (TANDATANGAN AKUJANJI)-PANEL SYARIAH
03.30 PM : PENYAMPAIAN WATIKAH
04.00 PM : PERLANTIKAN AJK KONVEK
04.30 PM : MINUM PETANG & BERSURAI

Ends......

Thursday, July 22, 2010

Produk Halal Tanggungjawab Bersama - Irian Jaya

Geliat dakwah di bumi Nuu Waar (Papua) terus meningkat. Sayang, sarana pendukung masih terasa kurang. Salah satunya masjid yang digunakan sebagai pusat ibadah. Guna membantu sarana ibadah kaum Muslim di Nuu Waar, Herba Penawar Al-Wahida (HPA) Malaysia akhir pekan lalu menyumbangkan kubah masjid untuk beberapa wilayah di Papua.

“Selama 10 hari di Fakfak, Papua Barat, kami melaksanakan berbagai hal, salah satunya adalah mengirim kubah yang ukurannya cukup besar dari satu daerah ke daerah lain, di sana kita sampai ke daerah Arguni. Arguni itu ditempuh dari Fakfak melalui laut dalam waktu empat jam,” ungkap Tata Saputra, pimpinan HPA Malaysia untuk Indonesia.

HPA Malaysia, menurut Tata, terpanggil untuk membantu kegiatan dakwah yang berlangsung di Papua. Karena itu, HPA Malaysia berusaha membantu apa yang diperlukan warga Muslim di sana.

“Kita membantu keinginan masyarakat Muslim di Papua. Ketika mereka memiliki kebanggaan untuk membangun masjid, mereka pun meminta kepada kami untuk mengirimkan kubah. Maka, kami kirimkan,” tuturnya. 


Tak hanya mengirimkan bantuan kubah masjid, HPA Malaysia juga memberikan bantuan kapal dakwah yang diberi nama Kapal Bahtera Nusantara. Saat ini, kapal tersebut sudah dimanfaatkan umat Muslim Papua untuk kegiatan dakwah.

Selain itu, HPA Malaysia juga memberikan beasiswa kepada 10 santri asal Papua untuk belajar thibbun nabawi (Pengobatan Cara Rasulullah SAW) selama beberapa bulan di Institut Teknologi Internasional HPA Malaysia.

“Keilmuan yang kita miliki bukanlah untuk keilmuan itu sendirim tapi untuk membangun umat. Tujuan dari 10 orang yang dikirim ke Malaysia, mereka belajar thibbun nabawi dalam ranka kita ingin menyebarluaskan sebuah sunah yang sangat mulia yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kita,m agar diserap mereka di Papua,” ujar Tata.


Selain itu HPA juga menggelar khitanan massal serta kegiatan bakti sosial di sejumlah tempat berupa pengobatan dengan cara Rasulullah SAW. “Kita pun mengdakan bakti sosial di beberapa wilayah di sana disebut distrik, yakni wilayah Arguni, kita juga masuk ke Migori dan pada akhir Juli insya Allah, kita akan masuk ke wilayah Wagom. Semua itu, bertujuan untuk memperkenalkan ilmu demi membangun umat,” ungkapnya.***
(Dialog Jumat Republika, Jum’at 18 Juni 2010)

Petikan dari : http://dakwahafkn.wordpress.com/2010/06/21/hpa-malaysia-sumbang-kubah-masjid-bagi-muslim-papua/

Thursday, July 15, 2010

PERASMIAN PROGRAM PRA PJS ZON UTARA (KPU)

Program PRA PJS Zon Utara akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 JULAI 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Umar Mukhtar, RFC Sg Petani..
Pakaian : Blazer Hitam (Wajib).


Semua Pengarah Jati (PJ), PJE dan PJI yang bonus RM1000 ke atas layak hadir.....

Semua PJS KPU diwajibkan HADIR.

Perasmian akan disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA dan GM HPA akan mengendalikan Slot Motivasi Pemimpin....makan dan minum disediakan..............

Sila maklum kepada rangkaian anda.......................


Terima kasih...

Wednesday, July 14, 2010

SENAMAN vs URUTAN

Di Malaysia, saya dapati masyarakat Melayu mempunyai kegemaran berurut. Mereka mempercayai bahawa banyak penyakit dapat diubati dengan urut. Antara yang pernah saya temui ia boleh rawat termasuklah: kencing manis, barah, busung, buasir, strok dan lain-lain. Sudah tentu masalah mudah seperti sakit kepala dan sakit badan juga termasuk dalam kategori ini. 


Ilmu mengurut lama dipadukan dengan kaedah fizikal, fisiologi, kimia, biologi dan spiritual untuk mendatangkan hasil yang cukup memuaskan pesakit. Malangnya, disebabkan begitu ramai tukang urut yang tidak pasti tulen-palsunya, atau tepat-salahnya, maka ramai juga yang sangsi mendatangi tukang urut tanpa ada testimonial dari teman rapat atau ahli keluarga yang berjaya dirawati.

