Thursday, October 29, 2009

PENIAGA TERMAKAN NAJIS AYAM

PENIAGA TERMAKAN AYAM NAJIS
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


JAMALNASIR menunjukkan ayam goreng yang didakwa ada najis di Kangar semalam.


KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.

Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.

Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut.

"Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.

"Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.

Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.

KOMEN DARI GM.
SETELAH MENDAPAT INFO DARI LAPORAN POLIS, AKHBAR KOSMO DAN PEJABAT KESIHATAN, MAKA SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN IA BUKAN MELIBATKAN SAMA ADA RCH, RFC DAN AYAM HPA. SILA HEBAHKAN AGAR TIDAK BERLAKU KEADAAN PANIK.

INI KES RESTORAN AYAM GORENG YANG POPULAR DI NEGARA KITA...TAK BOLEH SEBUT NAMA....

Monday, October 26, 2009

TANGAN YANG MEMBERI......................

Dahulukan memberi, bukan menerima


Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. ..

Segala puji-pujian ke hadrat Allah subhanahu wata’ala, kepada-Nya kita menyembah. Salam serta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Sebuah akhbar harian melaporkan satu hasil kajian mengenai kelebihan sifat pemurah sebagai penyumbang kepada keceriaan kehidupan. Kajian terbaru ini mendedahkan bahawa individu yang menderma kepada orang lain sebagai hadiah atau tujuan amal lebih gembira sementara mereka yang hanya menghabiskan wang untuk diri sendiri adalah sebaliknya.

Analisis secara statistiknya mendedahkan bahawa menghabiskan wang untuk tujuan persendirian tidak memiliki apa-apa hubungan dengan kegembiraan manusia, sementara menghabiskan wang untuk orang lain dan kebajikan mempunyai hubungan dengan pemangkin kegembiraan.

Menurut Elizabeth Dunn, ahli psikologi dari University of British Columbia, Vancouver, Kanada yang mengetuai kajian tersebut berkata, “Tidak kira bagaimana banyaknya pendapatan seseorang itu, mereka yang menghabiskan banyak wang untuk orang lain dilaporkan lebih gembira, sedangkan orang yang menghabiskan kebanyakan wang untuk dirinya sendiri tidak sedemikian.” Hasil penelitian ini terbit di jurnal ilmiah dunia, Science, volume 319, 21 Mac 2008. Judul karya ilmiah yang membongkar mitos di bidang ilmu ekonomi itu bertajuk “Spending Money on Others Promotes Happiness” (Membelanjakan Wang untuk Orang Lain Meningkatkan Kebahagiaan) .

Melihat gelagat anak-anak kecil bersama ibu bapa ketika berkunjung ke kedai-kedai atau ke pasar-pasar sering menyentuh emosi. Sudah kebiasaan, anak-anak kecil mahukan itu dan ini, sama ada berbentuk makanan ataupun mainan. Ibu bapa yang tidak kisah dalam soal berbelanja, permintaan si anak seumpama itu tidak menjadi masalah untuk ditunaikan.

Saat paling menyentuh emosi apabila melihat hajat si anak tidak ditunaikan. Maka pelbagai cara terpaksa dilakukan ibu bapa agar anak-anak tidak dimanjakan dengan kemewahan hingga semua yang mereka mahukan, akan diperolehi. Selalunya episod seperti ini berakhir dengan luahan emosi kekecewaan di kedua-dua belah pihak.

Episod yang dipaparkan ini merupakan sebahagian dari apa yang kita semua lalui dalam kehidupan. Berbekalkan sumber pendapatan yang diperolehi, sebanyak itulah juga yang terpaksa dibelanjakan bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga. Bagi individu yang berpendapatan tinggi, soal untuk berbelanja tidak menjadi sebarang masalah. Sebaliknya, tekanan hidup sering terjadi berpunca daripada sumber pendapatan yang terhad.

