Saturday, August 29, 2009

USTAZ ISMAIL KAMUS DI MEKAH

Ustaz Ismail Kamus sihat, kini di Makkah. Menurut ahli keluarganya, Ismail Kamus kini sedang mengerjakan umrah di Makkah dan berada dalam keadaan sihat walafiat sekaligus menafikan berita itu.

Semalam tersebar SMS yang melaporkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam akibat serangan sakit jantung.

Malah SMS tersebut turut mengajak umat Islam menyedekahkan surah al-fatihah supaya roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Sebaliknya berita yang sebenar ialah kematian tokoh ekonomi terkenal iaitu Prof Dato' Dr Ismail Salleh di Singapura petang semalam.

Ismail Kamus merupakan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam yang terletak di Gombak Setia.

KOPI RADIX DI KOTA MEKAH..ALHAMDULILLAH

Pintu masuk ke Safwah Tower dari Gate 1 Masjidil Haraam. De'Saji Restoren berada di tingkat 2

Alhamdulillah mulai 24 Ogos 2009 para tetamu Allah boleh membuat pesanan 'mai secawan' Kopi Radix di Makkah. Restoren yang terawal menyediakan Kopi Radix sebagai salah satu menu minumannya ialahFelda De'Saji Food Court. Beralamat di Tingkat 2, As Safwah Tower. Bertentangan dengan Gate 1 (King Abdul Aziz) Masjidil Haraam.

Tinjauan mendapati Kopi Radix mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang mengerjakan umrah.



Diharap supaya maklumat ini dapat disebarkan kepada ahli yang bercadang dan bakal mengerjakan umrah.



sumber dipetik dari http://bizdevhpa.blogspot.com

Wednesday, August 26, 2009

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOWAHIDA HPA






Mesyuarat KoWahida ke 7 telah diadakan pada 26 Ogos 2009 di Pejabat KoWahida di Kangar bermula 3.00 ptg. Majlis berbuka ALK KoWahida bersama kakitangan KoWahida dengan bacaan Al Mathurat. SKM Negeri Perlis telah mengumumkan KoWahida sebagai koperasi TERBAIK Negeri Perlis 2009.

KEHEBATAN KOWAHIDA HPA : MELABURLAH DEMI PERJUANGAN UMMAH

TERSENARAI KOPERASI TERBAIK PERLIS

BIL

NAMA

TURNOVER

1

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

9,218,831

2

KOPERASI GULA PERLIS BERHAD

7,388,112

3

KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA LUBUK SIREH PERLIS BERHAD

3,353,962

4

KOPERASI ANGGOTA KERAJAAN & SWASTA NEGERI PERLIS BERHAD

2,791,517

5

KOPERASI KAKITANGAN KESIHATAN PERLIS BERHAD

2,648,850

6

KOPERASI PEKEBUN KECIL NEGERI PERLIS BERHAD

1,830,429

7

KOPERASI GURU-GURU MELAYU PERLIS BERHAD

1,420,965

8

KOPERASI KUMPULAN CIMA PERLIS BERHAD

1,355,762

9

KOPERASI PEKEBUN KECIL MUKIM TITI TINGGI NEGERI PERLIS BERHAD

1,162,083

10

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PERLIS BERHAD

1,131,333

11

KOPERASI PERMODALAN GURU-GURU MELAYU PERLIS BERHAD

878,180

12

KOPERASI PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI PERLIS BEHRAD

876,230

13

KOPERASI PEMBANGUNAN KAMPUNG & LUAR BANDAR TITI TINGGI PERLIS BERHAD

826,277

14

KOPERASI FELDA CHUPING PERLIS BERHAD

536,863

15

KOPERASI KEMAJUAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS BERHAD

531,343

16

KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN FELCRA HULU PAUH PERLIS BERHAD

310,424

17

KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA PERLIS BERHAD

273,610

18

KOPERASI POLITEKNIK PERLIS BERHAD

271,335

19

KOPERASI BAKTI MURNI PERLIS BERHAD

258.518

20

KOPERASI MAKTAB PERGURUAN PERLIS BERHAD

233,897

Friday, August 21, 2009

HPA CITY RM100 JUTA DI SHAH ALAM

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera yang terkenal dengan produk kopi Radix, merancang menjadikan Shah Alam sebagai bandar HPA City dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd (milik HPA), Mohd Faisol Abd Rahman, berkata pembangunan yang membabitkan nilai pembangunan kasar RM100 juta untuk fasa pertama itu akan bermula menjelang akhir tahun ini secara berperingkat mengikut fasa.