Sebagai seorang yang tidak pernah mempelajari ilmu mengurut, saya tidak berani memberi komen kepada keberkesanannya, kerana terlalu banyak ilmu Melayu zaman dulu yang kini semakin terbukti ketepatannya dari segi sains moden.

 
Namun, saya ingin berkongsi sebuah pendapat yang lahir daripada pemikiran seorang pakar urut yang juga seorang pesilat dan pengamal perubatan kerohanian Islam, iaitu Mohd Zainudin Ismail. Pak Din atau gelaran usikan ustaz Din yang diberi sahabat rapatnya, mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perubatan alternatif, urut, kerohanian, persilatan, perniagaan dan pembangunan jatidiri.

Beliau pernah menjadi tenaga pengajar bagi Kursus Sehari Urut Tradisi Melayu dan Seminar Mengenal Diri anjuran SMC Innovations dan mendapat sambutan memberangsangkan.
Sepanjang saya mengutip mutiara kata daripadanya walaupun tidak berguru secara langsung, saya dapati, banyak kata-katanya terbukti benar; dan satu pendapat yang beliau lahirkan lekat di kepala saya dalam memperjuangkan Senaman Tua:

"Selagi badan masih boleh bergerak, tidak usah berurut"

Maksud yang disampaikan, badan yang boleh bersenam, tidak padan diusung ke tukang urut. Hanya orang yang sudah lumpuh dan tidak boleh bersenam, maka urutan itu adalah senaman buatnya.


Lama saya memikirkan dan banyak terjumpa bukti dan pendapat pakar lain yang menyokong pendapat ini. Antara yang ditemui:

1. Sekiranya seseorang itu adalah atlit yang cergas dan aktif, maka urut diadakan sebagai senaman bantuan untuk sebelum dan selepas aktiviti. Tetapi, sekiranya ia bukan seorang yang aktif, maka pergi mengurut itu hanya akan melemahkan keupayaannya bersenam atau bergerak.

2. Ada orang yang pertama kali pergi berurut terasa sakit, tetapi semakin pergi, semakin ketagih. Ini adalah kerana, 'sedap' tangan tukang urut berpunca dari badan merembeskan hormon endorfin bagi menumpulkan kesakitan yang dialami. Semakin biasa berurut, semakin hormon endorfin hanya dirembeskan ketika sesi mengurut. Semakin hilang keupayaannya mengeluarkan hormon itu pada keadaan biasa.

Ini samalah seperti kebiasaan manusia moden mengambil tambahan Vitamin C, padahal badan manusia sendiri mampu menghasilkannya. Semakin biasa ia mengambil Vitamin C dari luar, semakin kurang kemampuan badan mengeluarkannya.


 3. Badan manusia mempunyai cetakbiru semulajadi, iaitu DNA (deoxyribonucleic acid) atau disebut baka. Setiap kali badan cedera, maka ia akan menyembuhkan tubuh berpandukan DNA ini. Sekiranya ada pengaruh luar seperti gayahidup pincang, salah postur duduk atau berdiri atau lain-lain, maka badan akan sembuh dengan salah, dan kesakitan jangka panjang akan dialami.

Namun, apabila proses penyembuhan ini diserahkan kepada tukang urut, sejauh manakah ketepatan tukang urut mengenali DNA kita atau di mana hak duduknya setiap sel, saraf, tendon atau ligamen? Sepandai-pandai manusia, mesti ada silapnya juga, dan kesilapan itu mungkin cukup merbahaya buat diri, keluarga dan zuriat.

4. Manusia mempunyai sikap, dan kadangkala apabila sikap negatif menjadi penghalang kepada pembangunan diri, jalan mudah adalah meminta atau membayar orang lain untuk menjalankan tanggungjawab kita.
Sebagai contoh, kita ada masalah kegemukan, tetapi bukan masalah kelenjar atau genetik yang menyebabkan kita sukar kurus. Masalahnya hanya satu, tiada disiplin mengawal makan atau tidak mahu bersenam. Maka, jalan mudahnya ialah mengambil pil kelangsingan, mendapatkan rawatan pengurusan berat atau pembedahan sedutlemak.

Sama juga dengan diri yang tidak mahu bersenam tetapi mahu sihat, maka ke tukang urutlah dia. Yang tidak disedari, tiada pembangunan diri kerana sikap itu masih wujud dan masih menduri dalam diri. Satu hari nanti, bila pil sudah tiada dan tukang urut sukar didapati, masalah lama akan timbul sebab perangainya masih mengikut nafsu.

Disebabkan itulah, saya berpendapat, usahlah kita outsource tanggungjawab menjaga diri sendiri dan keluarga kepada orang lain.