Amalan berbelanja

Amalan berbelanja demi kepentingan orang lain sudah menjadi cara hidup Islam semenjak zaman Rasulullah SAW. Apa yang menarik tentang kajian yang dipaparkan ini ialah kaitan amalan berbelanja dengan menjana kecerdasan emosi individu terbabit. Kajian ini membuktikan sifat pemurah menyumbang kepada kegembiraan dan keceriaan hidup kita.

Allah SWT menjelaskan, “Orang-orang yang membelanjakan hartanya di waktu malam dan siang, sama ada secara sembunyi ataupun terang-terangan, maka mendapat ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah [002], ayat 274)

Dengan kata lain, ganjaran yang Allah sediakan untuk orang-orang yang murah berbelanja untuk orang lain tidak terbatas ganjaran pahala sahaja. Bagi individu yang ikhlas berbelanja, Allah SWT memberi kekuatan emosi dan spiritual dengan cahaya kegembiraan memerangi hati mereka. Pada zaman Rasulullah SAW, ayat al-Quran diturunkan sempena memuji sahabat yang lebih mengutamakan orang berbanding dirinya sendiri. Pada suatu hari, seorang tetamu berkunjung ke rumah Rasulullah, tetapi baginda tiada apa-apa untuk dihidangkan kepada tetamu tersebut. Maka seorang sahabat dari golongan Ansar menjemput tetamu tadi berkunjung ke rumahnya.

Secara kebetulan, sahabat Ansar itu juga tidak cukup makanan di rumahnya, yang ada hanya sedikit sahaja. Apabila tiba waktu makan, sahabat Ansar itu berpakat dengan isterinya supaya lampu dipadamkan ketika waktu makan dan berpura-pura turut makan bersama-sama tetamu tadi, sebagai tanda layanan baik kepadanya. Apabila tiba waktu makan, makanan dihidangkan kepada tetamu yang sudah lama menunggu. Ketika hendak makan, sahabat Ansar dan isterinya melaksanakan apa yang dirancang sebelum itu, iaitu lampu dimatikan dan mereka berpura-pura turut sama makan bersama tetamu berkenaan dalam suasana gelap. Semua itu dirancang supaya tetamu yang hadir itu berasa selesa dengan layanan yang disediakan.

Pada keesokan harinya, Rasulullah SAW menemui sahabat Ansar ini dengan membawa wahyu daripada Allah SWT yang memuji tindakannya melayan tetamu pada malam sebelumnya. Allah memuji sahabat itu kerana sifat mereka yang mengutamakan orang lain dengan firman-Nya, “Dan orang-orang yang telah menempati (mendiami) Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan (memerlukan apa yang mereka berikan itu). Dan barang siapa yang terpelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung (bahagia).” (Surah al-Hasyr [059], ayat 9)

Kisah Saidina Uthman

Dalam satu peristiwa di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, pernah berlaku suatu keadaan kekurangan bekalan makanan yang sangat kritikal di kalangan penduduk Madinah. Keadaan itu benar-benar menguji kehidupan masyarakat sehinggakan Khalifah Abu Bakar terpaksa menenangkan keadaan dengan ungkapannya, “Bersabarlah sehingga Allah SWT menolong kamu semua.”

Pada suatu hari, Saidina Abu Bakar mendapat berita bahawa seribu ekor unta yang sarat membawa bekalan makanan telah sampai ke rumah Saidina Uthman al-Affan. Berita itu amat menggembirakan Saidina Abu Bakar kerana kekayaan sebanyak itu datang kepada seorang sahabat yang terkenal dengan sifat dermawan dan suka membantu perjuangan Islam dengan harta kekayaan yang dimilikinya. Beberapa orang peniaga Madinah segera pergi ke rumah Saidina Uthman bertujuan mendapatkan bekalan makanan bagi dijual kepada seluruh penduduk yang amat memerlukannya. Kedatangan para peniaga sudah diduga oleh Saidina Uthman.

Beliau bertanya kepada mereka, “Apa yang kamu semua mahukan?”

Mereka menjawab, “Kamu mendapat berita bahawa seribu ekor unta yang membawa bekalan makanan telah sampai kepada tuan. Jualkanlah barangan tu kepada kami supaya kami dapat membahagikannya kepada fakit miskin di Madinah.”