Beliau berkata, ketika ini, HPA City berpusat di Kedah mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan merangkumi pelbagai bidang antaranya Radix Fried Chicken (RFC), Hotel El Zehra Inn, HPA Ilham Holiday, Radix Bakery House, Thoharah Dobi dan Jawi Herb Shop.

Katanya, Shah Alam akan menjadi HPA City kedua selepas Kedah dan langkah itu bertujuan mengembangkan lagi perniagaannya, sekali gus sebagai batu lonjatan ke persada antarabangsa.

“Ketika ini HPA menembusi pasaran Indonesia dan bakal menerokai Timur Tengah dalam masa terdekat serta menjadikan Asia Tenggara sebagai sasaran utama.

“Langkah menjadikan Shah Alam sebagai HPA City secara langsung dapat mengukuhkan lagi perniagaan kami di kawasan Lembah Klang yang akan memudahkan pelanggan mengakses serta mengenali produk kami,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis pelancaran Kad VIP HPA dan perasmian kios HPA pertama di hotel iaitu di Hotel De Palma, Ampang, Selangor, semalam.

Kad VIP HPA adalah kad istimewa untuk ahli HPA seluruh negara yang dicatatkan mempunyai lebih 550,000 ahli termasuk pengedar.

Mengulas lanjut, Mohd Faisol berkata, pihaknya mensasarkan untuk memperoleh jualan mencecah RM25 juta pada 2010 dengan disokong rancangan syarikat untuk membuka kiosk seumpama ini di pelbagai lokasi seperti di hotel, masjid, pusat beli-belah dan bangunan kerajaan serta korporat seluruh negara.

Ends.......sumber HARIAN METRO

PRESIDEN KPU KONGSI PERJUANGAN SILAM

Pada 19 Ogos, bertempat di HPA Cawangan Kota Sarang Semut, Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah menganjurkan Wawancara Eksklusif Bersama Presiden KPU; PJS Azizan Ahmad dan Distributor Of The Year (DOTY 09); PJS Zaharah Mat Zain.Wawancara ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh PJS Syed Solahuddin Mahayiddin. Wawancara yang bermula jam 9.30 malam ini mendapat sambutan hangat dengan kehadiran ahli yang melebihi 100 orang.

Menurut PJS Azizan Ahmad yang menyingkap memori sejarah pembabitannya di dalam HPA sebagai pengedar pada tahun 1998,dan ketika itu beliau masih lagi staf HPA. HPA bermula dengan ubatan tradisonal herba dan ma’jun.Namun,Tuan Haji Ismail Ahmad; pengasas HPA seorang yang bercita-cita tinggi dan penuh keyakinan bahawa HPA akan menjadi syarikat yang unggul pada suatu hari nanti.Dan terbukti kini,kilang-kilang dan cawangan HPA tumbuh bagai cendawan selepas hujan di nusantara dengan keahlian melepasi setengah juta ahli.

Menurutnya lagi,Kelab Pemimpin Utara (KPU) menjadi pemangkin kepada kejayaan pelbagai program HPA di utara seperti Perkongsian Bijak Cemerlang,Kelas Mingguan dan Program-program kepimpinan. PBC contohnya Berjaya menjana peningkalan jualan HPA dan momentum kepada lonjakan bonus pengedar yang aktif berusaha.

