Saturday, February 28, 2009

HPA - "HARAPAN PALING AKHIR"

HPA "Harapan Paling Akhir", itulah ungkapan Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad dalam satu perjumpaan dengan semua PJS seluruh negara yang diadakan pada awal tahun lalu. Harapan itu bukan sahaja terhadap perjuangan mengeluarkan barangan halal lagi baik untuk kegunaan umat Islam, malah ia juga ada kaitan dengan sumber pendapatan yang barakah untuk meneruskan kesinambungan hidup.

Hari ini, dunia mengalami kegawatan ekonomi yang cukup dahsyat. Penurunan nila mata wang antarabangsa mempengaruhi kadar keluaran negara-negara pengeksport. Negara kita juga tidak terlepas dari mala petaka ini. Ramai yang diberhentikan kerja. Dianggarkan menjelang pertengahan JUN 2009, hampir 2 juta lagi rakyat negara ini akan hilang pekerjaan.

Kemelut yang melanda ini bukanlah merupakan mala petaka baru. Tahun 1980an dulu juga kita pernah mengalami nasib yang sama. Namun cara berfikir dan bertindak masyarakat masih tidak berubah. Menganggur bermaksud tidak bekerja dengan kerajaan atau sesebuah syarikat. Itulah minda Melayu dari dulu sampai kini, masih tidak berubah. Tidak ramai yang mahu bekerja sendiri dan mengambil peluang yang ada di depan mata.

HPA adalah harapan baru kepada kemelut yang melanda. HPA menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang memahami perjuangan HPA dan benar-benar memerlukan sumber kewangan. Hari ini segala-galanya perlukan wang, walaupun wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan. Oleh itu rebutlah peluang ini untuk masa depan yang lebih gemilang. Bergabung dengan HPA hanya memerlukan yuran keahlian RM30 sekali seumur hidup.

Yakinlah bahawa HPA merupakan wadah benar dan betul dalam merealisasikan impian anda...

Ends......

Wednesday, February 25, 2009

RADIX CHICKEN RICE BUKAN MILIK HPA

Terlalu banyak pertanyaan daripada pengedar berhubung status Radix Chicken Rice (RCR) yang beroperasi berdekatan HPA Cawangan Amanjaya, Sungai Petani. Ada yang menelefon bertanya akan kesahihan premis tersebut. Mereka mahu tahu apakah RCR itu adalah milik penuh HPA sebagaimana RFC, ROR dan ROC.

Dalam kesempatan ini, suka saya maklumkan bahawa Radix Chicken Rice (RCR) sebenarnya BUKAN MILIK HPA. Pemilik premis tersebut telah menggunakan perkataan RADIX, warna, pakaian pekerja dan 'setting' seperti HPA. Semua pemimpin, pengedar dan ahli-ahli HPA perlu menyampaikan maklumat ini dengan jelas kepada masyarakat supaya tidak berlaku kekeliruan yang boleh mendatangkan salah tanggapan dan menjejaskan perjalanan perniagaan HPA.

Premis milik HPA hanyalah yang ada LOGO HPA sahaja. Kalau tidak ada logo HPA dan menggunakan perkataan RADIX, maka itu bukan premis milik HPA. Ia adalah milik persendirian yang juga ahli HPA dan mendapat kebenaran HPA untuk menggunakan perkataan "RADIX".

Saya difahamkan pemilik RCR adalah dari kalangan pemimpin HPA juga. Beliau menggunakan 100% barangan dan bahan mentah yang dibekalkan oleh HPA. Ini termasuklah Ayam Organik HPA, semua jenis minuman HPA dan lain-lain barangan lagi.

Ends.....

Monday, February 23, 2009

SEMINAR MENGAPA HARUS BERSAMA HPA


6 MAC 2009
TEMPAT : HPA CAWANGAN KUALA TERENGGANU
MASA       : 9.00 MALAM
 
8 MAC 2009
TEMPAT : HPA CAWANGAN PASIR GUDANG
MASA : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG
BAYARAN: RM 3.00 SEORANG (jamuan ringan)

8 MAC 2009
MAJLIS PENERANGAN HPA
TEMPAT : NO 60 JALAN PELANGI 8
TAMAN PELANGI, JEMENTAH.
MASA : 8.30 MLM - 11.00 MLM


Kepada semua ahli (KPU) HPA yang tinggal berdekatan & dijemput hadir.
Manfaatkan segala peluang yang ada..HADIRKAN RANGKAIAN SERAMAI MUNGKIN...PERCUMA.........................
 
Sebarang pertanyaan, rujuk Setiausaha KPU - PJS Syed Ageel di talian 013-4882778

Ends.......