Saidina Uthman bertanya kepada para peniaga, “Berapa keuntungan yang kamu sanggup berikan kepada aku bagi barangan yang aku belikan dari Syam ini?”

Mereka menjawab, “Setiap sepuluh dirham, kami bayar dua belas dirham.”

Balas Saidina Uthman, “Aku pernah ditawarkan dengan keuntungan yang lebih daripada itu.”

Mereka berkata, “Kami tawarkan sepuluh dirham dengan empat belas dirham.”

Balas Saidina Uthman pula, “Aku ditawarkan lebih lagi daripada itu.”

Balas peniaga, “Kami tawarkan sepuluh dirham dengan lima belas dirham.”

Jawab Saidina Uthman, “Aku ditawarkan lebih lagi.”

Para peniaga Madinah itu bertanya pula, “Siapakah yang akan membayar keuntungan sebanyak itu kepada kamu, sedangkan kami adalah peniaga-peniaga di Madinah?”

Kata Saidina Uthman, “Dia akan membayar sepuluh untuk setiap satu dirham. Adakah kamu sanggup membayar lebih daripada jumlah itu?”

Mereka menjawab, “Tidak, kami tidak mampu membayar setinggi itu.”

Kaya belum tentu bahagia

Akhirnya Saidin Uthman memberitahu kepada semua peniaga yang hadir itu, “Saksikanlah wahai peniaga-peniaga Madinah bahawa semua bekalan makanan ini adalah sedekah aku untuk fakir-fakir miskin di Madinah.” Berita itu amat menggembirakan Khalifah Saidina Abu Bakar yang selama ini amat mengharapkan krisis kekurangan makanan di Madinah dapat diatasi dengan segera.

Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Saidina Uthman dengan kata-katanya, “satu dirham dibayar sepuluh” ialah sebagaimana yang difirmankan Allah SWT, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan harta mereka di jalan Allah adalah seumpama denga sebutir benih yang menumbuhkan tujuh dahan, pada setiap dahan ada seratus biji. Allah melipat-gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261). Firman-Nya yang lain, “Barang siapa membawa satu amalan yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalannya.”

Hati yang rela, melahirkan pekerjaan yang murni. Kerelaan dan kepasrahan menandakan keikhlasan dan kejujuran yang tidak terperi, tanpa kesangsian dan paksaan. Kejujuran inilah yang melahirkan kegembiraan yang sungguh membahagiakan. Apakah yang lebih diharapkan oleh setiap insan di muka bumi ini selain daripada kebahagiaan? Kaya belum tentu bahagia dan miskin bukan ukuran derita dan sengsara. Lebih baik miskin harta tetapi kaya hati. Kekayaan hati inilah pancaran daripada cahaya kasih sayang sesama manusia. Semangat ‘memberi’ lambang kekayaan hati dan kebahagiaan diri yang suci, hanya mengharapkan keredhaan Illahi.

Kelebihan memberi dapat kita lihat dalam al-Quran dan hadis seperti berikut :

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki- Nya di antara hamba-hamba- Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki- Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba’ [034], ayat 39)

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki- Nya. Dan apa saja harta yang baik (halal) yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka kebaikan dan faedah (pahala) itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya (disempurnakan balasannya) dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Surah al-Baqarah, ayat 272)

Firman Allah SWT yang bermaksud, “(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 273)

Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak boleh irihati melainkan pada dua perkara: (1) Seorang diberikan Allah harta lalu dia menginfaqkannya pada perkara ketaatan dan (2) seorang diberikan Allah hikmah (ilmu berkaitan Al-Quran) lalu dia beramal dengannya dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Siapakah di kalangan kamu yang menyayangi harta warisnya melebihi dia menyayangi hartanya sendiri? Mereka berkata: Wahai Rasulullah, tiada seorangpun dari kami melainkan dia lebih menyayangi hartanya sendiri. Sabdanya: Sesungguhnya harta seseorang itu adalah harta yang telah dia infaqkan manakala harta warisnya adalah harta yang dia simpan (kerana jika dia mati maka harta yang disimpan itu akan diberikan kepada waris sedangkan harta yang dia infaqkan akan diterima balik pada hari kiamat dalam bentuk ganjaran).” (Hadis riwayat Bukhari)