PJS Zaharah Mat Zain pula mengucap syukur di atas anugerah DOTY 09 di konvek baru-baru ini yang telah membangkitkan memori silam yang cukup indah ketika suaminya; PJS Azizan Ahmad menerima segulung ijazah juga di atas pentas yang sama. Kejayaannya juga adalah atas usaha suaminya kerana pada peringkat awal, dia adalah suri rumah sepenuh masa.

Kejayaan ini cukup manis turut menggamit kenangannya berulang-alik mengikuti usrah bersama Tuan Haji Ismail di awal usia pembabitannya bersama HPA. Menurutnya lagi,untuk berjaya setiap pengedar harus memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin dan rahsia kejayaannya terletak pada gerak-kerja berkumpulan,istiqamah dan sabar di dalam perjuangan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan sajak bertajuk Usahawan Sejati yang dideklamasikan oleh Saudara Mahazhir b. Zainol Abidin, siswa dari UITM Kedah,Cawangan Merbok yang berjaya menyentuh hati dan perasaan kesemua yang hadir.

PEMIMPIN KPU KUASAI IPIS

Pada 13 Ogos 2009, seramai 6 orang pemimpin dari KPU telah menggempur dan menakluk bumi IPIS ( Institut Perguruan Islam Bangi Selangor ). Perancangan yang telah dibuat selama sebulan oleh PJ Mohd. Irwan Azahari dengan pihak pengurusan IPIS telah membuahkan hasil. Ceramah yang telah disampaikan oleh PJS Ustaz Zamri Bakar bertajuk `Kemelut Pemakanan Umat Akhir Zaman Dan Penyelesaiannya Bersama HPA' telah mendapat sambutan daripada pelatih - pelatih dan pensyarah IPIS seramai 100 orang.

Di antara pemimpin KPU yang turut hadir ialah PJS Mohd. Nadzri Ahmad, PJS Noormah Zainol, PJ Mohd. Yusfee Yusof dan PJ Hanis Huqaimi Mohd. Nadzri. Menurut Pensyarah IPIS yang turut hadir dalam program tersebut, iaitu Ustaz Jabbar, program sebegini amat penting sebagai pengetahuan kepada pelatih - pelatih institut ini yang akan keluar berhadapan dengan masyarakat luar yang kurang pengetahuan mengenai produk halal sambil boleh mendapat pendapatan yang lumayan dengan HPA.

Gerai jualan juga dibuka semasa program untuk memudahkan penghuni IPIS untuk mendapatkan produk -produk halal daripada HPA yang dibantu oleh pelatih IPIS sendiri. Program yang bermula pada jam 9.00 malam telah berakhir pada jam 12.00 tengah malam.


Thursday, August 20, 2009

TAIPING TERUS GEMPUR HPA

Pada 15 & 16 Ogos 2009, telah berlangsung PBC Taiping di Hotel Seri Malaysia Taiping yang telah menghimpunkan seramai 70 orang peserta dan ia merupakan penyertaan paling ramai pada tahun ini. Menurut Pengarah Program iaitu, iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof, penyertaan yang ramai pada kali ini adalah kerana perkembangan HPA yang semakin meningkat dan keahlian yang semakin ramai terutamanya di daerah Taiping. Tambahan pula kita baru sahaja mengadakan KONVEK HPA 2009 dengan penuh gilang gemilang.

Penceramah yang telah menyampaikan slot pada PBC kali ini ialah PJS/PJM Tuan Haji Ismail Othman ( Plan Pemasaran ), PJS/PJI Tuan Haji Mohd. Nadzri Ahmad ( Pengenalan Syarikat ), PJS Meor Johaidi Hamid ( Kopi Radix ), PJS Asnah Mustafa ( 6M ), PJS Mohd. Zamri Bakar ( Produk Halal ) dan PJS Puan Hajjah Noormah Zainol ( Diagnos Saraf Tangan ). Malam bintang - bintang ialah PJE Mohd. Aasim Khalid dan PJ Sazali Salihuddin.