Jika kita faham konsep ini, kita akan sedar, betapa banyak kali kita menyalahkan guru atas kebodohan anak kita, menyalahkan jam (yang tak berdering) dan jam (yang di jalan raya) atas kelewatan ke pejabat, menyalahkan isteri dan anak-anak yang tidak hormat pada kita, atau menyalahkan takdir kerana kegagalan kita.

Pendek kata, jangan jadi seperti bangau yang suka menuding.

[Artikel asal dipetik dari : http://senaman-tua.blogspot.com]



BENGKEL SENAMAN TUA (I)

Anjuran : Pusat Perubatan Jawi Nurussyifak
dengan kerjasama
Radix Adventure Team & Kelab Pemimpin Utara


Tarikh : 17 Julai 2010 / 5 Syaaban 1431 (Sabtu)
Masa : 2.15 pm - 6.30 pm
Tempat : 3259 (A), Lorong 2A/1, Taman Selasih, Kulim, Kedah
Yuran : RM 60.00
Pakaian : Sukan / Silat
Pendaftaran : SMS : BST1 [nama penuh] [umur]
ke tel.0194807721


Sebarang pertanyaan, sila email ke : azham[at]radix2u.com

Monday, July 12, 2010

MB KELANTAN AKAN RASMIKAN RFC KUBANG KERIAN

Menteri Besar Kelantan, Dato Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat akan merasmikan RFC Kubang Krian, Kelantan pada 25 JULAI 2010, jam 2.00 petang. RFC tersebut terletak berhadapan dengan Hospital Universiti.....

Pakiaan PJS : Blazer dan berkasut (sliper tidak dibenarkan)
Pakaian Leader Lain : Baju Batik dan berkasut...(sliper tidak dibenarkan)

Semua PJS dan seluruh pengedar HPA dijemput hadir..

KEMUDAHAN PERBAHARUI CUKAI JALAN DAN INSURAN KENDERAAN

KOWAHIDA telah memutuskan bahawa SEMUA PJS dicadangkan agar dapat memperbaharui CUKAI JALAN dan INSURANS Kenderaan dengan KOWAHIDA.

Bayaran boleh dibuat melalui potongan BONUS. Para PJS dan Pengedar cuma perlu maklumkan No. Kenderaan sahaja kepada Pengurus Takaful Kowahida, Encik Shamsul di talian 019-4112717..

Kerjasama daripada Semua PJS amatlah diharapkan untuk war-warkan kepada rangkaian anda....

Sunday, July 11, 2010

Saturday, July 10, 2010

PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG (PIC) KHAS BERSAMA PU HPA

TERBUKA UNTUK SEMUA AHLI HPA.

MEREKA YANG HADIR AKAN DINAIKKAN PANGKAT KE PLX (MELATI) SETELAH MAINTAIN NILAI MATA (300)-SEPERTI PBC (kalau dah berpangkat boleh gunakan kepada ahli yang belum punyai pangkat)

BAYARAN : RM 170.00
TARIKH : 7 & 8 OGOS 2010 (SABTU & AHAD)
TEMPAT : DEWAN UMAR MUKHTAR (ATAS RFC) SG PETANI.

Sila Buat Bayaran Ke Akaun Seperti Butiran Berikut :
Bank : BIMB (Bank Islam)
No. Akaun : 090 100 100 02734 (Nama : Ismail Bin Ahmad)
Hantarkan bukti (maklumat/salinan) bayaran ke
Fax: 04-4419254
Email: latihanppu@gmail.com

Muat Turun BORANG Klik Sini
Maklumat lanjut, sila hubungi : SDR. FAKHRUL ZAKI | 013-3005419
TARIKH TUTUP : 3 OGOS 2010

Wednesday, July 7, 2010

JADUAL PRA PBC ZON UTARA (KPU) JULAI 2010

1. HPA CAWANGAN KUALA NERANG
Tarikh : 10 JULAI 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Yuran : RM30.00 seorang
Hubungi : PJS Mohd Aseri Hanapiah (019-4700512)

2. HPA CAWANGAN AMANJAYA
Tarikh : 11 JULAI 2010 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Yuran : RM30.00 seorang
Hubungi : PJS Mohd Zaidi Ghazali (014-24350720

3. HPA CAWANGAN PARIT BUNTAR
Tarikh : 31 JULAI 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Yuran : RM30.00 seorang
Hubungi : PJS Mohd Aseri Hanapiah (019-4700512)

4. HPA CAWANGAN JITRA
Tarikh: 25 JULAI 2010 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Yuran : RM30.00
Hubungi : PJ Ust Yusof Ahmad (019-5260745)

5. HPA HALAL MART KULIM
Tarikh : 24 JULAI 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Yuran : RM30.00 seorang
Hubungi : PJ Zalilah Bt Ghazali (019-4110300)

Lensa eKPU