Dari ‘Adiy bin Hatim r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun dengan (menginfaqkan) separuh kurma.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak pernah Rasulullah diminta sesuatu dan Baginda menjawab: Tidak boleh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Dari Abu Hurayrah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Allah Taala telah berfirman: Berinfaqlah wahai anak Adam nescaya Allah berinfaq ke atas kamu (yakni menggantikan apa yang kamu belanjakan).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dar Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga : “Hai hamba-hamba Allah, ini suatu kebajikan.” Dan sesiapa berada dari golongan orang yang bersembahyang dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari pintu al-Jihad. Sesiapa yang masuk dari golongan orang yang berpuasa diseru dia dari pintu al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: “Engkau ku tebus dengan ibu dan ayah ku, ya Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan bagi orang-orang yang diseru dari pintu-pintu itu. Maka adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : “Ya! Dan aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kelebihan bersedekah

Daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas, dapatlah kita fahami bahawasanya banyak kelebihan bersedekah. Antaranya :

1. Membawa rahmat kepada pengamalnya
2. Penebus dan pelupus dosa
3. Membuka pintu kebajikan yang boleh menghalang daripada api neraka.
4. Bersedekah menunjukkan seseorang itu bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah di mana ia merupakan kunci utama ketenangan dan kebahagian hidup di dunia.
5. Akan dimurahkan rezekinya oleh Allah,
6. Terhindar atau dipelihara daripada bala bencana, boleh mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah)
7. Dipanjangkan umur,
8. Menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
9. Tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
10. Memuliakan maruah seseorang
11. Merupakan latihan jiwa atau rohani agar diri seseorang itu mempunyai perasaan halus (peka dan prihatin) dan sebagai tanda bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
12. Sesiapa yang melakukan amal kebajikan dalam apa jua bentuk maka di akhirat kelak seluruh pengawal-pengawal pintu syurga, masing-masing mempersilakan masuk orang-orang yang melakukan amal kebajikan ini melalui pintu yang dijaga mereka dan ada juga segolongan orang yang mendapat penghormatan untuk memasuki kesemua pintu-pintu kebajikan.


Ikhlas memberi

Kesucian hati dan pengorbanan yang kita lakukan akan meletakkan kita pada zone yang akan memberikan kita ketenangan jiwa dan perasaan hingga menghasilkan tenaga dalam diri yang cukup kuat. Tenaga dalaman ini menjana keyakinan diri yang tinggi. Dengan keyakinan diri, terpancarlah keyakinan dan kepercayaan yang tidak mengharap apa-apa daripada membelanjakan sesuatu, hanya mengharapkan redha Tuhan.

Sehubungan dengan itu, mekarlah di mana anda berada dengan banyak memberi, bukan menerima. Sifat positif dan ikhlas anda boleh merubah keadaan. Jangan hanyut dengan suasana, malah binalah suasana kemenangan bersama keluarga, tempat kerja dan masyarakat dengan mengharapkan keredhaan Pencipta. Semangat dan budaya hidup yang digerakkan berteraskan konsep memberi, mampu membahagiakan hati ke arah kehidupan yang diredhai-Nya.

Semoga dapat walau sedikit manafaat daripada entry ini.

SAYANGI JANTUNG ANDA



Saturday, October 24, 2009

GREEN SOYA BEAN FROM YEO HIAP SENG : HARAM

Haram GREEN Soya bean drink from YEO's dan FANTA APPLE


Awas semua muslimin dan muslimah!

GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......

Cuba lihat kat pic ini.

Cuba lihat dekat-dekat........

Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Al- 'Asr 1-3)

Wednesday, October 21, 2009

KUASA ALLAH SWT


SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.