KURSUS PEMANTAPAN STOKIS-STOKIS BARU KPU

Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan mengadakan Kursus Pemantapan Stokis KPU UNTUK STOKIS BARU yang akan diadakan pada 01 MAC 2009 (Ahad), mulai jam 2.30 - 6.00 petang di HPA Amanjaya Sungai Petani.

Semua Stokis yang baru dilantik di Zon Utara dijemput hadir. Penerangan lengkap berhubung Stokis dan tanggungjawabnya akan disampaikan oleh Pengurus Besar MIS, Puan Rashidah Abdul Rahim. Kursus ini terhad untuk 50 stokis sahaja. Stokis yang mendaftar awal dialu-alukan. Yang daftar lewat tidak akan dilayan. Sebarang rayuan tidak akan diterima. Yuran pendaftaran sebanyak RM1 (Seringgit) dikenakan. Maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi PJS Mohd Zahir Ghazali di talian 012-4269003


ends.......

PAK KUSNADI : INSAN MULIA DALAM KENANGAN

Sekiranya ada di kalangan mereka yang bertanya, "Siapakah sahabat dalam HPA paling ikhlas jiwanya dan luhur budinya", sudah pasti jawapannya adalah Pak Kusnadi. Itulah antara gambaran yang dapat dicoretkan bagi menggambarkan akan keluhuran dan keikhlasan hati seorang insan.


Kehilangannya amat terasa. Kalau dulu, beliau sering datang berkunjung ke daerah ini dengan senyuman dan tawa kecilan, mudah mesra, senang didekati, mudah berbicara dan berkongsi ilmu, namun kini segala-galanya tinggal kenangan yang amat manis dan sukar untuk dilupakan.

Jika ada yang bertanya, siapakah yang kental hati dan jiwanya dalam memperjuangkan HPA? Sudah pasti jawapannya juga adalah Pak Kusnadi. Semangat dan kekentalan jiwanya amat sukar ditandingi. Pak Kusandi sanggup berkorban apa sahaja demi HPA. Baginya HPA adalah perjuangan agama dan menjadi tanggungjawab muslim untuk bersama dalam bahtera ini.

Kali terkahir bertemunya ketika Pelancaran RFC Sungai Petani, hampir setahun yang lalu. Ketika itu kami sempat berbual dalam suasana yang sungguh mesra dan ukhuwah. Sempat juga ku pimpin tangannya untuk makan bersama di Restoran Munajat, Amanjaya. Waktu itu beliau kelihatan sangat uzur. Matanya sudah kabur dan perlukan bantuan sahabat. Ternampak keuzuran pada langkah dan tutur bicaranya. Agak perlahan mengatur kata dan perlu bantuan ketika menghayun langkah.

Kembalinya Pak Kusnadi mengadap Ilahi merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua. Semoga Allah SWT kasihkan beliau dan tempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Bagi kita yang masih ada, teruskanlah perjuangan. Semangat Pak Kusnadi tetap tersemat dan berkobar di dalam jiwa kita......Yang pasti kita jua akan mengikut jejak langkahnya.......mengadap Ilahi Rabbul Jalil.......

Ends....

Sunday, February 22, 2009

PJS KPU GEMPUR PBC SIK

PJS dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) berjaya mengadakan PBC di Rumah Rehat Sik pada 20 dan 21 Febuari yang lalu. Seramai 60 peserta telah hadir. Penggerak utama PBC pada kali ini ialah PJS Cikgu Razak Hussain, PJS Mohd Khatib Hussain dan PJS Aseri Hussain.


Tiga Bersaudara ' Keluarga Hussain' yang menjadi peneraju utama PBC Sik


Peserta bersemangat melaungkan ' HPA Boleh'



Persembahan peserta muslimat


Kuliah subuh diadakan selepas Qiyamullail


Semangat luar biasa peserta lelaki






Peserta PBC Sik merakamkan gambar kenangan




Ends...

Saturday, February 21, 2009

KPU LEBARKAN JARINGAN PBC DI CAMERON HIGHLANDS

Kelab Pemimpin Utara (KPU) berjaya mengadakan PBC yang pertama di Hotel Cool Point Cameron Highlands pada 21 dan 22 Februari 2009. Inilah julung-julung kali KPU mengadakan PBC di daerah ini.