PBC kali ini turut dibantu oleh PJ Mohd. Yusfee Yusof ( Pengerusi Majlis ), PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir ( Pengerusi Pembentangan Kumpulan ), PJ Hindon Abdul Aziz, PJI Haridah Khanun, PJ Mohd. Affendy Ismail, PJE Imillia, PJ Siti Nafsiah dan ramai lagi pemimpin daripada utara. Qiamullail dan kuliah subuh pula telah disampaikan oleh Ustaz Izafri Bin Ahmad daripada Taiping, Perak.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam semua...





Perkataan indah adalah ALLAH
Lagu merdu adalah AZAN
Media terbaik adalah AL-QURAN
Senam sihat adalah SOLAT
Diet sempurna adalah PUASA
Kebersihan menyegarkan adalah WUDUK
Perjalanan indah adalah HAJI
Khayalan yang baik adalah ingat akan DOSA dan TAUBAT


Selamat menunaikan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan ini-------
Saya pohon maaf diatas kesilapan yg berlaku antara kita samada dlm keadaan sedar ataupun tidak.

Ikhlas dari

Ingat Teman dari jauh..

Wednesday, August 19, 2009

DOA untuk keselamatan & kesentosaan daripada penyakit

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Tidak tertolak qada' kecuali dengan doa."
(Riwayat At-Tabrani dan Ahmad)


sumber :
http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html

wallahu a'lam.

RADIX KOKO



Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi pesaing terdekat MILO. RADIX KOKO dirumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

>Petikan Blog PU HPA ; 28 November 2008

Apakah HPA memasukan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. RADIX KOKO lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran di negara ini.

RADIX KOKO ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa RADIX KOKO telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun begitu RADIX KOKO HPA yang dimasukkan ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah RADIX KOKO dijangka akan mendapat tempat di pasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

>Petikan Blog PU HPA ; 4 Disember 2008

GEMPUR RADIX! BARAKALLAH.

Tuesday, August 18, 2009

PBC KEPALA BATAS TERUSKAN SEMANGAT JUANG HPA PULAU PINANG

Kehadiran seramai 170 peserta di Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Seberang Perai Utara pada 15 dan 16 OGOS 2009 yang lalu membangkitkan semangat juang yang berterusan menggempur HPA di Pulau Pinang.

Dengan dibarisi beberapa pemimpin hebat dari Kelab Pemimpin Utara (KPU), PBC pada kali ini berjaya menzahirkan sentuhan yang meninggalkan kesan cukup mendalam kepada para peserta. Para peserta diberi suntikan semangat juang yang cukup tinggi oleh para pemimpin. Mereka yang hadir menyampaikan slot ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Sharifah Sulaiman, PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali, PJS Syed Salahuddin, PJS Syed Ageel dan PJS Zanbli Abd Rashid.

Selaku Pengarah bersama, PJS Syed Ageel dan PJS Zanbli berjaya menjadikan PBC Kepala Batas cukup gemilang dan terbilang. Pengalaman, sikap keterbukaan dan semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh mereka berdua berjaya menjadikan PBC pada kali ini meninggalkan nostalgia yang cukup bermakna kepada para peserta.

Hadir merasmikan PBC ialah Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, Mohd Faisol Abd Rahman. Beliau melahirkan rasa kagum dan sangat gembira dengan semangat dan kehadiran serta perjalanan PBC Kepala Batas. Baginya, PBC yang dianjurkan adalah yang terbaik dan patut dicontohi oleh Pengarah-pengarah PBC di tempat lain. Kerjasama dan semangat setiakawan yang dicernakan dalam menguruskan PBC Kepala Batas patut dicontohi dan diteladani.

Tahniah kepada semua tenaga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan PBC pada kali ini. PBC akan datang akan diadakan pada OKTOBER 2009. Kepada pemimpin dan peserta yang berminat bolehlah mendaftar mulai sekarang. Tempat adalah terhad. Hubungi PJS dan pemimpin berdekatan.


Sunday, August 16, 2009

ALAHAI .....SAHABAT AKU...KAMU KAHWIN LAGI YE...