MADINA mendukung anaknya, Ali.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.


SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.


Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev.

Dan menurut Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.

Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.

Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.

Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.

Pelbagai petanda kekuasaan Allah SWT telah dipertunjukkan bagi mereka yang mahu berfikir dan mengambil iktibar.

Tuesday, October 20, 2009

TAIPING TETAP UNGGUL

Pada 17 dan 18 Oktober 2009 yang masih berada dalam bulan Syawal iaitu 28 dan 29 Syawal 1430 Hijrah, telah berlangsungnya Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC ) di Hotel Seri Malaysia Taiping. PBC Taiping yang telah berjaya menghimpunkan seramai 37 orang pada kali ini telah menampilkan penceramah yang hebat - hebat daripada Kelab Pemimpin Utara ( KPU ).

Di antara Pemimpin - pemimpin KPU yang hadir adalah PJS Mohd. Nadzri Ahmad ( Pengenalan Syarikat ), PJS Ismail Othman ( Plan Pemasaran ), PJS Sharifah Sulaiman ( Diagnos Saraf Tapak Tangan ), PJS Zainuddin Abdul ( 6M ), PJ Saliza Zainol ( Produk Halal ), PJS Mohd. Zamri Bakar ( Produk Pilihan ), PJS Zanbli Abdul Rashid dan PJS Siham Hashim ( Bersama Pemimpin ), PJS Asnah Mustafa dan PJS Noormah Zainol ( Urusetia ), PJS Mohd. Bakar Awang ( Bacaan Al - Ma`thurat ), PJS Muzlina, PJ Haryzan, PJ Zalilah, PJ Roslina, manakala Malam Bintang - Bintang pula adalah PJE Imillia Abdul Malek dan PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir. MC pula ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof dan PJ Mohd. Affendy Ismail.

Para Fasilitator adalah PJI Haridah Khanun, PJ Hindon, PJ Sazali Salihuddin dan penampilan baru, Ku Iskandar Ku Aziz.

Menurut Pengarah PBC Taiping pada kali ini iaitu PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PBC kali ini walaupun menampilkan penceramah yang hebat - hebat, namun hanya dapat menghimpunkan seramai 37 orang sahaja pada kali ini adalah kerana ramai yang masih dengan `mabuk raya '. walau bagaimanapun, PBC Taiping kali telah berjalan dengan jayanya dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dari Taiping dan juga dari utara yang telah menjayakan PBC Taiping terutamanya PJS Asnah Mustafa yang tidak jemu - jemu mengendalikan PBC di Taiping dari dulu hingga sekarang.

KHASIAT TAUGEH : JIKA DIURUSTANAM DENGAN BAIK




Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambi lan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.


Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.


Mengikut kajian yang dija lan kan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.


Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tu lan g, serta mencegah kerapuhan tu lan g (osteoporosis)


Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menje lan g menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.


Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL..


Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang mengha lan g tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpu lan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpu lan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.



Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.



Monday, October 19, 2009

ZON KOMUNITI JITRA-CHANGLUN BERJAYA BENTUK KOMITI

Zon Komuniti Jitra dan Changlun berjaya membentuk Jawatankuasa KOMUNITI dalam mesyuarat yang didakan pada 19 OKTOBER 2009, jam 5 petang di HPA Cawangan Jitra.

Pengerusi : PJS Salehuddin Ramley
Timb Pengerusi : PJS Ustaz Helmi
Setiausaha : PJ Ustaz Mohd Yusuff
Bendahari : Cikgu Norida Bt Ali

Penyelaras Kelas Mingguan Jitra : Encik Noor Firdaus
Penyelaras Kelas Mingguan Changlon : Encik Saad Bin Md Ali.

Ahli Jawatankuasa Jitra
1. Cikgu Norida
2. Roshadah Hamid
3. Siti Aishah
4. Ustaz Zahir
5. Encik Mohd Sidek.