Sebahagian peserta PBC Cameron Highlands di Cool Point Hotel


Ia adalah hasil usaha PJS Noreda Hamid yang merupakan Pengarah PBC pada kali ini. Seramai 47 peserta hadir pada kali ini. Hadir sama menyampaikan slot pada PBC yang pertama ini ialah PJS Mohd Nazri Ahmad (slot Radix Satu Pilihan), PJS Ismail Othman (slot Plan Pemasaran), PJS Syed Ageel Syed Mahayadin (slot Gerak Kerja 6M), PJ Ustaz Zaidon (slot Halal dan Haram), PJS Noreda Hamid (slot Saraf Tapak Tangan) dan PJS Meor Juhaidi (slot Kenali Syarikat).



Tiga PJS KPU yang menjadi penggerak utama PBC Cameron Highlands


Selain itu PBC pada kali ini juga dibantu oleh beberapa fasilitator dari KPU. Antaranya PJE Haridah Khanun, PJS Abdul Halim, PJ Sabariah, PR Norhamizah, PR Zaleha Mat Saad dan beberapa lagi fasilitator tempatan.


Ends.......

PAK KUSNADI KEMBALI KE RAHMATULLAH

Alfatihah. Seluruh warga KPU dan HPA merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Pak Kusnadi. Beliau pulang ke rahmatullah lewat jam 7 pagi tadi (21 Februari 2009) di Rumah Sakit Haji Depok, Jakarta setelah koma beberapa hari akibat menderita penyakit Kencing Manis.

Semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diletakkan di kalangan hamba-hamba yang soleh...Amin

"Dari Allah Kita Datang dan Kepada-Nya jua Kita di kembalikan"


Ends.....

Thursday, February 19, 2009

PJS PERLU ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN


Semua Pengarah Jati Setia (PJS) KPU yang menjadikan HPA wadah ekonomi perlu istiqamah dalam perjuangan. Demikian dinyatakan oleh Pengurus Besar HPA, Mohd Faisol Abd Rahman.

Beliau berucap kepada 53 PJS KPU dalam satu perjumpaan yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani baru-baru ini. Selain itu beliau juga mengingatkan semua PJS agar akur dengan Jawatankuasa Tribunal yang dilantik oleh HPA. Ahli tribunal merupakan perantara di antara HPA dan semua PJS mengikut zon masing-masing. Oleh yang demikian semua PJS perlulah patuh dan akur dengan setiap keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa tribunal.

Sebelum itu dalam ucapan aluan, Pengerusi KPU, PJS Azizan Ahmad mengingatkan semua PJS KPU agar dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada beliau. Beliau tidak mahu ada di kalangan PJS yang bertindak sesuka hati dan membelakangi keputusan dan peraturan KPU. Sebagai Presiden beliau mahu perjalanan KPU pada tahun 2009 lebih mantap dan cemerlang dalam setiap gerakerja yang dirancang.

Ends....

Wednesday, February 18, 2009

KOWAHIDA HPA BUKA PELUANG PELABURAN


Antara saham yang dibuka kini adalah perniagaan membekalkan 'Produk Killer' HPA iaitu Kopi RADIX dan juga 'ayam organik' HPA iaitu Ayam Kita. Keuntungan dari jualan inilah yang akan diagihkan kepada semua pemodal saham Koperasi Wahida HPA Bhd. dalam pembahagian dividen nanti.

Permintaan yang sangat tinggi terhadap dua produk ini jugalah yang membolehkan koperasi menjalankan perniagaan yang menguntungkan. Ketika perasmian pembukaan Cawangan baru RFC di Shahab Perdana pada 7 Februari '09 tempohari, kita dapat melihat permintaan dan keperluan pengguna dalam memilih ayam organik cukup tinggi, dan dianggarkan jumlah kehadiran 6,000 orang pada hari tersebut kita yakin bahawa produk kita telah dapat memenuhi pasaran kini.


Ends....sumber Kowahida HPA

Sunday, February 15, 2009

KPU SEDIAKAN BAS KE PELANCARAN MLM SYARIAH HPA

Sukacita dimaklumkan bahawa KPU akan menyediakan perkhidmatan bas dan tiket masuk ke Majlis Pelancaran MLM Syariah HPA di Dewan Besar Lembaga Tabung Haji, Ibu Pejabat Tabung Haji Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kepada PJS dan Pemimpin serta pengedar yang berminat hadir, bolehlah mendaftar SEGERA dengan PJS MOHD ZAHIR GHAZALI di talian 012-4269003. Bayaran dikenakan sebanyak RM75 termasuk tambang dan tiket masuk. Tempat TERHAD untuk 30 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat. Bas akan bertolak pada 8 MAC 2009, jam 12.00 malam dan pulang pada 09 MAC 2009, jam 6.00 petang.. Maklumat lanjut hubungi PJS MOHD ZAHIR GHAZALI.

Ends...