BAHAGIA...Penyanyi dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy dan penyanyi Waheeda kelihatan ceria bersama anak-anak Akhil, Mohd Syarif Idayatullah, 11 dan Siti Nur Maisarah, 12, selepas pasangan itu dijabkabulkan tengah hari tadi di Masjid ar-Rahman, Kuala Kubu Baru.--fotoTHE STAR oleh Norafifi Ehsan

Ends...

PBC BALING TERUS DAPAT SAMBUTAN SELEPAS KONVEK 2009

Bertempat di Hotel Bayu, Baling, Kedah, Kelab Pemimpin Utara (KPU) berjaya mengadakan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) pada 14 dan 15 OGOS yang lalu. Seramai 50 peserta hadir dengan penuh minat dan semangat juang yang tinggi.

Menurut Pengarah PBC, PJS Cikgu Razak Hussain, PBC pada kali ini nampak lebih baik kerana peserta yang hadir mendapat semangat baru selepas KONVEK 2009. Walau pun daerah BALING merupakan kawasan yang agak pedalaman, namun semangat perjuangan untuk memartabatkan produk HALAL lagi BAIK amat tinggi. Kempen kesedaran terhadap penggunaan produk HPA diteruskan dari semasa ke semasa tanpa henti.

Pada PBC kali ini beberapa pemimpin dari KPU hadir menyampaikan slot. Mereka ialah PJS Ustaz Zaidon (Pengenalan Syarikat), PJS Ustaz Zamri (Plan Pemasaran HPA), PJS Cikgu Razak Hussain (Gerak Kerja 6M), PJS Muzafar Aliyasak (Produk Pilihan), PJS Roshadah Razak (Diagnos Tapak Tangan), PJS Ustaz Asri Hussain (Halal dan Haram),

Hadir sama membantu dan menjadi fasilitator ialah PJ Rahimi Razak, PJS Md Khatib Hussain, PJ Ridzuan Razak, PJ Azhar Hashim, PJE Umi Kalsom, PJ Cikgu Ishak, PJ Ustazah Salmah, PJ Norhayati, PJ Ustaz Che Me dan PJ Azli.


PRODUK IMT MAMPU CEGAH H1N1.....INSYAALLAH

Pesanan daripada Pengarah Urusan HPA...

Amalkan Produk IMT HPA 2 kapsul sejam atau 4 kapsul selang 4 jam. Habiskan Produk IMT SATU botol dalam masa DUA hari......InsyaAllah sembuh...

Ends....

Friday, August 14, 2009

BUAT MEREKA YANG BERGELAR IBU....



Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ibu
Bila merajuk yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan yang paling cepat marah..ibu
Bila takut yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk yang aku suka peluk..ibu


Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon Ibu
Bila seronok orang pertama aku nak beritahu Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ibuuuuuuuuuuuuu!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk Ibu


Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok aku cari pasanganku
Bila sedih aku cari Ibu
Bila berjaya aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti aku bawa pasanganku
Bila sibuk aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ... aku ingat pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila..bila aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja.... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

SEMINAR DAN PELANCARAN KAD VIP HPA

Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 OGOS 2009 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Hotel de Palma Ampang
Perasmian Oleh : Pengarah Urusan HPA

Serentak dengan itu juga, HPA akan mengumumkan KIOSK yang pertama di Hotel de Palma.
Semua PJS, Pemimpin dan Pengedar HPA dijemput hadir. Pengarah Urusan akan menerangkan tentang penggunaan dan kelebihan KAD VIP HPA.

Ends....

Wednesday, August 12, 2009

WAWANCARA EXCLUSIF BERSAMA PRESIDEN KPU DAN DOTY 2009

Wawancara Exklusif Bersama Presiden KPU (PJS AZIZAN AHMAD)
dan DOTY 2009 (PJS ZAHARAH MAT ZAIN)

Tarikh :19 Ogos 2009
Hari :Rabu
Jam :9.00 mlm
Tempat :Caw.HPA Kota Sarang Semut


Wawaancara ini akan dipengerusikan oleh PJS SYED SALAHUDIN B SYED MAHAYADIN)
Majlis juga akan diserikan dengan diklamasi sajak oleh Saudara MAHAZHIR B ZAINOL ABIDIN dan CABUTAN BERTUAH
Pendaftaran Percuma


Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Yusri-019-5511577 atau berhubung terus dengan Cawangan HPA Kota Sarang Semut 04-7696717.