Ahli Jawatankuasa Changlun.
1. Ustaz Asri Bin Idris
2. Encik Hashim Saad
3. Puan Sharifah Bt Ibrahim
4. Puan Norhayati Abdullah
5. Encik Che Ros

Sunday, October 18, 2009

SOTONG KERING BAHAYA


Gambar-gambar atas, ialah sotong kering. Kalau dibakar atau dimasak sambal, sedap oooo!!! Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok. Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan...


Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.





GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.


Ends....

Saturday, October 17, 2009

PENASIHAT DAN PENGERUSI ZON KOMUNITI KPU

PENGERUSI KOMUNITI BAYAN BARU-BALIK PULAU
:PJS ENCIK ABD JALIL BIN ZAINOL

PENASIHAT KOMUNITI BAYAN BARU-BALIK PULAU
:PJS MOHD ASERI BIN HANAPIAH

PENGERUSI KOMUNITI TAIPING-KUALA KANGSAR
: UST MOHD YUSFEE BIN YUSOF
PENASIHAT KOMUNITI TAIPING-KUALA KANGSAR
:PJS ENCIK MOHD NADZRI BIN AHMAD

PENGERUSI KOMUNITI KULIM-PARIT BUNTAR
:PJS UST MOHD ZAMRI BIN BAKAR

PENASIHAT KOMUNITI KULIM-PARIT BUNTAR
:PJS PUAN NORMAH BT ZAINOL



PENASIHAT KOMUNITI KEPALA BATAS-BKT MERTAJAM
-SG PETANI-GUAR CHEMPEDAK
:PJS UST MOHD ZAHIR BIN GHAZALI



PEGERUSI KOMUNITI KEPALA BATAS-BKT MERTAJAM-
:PJS ENCIK ZAMBLI ABDUL RASHID

PENGERUSI KOMUNITI SUNGAI PETANI
PJS ENCIK NOORHYZAD BIN KASSIM

PENGERUSI KOMUNITI BALING-SIK-PENGKALAN HULU-GERIK
:PJS ENCIK ABD RAZAK BIN HUSSAIN


PENASIHAT KOMUNITI BALING-SIK-PENGKALAN HULU-GERIK
:PJS PUAN SYARIFAH BT SULAIMAN

PENGERUSI KOMUNITI POKOK SENA-PADANG TERAP
:PJS UST SABRI BIN AHMAD


PENASIHAT KOMUNITI POKOK SENA-PADANG TERAP
:PJS ENCIK MOHD ASERI BIN HANAPIAH

PENGERUSI KOMUNITI JITRA - CHANGLUN
:PJS ENCIK SALEHUDDIN BIN REMLY

PENASIHAT KOMUNITI JITRA - CHANGLUN
:PJS ENCIK ISMAIL BIN OTHMAN

PENGERUSI KOMUNITI KANGAR-PADANG BESAR-ARAU
:PJS ENCIK AMIRUDDIN BIN ABU BAKAR


PENASIHAT KOMUNITI KANAGAR - PADANG BESAR - ARAU
:PJS ZAHARAH MAT ZAIN


PENASIHAT KOMUNITI
PENDANG

-KOTA SARANG SEMUT-KUALA KEDAH
-ALOR SETAR TANDOP-SHAHAB PERDANA
:PJS ENCIK AZIZAN BIN AHMAD

PENERUSI KOMUNITI -ALOR SETAR PENDANG
-KOTA SARANG SEMUT-KUALA KEDAH -ALOR SETAR TANDOP-SHAHAB PERDANA
:PJS UST MOHD ZAIDI BIN ABU HASSAN

PENGERUSI KOMUNITI LANGKAWI
:PJS ENCIK AHMAD ZAKI BIN MD NOOR

PENASIHAT KOMUNITI LANGKAWI
:PJS PUAN JAMALIAH BT OMAR

Wednesday, October 14, 2009

KPU KINI BERGERAK SECARA KOLEKTIF

Kelab Pemimpin Utara (KPU) memulakan dimensi baru dalam meneruskn perjuangannya bersama HPA. Dalam Perjumpaan PJS KPU yang berlangsung pada 13 OKTOBER 2009, jam 8.30 malam di RFC Sungai Petani, beberapa keputusan bersama telah dicapai, antaranya:


1. Mewujudkan Pusat Komuniti mengikut Zon. Sebanyak 10 Zon Komuniti diwujudkan dan setiap Jawatankuasa Tribunal menjadi Penasihatnya.