DOAKAN KESIHATAN PAK KUSNADI


Dimaklumkan bahawa Pak Kusnadi, salah seorang pejuang HPA di bumi Indonesia kini terlantar sakit di Pusat Rawatan HPA. Beliau menghidap penyakit Kencing Manis yang kronik dan menerima rawatan langsung daripada Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad.


Mohon doa dari seluruh warga HPA yang berada di mana sahaja. Mudah-mudahan Allah SWT akan memberkati doa kita dan menyembuhkan penyakit Pak Kusnadi.



Ends...

Saturday, February 14, 2009

KEENAKAN ROR SUKAR DITANDINGI

Kini muncul pula ROR dengan memperkenalkan "Nasi Ayam Organik" yang sangat lazat rasanya. Disebalik kelazatan dan organiksebenarnya Nasi ayam tersebut menggunakan 2 herba utama iaitu minyak zaitun dan madu HPA.Namun bagitu peniagaan ini sebenarnya sebagai altenatif kepada umat Islam bagi mendapatkan makanan yang segar dan halal.




Kita dapat mengenali penggunaan kiub yang tidak halal ini dengan melihat sup ayam tersebut mempunyai aroma yang kuat sedangkan kuahnya jernih.Ini berbeza dengan sup ayam asli di mana warna sup lebih gelap seperti yang di gunakan di ROR!

ROR terletak sebelah Hotel El Zahraa sebaris dengan RFC .

Ends....sumber blog PU

PBC TAIPING BERI PELUANG PEKERJAAN KEPADA PENDUDUK TEMPATAN

PBC Taiping yang berlangsung pada 14 dan 15 Februari 2009 di Hotel Seri Malaysia telah dihadiri seramai 50 peserta yang kebanyakannya adalah dari sekitar Taiping, Kamunting dan Kuala Kangsar.

Sebahagian peserta PBC sedang mendengar slot yang disampaikan

Pemimpin baru yang bersemangat PJ Zalilah Ghazali (atas) dan PJ Ustazah Saliza (bawah)

PJS Mohd Nadzri sedang menyampaikan slot Kenali HPA


Bengkel dan persembahan peserta PBC

Program yang diadakan pada setiap bulan ini makin mendapat sambutan daripada pengedar-pengedar HPA terutama pengedar baru. Ini berlaku berikutan kegawatan ekonomi global yang menyebabkan banyak industri seperti pengilangan gulung tikar.

Antara Fasilitator yang membantu PBC Taiping

Kamunting merupakan kawasan perindustrian di Perak Utara. Sebelum ini ia menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Akibat kegawatan tersebut, ramai yang terpaksa dibuang dan diberhentikan kerja. Kesempatan ini diambil oleh pengedar-pengedar untuk memperkenalkan HPA dan memberi peluang pekerjaan sebagai usahawan kepada mereka.

PJ Ustaz Irwan antara 'Orang Kuat' PBC Taiping

Hadir dalam PBC tersebut ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad (slot Kenali HPA), PJS Ismail Othman (slot Plan Pemasaran), PJS Ustaz Zamri Bakar (slot Produk Pilihan), PJS Hasnah Mustafa (slot Gerak Kerja 6M), PJS Noormah Zainol (slot Bersama Pemimpin), PJS Ustazah Siham Hashim (slot Saraf Tapak Tangan) dan PJ Ustazah Saliza Zainol (slot Halal Haram).

PBC kali ini dibantu oleh beberapa orang fasilitator terlatih. Antaranya PJE Karidah Khanum, PJE Hindun, PJ Ustaz Yusfee Yusoff, PJ Ustaz Irwan dan PJ Sazali Salihuddin dan beberapa fasilitator muslimat.

Ends...

PELANCARAN MLM SYARIAH

Semua Pengarah Jati Setia (PJS), ahli serta usahawan HPA dijemput hadir ke Majlis Pelancaran MLM Syariah yang akan diadakan pada 09 MAC 2009 (Isnin), jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Besar LembagaTabung Haji, Ibu Pejabat Tabung Haji, 201 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM15 sahaja. Tempat adalah terhad. Pendaftaran boleh dibuat terus kepada En. Mohd Kamal di talian 013-4804717

Ends...

PBC PERTAMA DI JITRA MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN

Kehadiran ramai peserta dalam PBC yang diadakan pada 13 dan 14 Februari 2009 di Taman Siswa, Jitra Kedah menjadi penyumbang besar kepada peningkatan jualan HPA Zon Utara. Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pemimpin HPA KPU berjaya menghadirkan seramai 91 peserta ke PBC tersebut.