Ends..................

Monday, August 10, 2009

PBC KEPALA BATAS KEMBALI GEMPUR PULAU PINANG













Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang akan diadakan pada 15 dan 16 OGOS 2009 di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Seberang Perai Utara bakal mencipta satu lagi sejarah baru dalam penganjuran PBC peringkat Zon KPU.

Menurut Pengarahnya bersama PBC, PJS Syed Ageel Syed Mohd Mahayddin dan PJS Zanbli Abd Rashid, setakat ini sudah ada 150 peserta yang mendaftar. Daripada senarai itu, 25 peserta adalah pelajar Tahfiz Al-Quran dari Darul Quran, Kuala Kubu Baru Selangor. Menurutnya lagi, PBC pada kali ini akan menampilkan beberapa tokoh pemimpin KPU yang tersenarai dalam TOP 20 KONVEK 2009 baru-baru ini.

Antaranya PJS Sharifah Sulaiman, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali, PJS Syed Salahuddin, PJS Sabri Ahmad, PJS Suhaiza Rusli, PJS Noreda Hamid, PJS Zanbli Abd Rashid dan dibantu oleh 25 orang fasilitaor terlatih dari GEN-1 hingga GEN-6.

Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, Encik Mohd Faisol Abd Rahman akan hadir menyempurnakan majlis. Di samping itu beliau akan menyampaikan slot motivasi dan memberikan info terkini perkembangan HPA di Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.

Pendaftaran masih lagi dibuka hingga sekarang memandangkan kapastiti Hotel Seri Malaysia mampu memuatkan sehingga 250 orang. Penginapan yang selesa, sound system yang jelas serta makanan enak disediakan menjadi salah satu faktor hotel ini dipilih oleh Urusetia.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi PJM Syed Ageel (013-4882778).

Ends...

KUMPULAN KE 2 : "PROGRAM MENGGENGGAM HARAPAN UMMAH"

Tarikh: 17 & 18hb August 2009
Lokasi: Sungai Petani


1. NOREDA BT HAMID
2. MEOR JOHAIDI BIN HAMID
3. ROSHADAH BT ABDUL RAZAK
4. KHALID BIN ISKRI
5. ROSJULILA BT HUSIN
6. NORSHIDAH BT MOHD DAUD
7. SHAMSURI BIN MUAT
8. AHMAD AZAM BIN JAAFAR
9. ZAILEHAN BT AB MANAP
10. ABDUL YADI BIN MOHD SAID
11. SAFUAN BIN PAMIDI
12. AZIZAN BIN AHMAD
13. JAFFAR BIN ABDUL GHANI
14. MOHD RAMIZU BIN ABDULLAH @ ZAKARIA
15. NOOR HANI BT KONTING
16. EVI SHORAIYA BT RIDUAN YAMANI
17. JAMALUDDIN BIN HJ YEOP MAJLIS
18. RUGAYAH BT MOHD ZIN
19. JALALUDDIN BIN HJ YEOP MAJLIS
20. JAMALIAH BT OMAR
21. SIHAM BT MOHD HASHIM
22. ZAINI BT A BAKAR
23. HABSHAH BT HJ MOHD ARIFFIN
24. Z.AZNAN @ AHMAD BIN ADRINE
25. MOHD ZAMRI BIN BAKAR
26. ROMLI BIN HJ ABU BAKAR
27. ABDULLAH BIN ABDUL RAHIM
28. MASLIZAR BT MAT SEMAN
29. ANUAR BIN ABD LAIB @ ABDUL LATIB
30. JABURAH BT DOGION @ DAGLION
31. DESMIATI BT ZUBIR
32. SALIMI BIN ADNI
33. ASNAH BT PK MUSTAFA
34. NORAHINI BT HARUN
35. MOHD BOKHARI BIN SALEH
36. JAMALUDIN BIN JUSOH
37. SUGING BT ROBUYUT
38. SITI ABIDAH BT ABDUL RAHMAN
39. SAIFURAIN BIN ABDULLAH
40. AHMAD KAMAL BIN ALI
41. NAIMAH BT ISHAK
42. NOR HAIDA BT RAMELI
43. MUDZAFAR BIN ALIYASAK
44. JEFFRI BIN ARMANDO
45. ZAMRI BIN IBERAHIM
46. SITI NORWANDA BT MOHD YUSOFF
47. ABDULLAH BIN KADIR
48. NORIAH BT HUSSAIN
49. ZAMRI BIN HJ JUSOH
50. SYED SALAHUDDIN B SYED MAHAYADIN
51. MAZNAH BT DERANI