2. Memberi mandat kepada Jawatankuasa Tribunal untuk mencadangkan kepada HPA agar lebih memberi fokus kepada pembangunan dan penambaikan produk-produk MLM. Ini kerana produk-produk tersebut merupakan nadi utama dan sumber pendapatan kepada semua pengedar HPA yang menjadi usahawan, khususnya yang berniaga secara sepenuh masa.

3. Meningkatkan peranan, kualiti dan karisma pemimpin agar lebih diyakini dan diteladani oleh ahli-ahli.

Seramai 60 PJS KPU hadir. Dengan cara dan kaedah pengurusan yang baru ini, diharap semua PJS KPU dapat memanfaatkan sepenuhnya bakat, kebolehan dan idea yang ada bagi membangunkan zon masing-masing. Di samping itu, kaedah ini diharap mampu meningkat prestasi jualan dengan syarat produk yang dihasilkan cukup untuk dipasarkan.





PBC YAN DI KAKI GUNUNG JERAI

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) akan diadakan pada 23-24 OKTOBER 2009 di Calet Titi Hayun, Yan Kedah. Lokasi PBC pada kali ini terletak betul-betul di kaki Gunung Jerai. Kelilingnya merupakan Taman Rekreasi Hutan Simpanan. Deruan air terjun dan pokok-pokok hijau di sekelilingnya menjadikan kawasan ini cukup damai dan tenang.

Fasilitator PBC YAN yang akan membantu para peserta dalam program nanti.

Beberapa PJS dari KPU akan hadir menjayakan PBC tersebut. Antaranya PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Puan Sharifah Sulaiman, PJS Ismail Othman, PJS Maznah Derani, PJS Syed Ageel, PJS Ustaz Mohd Ali dan PJS Sabri Ahmad.

Pendaftaran masih dibuka. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi PJS anda atau boleh daftar terus kepada PJS Muzafar Aliyasak di talian 012-5766887

Tuesday, October 13, 2009

PROGRAM PEMANTAPAN PLAN PEMASARAN MLM SYARIAH HPA

Program Pemantapan Plan Pemasaran MLM Syariah HPA telah diadakan pada 12 OKT 209 (Isnin), jam 8.30 malam di Pusat Jualan HPA PJS MOhd Nadzri Bin Ahmad, Padang Temusu Sungai Petani Kedah.

Seramai 40 peserta hadir, terdiri daripada pengedar lama dan baru. Program yang berakhir pada jam 11.00 malam itu, disampaikan slotnya oleh PJS Haji Ismail Othman. Antara kupasan yang diutarakan adalah mengenai:

1. Konsep MLM Syariah HPA
2. Perbezaan antara MLMS dengan Piramid Sistem.
3. Perbezaan antara MLMS dengan Money Game.
4. Praktikal dan amali Penyata Bonus HPA.
5. Huraian Bonus HPA dan cara untuk mendapatkannya secara terperinci.
6. Kaedah mudah mencapai 5 angka menerusi PBC.


Program ini terbuka kepada semua ahli dan pengedar HPA dan Pendaftaran adalah PERCUMA.


HASRAT HPA BUKA 100 RFC

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) mensasarkan tersenarai dalam syarikat ‘kelab bilionair’ setanding korporat gergasi negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sebahagian besar pendapatan disumbang menerusi jualan langsung (MLM) dan rangkaian restoran makanan segeranya.

Syarikat milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini dan yang pertama diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) itu terkenal dengan produk makanan dan minuman kesihatan jenama Radix seperti Kopi Radix dan Radix Koko.

Pada masa ini produk keluaran syarikat itu Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH) mencetus fenomena baru dalam industri restoran makanan apabila menyajikan makanan organik, halal, suci dan berkualiti.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, jualan syarikat berada sekitar RM15 juta sebulan dan mensasarkan memperbanyakkan lagi keluaran dalam rangkaian MLMnya yang kini berjumlah lebih 250 produk untuk melonjakkan lagi jualan syarikat.

Ends.......sumber Harian Metro

Monday, October 12, 2009

PENYATA BONUS HPA SECARA ONLINE

Semua ahli, pengedar dan pemimpin HPA boleh menlihat dan menyemak BONUS BULANAN HPA mulai OKTOBER 2009. Sistem Maklumat HPA (MIS) telah membangunkan laman web ini bagi memberi kemudahan kepada pengedar untuk menyemak BONUS BULANAN masing-masing.


Pengedar boleh mendaftar keahlian mereka melalui laman web berikut:


http://hpa.com.my/bonus/...

Pendaftaran dibuka sekarang...

Ends...

Sunday, October 11, 2009

TENTATIF PROGRAM PERJUMPAAN PJS KPU

Perjumpaan Pengarah Jati Setia (PJS) KPU akan diadakan seperti berikut:


Tarikh : 13 OKTOBER 2009 (Selasa)


Tempat : Dewan RFC Legenda Height, Sungai Petani.



Tentatif Perjumpaan.


7.00 malam : Pendaftaran PJS
7.11 malam : Solat Magrib Berjamaah
7.40 malam : Makan Malam (disediakan)
8.30 malam : Mesyuarat PJS KPU
11.00 malam : Bersurai

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Alu-aluan Presiden KPU.
2. Pelaksanaan Kaedah Komuniti.
3. Laporan Yuran PJS KPU.
4. Program-program KPU.
5. Hal-hal lain.

Semua PJS KPU diwajibkan hadir. Maklumat lanjut, sila hubungi Setiausaha KPU, PJM Syed Ageel Syed Mahayaddin di talian 013-4882778.

Ends...
cid:1.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com

Brunei's Sultan Hassanal Bolkiah ..
President of the richest country in the world
Popular, lavish, ... uses gold in everything
Was born literally eating with spoons made of gold Clothes worn embroidered with gold and silver

These are some pictures of his palace ...

The largest and most luxurious palace in the world...
Consists of 1788 rooms with some furnished in gold and diamond-encrusted
257 bath inlaid with gold and silver and a garage to accommodate 110 cars
The palace has 650 suites ... each furnished at not less than 150,000 thousand euros
This requires the visitor to spend 24 hours just to inspect each room for 30 seconds

cid:2.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:3.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com


The Sultan of Brunei's plane

Most luxurious aircraft in the world, inlaid with gold
The Sultan has also a Boeing 747 worth a hundred million dollars,

and then re-designed as a home at a cost of more than one hundred and twenty million dollars.
Featured add-ons such as a whirlpool bath of pure gold
He also has six small aircraft and two helicopters.

cid:4.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:5.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:6.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:7.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:8.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:9.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:10.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:11.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:12.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
One of the cars of theSultan of Brunei

At the special request of the Sultan of Brunei,

the Rolls Royce company combined their car designs with that of Porsche.
This vehicle is currently in London for use during his stay in Britain


cid:13.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:14.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:15.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com

When the Sultan of Brunei's daughter married,

the legendary celebrations continued for 14 days,
at a cost of about five million dollars,
attended by more than 25 heads of state and family members.


cid:16.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:17.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com


Sultan of Brunei car inlaid with pure gold



cid:18.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:19.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com
cid:20.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com

The Princess wears a crown of diamonds

and carries a small bouquet of flowers studded with diamonds.
She also wears huge diamonds as earrings, adding sparkle to her face.

cid:21.785731665@web58207.mail.re3.yahoo.com

Wikipedia says he has

531 Mercedes-Benzes
367 Ferraris
362 Bentleys
185 BMWs
177 Jaguars
160 Porsches
130 Rolls-Royces
And 20 Lamborghinis

Bringing the total number of his cars to 1,932


Ends........




Lensa eKPU