Ends......sumber blog GM

Sunday, August 9, 2009

PBC KULIM TERUS MANTAP

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan pada 08 dan 09 OGOS di Kulim Inn telah dihadiri seramai 58 peserta. Menurut Pengarah PBC, PJ Ustaz Mohd Shamizam, PBC pada kali ini mendapat sambutan luar biasa daripada ahli dan pengedar HPA sekitar bandar KULIM.

Komuniti KULIM sedang memikirkan tempat yang sesuai bagi mengadakan PBC pada masa akan datang memandangkan KULIM INN sudah tidak mampu menampung peserta yang melebihi 50 orang. Ini menyebabkan pihak urusetia terpaksa menolak permohonan beberapa peserta kerana faktor kapasiti dewan yang agak terhad.


UCAPAN DOTY KONVEK 2009 : PJM HAFIDZAN FAUDZI

UNTUK MENDENGAR UCAPAN DOTY, SILA OFF RADIO HPA.FM

JIKA DEMAM SELESEMA................................

Kebiasaanya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak ,boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan keedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun bagitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.


1. IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. eq minda - minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi,jaram dengan daun bunga cina.

HPA - Harapan Paling Akhir.



Ends.......sumber dari blog PU

Saturday, August 8, 2009

PROPIN KPU BINA PEMIMPIN PELAPIS

Program Kepimpinan (PROPIN) anjuran Kelab Pemimpin Utara (KPU) yang diadakan selama dua hari pada 8 dan 9 OGOS di Bukit Jawi Resort diharap dapat melahirkan pemimpin pelapis yang bakal meneruskan perjuangan HPA. Demikian ditegaskan oleh Pengarah PROPIN, PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali.

Sebahagian peserta PROPIN


PROPIN yang berlangsung selama 2 hari itu dihadiri hampir 100 peserta yang merupakan pemimpin dari GEN-1 hingga GEN-6. Hadir menyempurnakan perasmian ialah Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, Encik Mohd Faisol Abdul Rahman. PROPIN pada kali ini sama seperti PROPIN yang lalu, di mana pemimpin dari KPU dijemput mengisi slot yang ditetapkan. Antara yang hadir ialah PJS Ismail Othman (Mendasari Plan Pemasaran HPA), PJS Mohd Nadzri Ahmad (Kaedah Mengenali Produk), PJS Sharifah Sulaiman (Kemahiran Diagnos Saraf Tapak Tangan), PJS Azizan Ahmad (Teknik Demo dan Homeparty) serta PJS Zaharah Mat Zain dan PJS Jamaliah Omar (Bersama Pemimpin). Slot Kenali HPA dan Perjuangannya disampaikan sendiri oleh Pengarah PROPIN.

GM HPA sedang menyampaikan Motivasi dan Perasmian PROPIN



Cenderahati untuk GM HPA disampaikan oleh Pengarah PROPIN



Peserta yang hadir diharap mampu menjadi penceramah dan penggerak terbaik bagi KPU dalam meneruskan agendanya menggempur dan memartabatkan produk HPA.

Ends....

MAJLIS MAKAN MALAM PJS MALAYSIA

Lensa eKPU