Sebahagian peserta yang hadir ke PBC Jitra


Kehadiran peserta OKU membakar semangat peserta


PBC ini merupakan PBC yang pertama diadakan di Jitra sejak dilancarkan pada Disember 2005 yang lalu. Pengarah bersama PBC kali ini ialah PJS Syed Ageel dan PJS Salehudin Ramly. Selain itu beberapa PJS turut hadir bagi mengisi slot yang menjadi modul PBC.

Tenaga penggerak yang menjayakan PBC Jitra


PJ Ustaz Mohd Yusof sedang menyampaikan slot


Antara yang hadir ialah PJS Syarifah Sulaiman (Slot Saraf Tapak Tangan), PJS Sabri Ahmad (slot Radix Satu Pilihan), PJS Ustaz Kamal (slot Halal dan Haram), PJS Syed Ageel (Gerak Kerja 6M) dan PJ Ustaz Yusof Ahmad (slot Kenali Syarikat).

Ends...

Friday, February 13, 2009

JUALAN LOT UNTUK LABUR DALAM RFC TIDAK DIBENARKAN

Dalam kesempatan kerancakan RFC mengembangkan sayap peniagaanya ada sebahagian daripada ahli HPA mula menunjukan minat bagi membuka RFC ditempat mereka melalui perkongsian bersama.

Bagi mencukupkan modal satu juta misalnya mereka membuka lot-lot saham seperti RM50 ribu satu lot. Namun bagitu sesuatu yang perlu diingatkan bahawa individu atau syarikat tidak dibenarkan mengambil diposit kepada orang ramai kecuali dengan keizinan Bank Negara Malaysia (BNM).

Perkongsian dengan RFC bukan dengan kaedah itu tetapi dengan cara membuka Syarikat Sdn Bhd antara individu (Hj Ismail) dengan individu lain . Contuh RFC di Alor Setar dibuka dengan pendaftaran RFC Shahab Perdana SDN BHD dengan bermodalkan 80% dari Hj Ismail dan 20% daripada individu. 80% bernilai 4 juta sementara 20% bernilai sejuta.Namun bagitu keuntungan dibahagikan mengikut persetujuan bersama.

Pihak syarikat tidak menerima pelaburan berbentuk lot-lot yang diwujudkan dengan nilai tertentu kerana ini menyalahi peraturan BNM dan akan memberikan kesan negatif kepada HPA disuatu hari nanti.

Semua PJS sila ambil perhatian dan sampaikan maklumat ini dengan tepat dan betul.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Ustaz Adnan bahagian pentadbiran HPA.


Ends.........................sumber blog PU.

Thursday, February 12, 2009

PELABURAN KOWAHIDA HPA DITERUSKAN

Mulai 01 Januari 2009, keanggotaan dan modal saham ahli KoWahida HPA dibuka semula sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Kowahida HPA kini membuka peluang BARU bersama Projek BARU kepada anda...

1. Perniagaan bersama RADIX INDUSTRIES SDN. BHD dan HPA FARM SDN. BHD. membekal barangan siap untuk diniagakan.
2.Caruman Insuran Takaful bagi ahli KoWahida HPA yang layak.



*DIVIDEN BARU YANG DICADANGKAN ADALAH DI ANTARA 10% - 14%

AYUH!!! MARI SEGERA MELABUR BERSAMA KAMI DALAM SATU PELABURAN YANG ANDA YAKINI & MEMBERIKAN PULANGAN YANG MENGUNTUNGKAN.....
INSYALLAH...


*** PELABURAN HANYA BOLEH DIBUAT DI SEMUA PEJABAT AL WAHIDA (LEBIH 75 CAWANGAN) & PEJABAT KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD ***
Ends.....

Wednesday, February 11, 2009

CADANGAN PERMOHONAN PJS KPU

Mesyuarat Jawatankuasa Tribunal KPU yang diadakan pada 9 Februari 2009 baru-baru ini menyokong sebulat suara cadangan permohonan perlantikan Pengarah Jati Setia (PJS), Puan Naimah Binti Ishak dari Sik, Kedah.

Tribunal menyokong permohonan tersebut kerana beliau memenuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak HPA. Selain itu beliau adalah antara tenaga penggerak PBC di Sik dan aktif dalam Kelas Mingguan di Cawangan. Mempunyai Sijil Herbalis dan ada ciri-ciri kepimpinan sebagai usahawan muslimah.


Semoga pihak HPA dapat mempertimbang dan meluluskan permohonan tersebut. Sehingga kini, KPU mempunyai seramai 53 orang PJS.


Ends....

PERJUMPAAN PJS KPU DENGAN GM HPA

Perjumpaan PJS KPU akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 FEBRUARI 2009 (Isnin)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Sg Petani.
Pakaian : Jaket Hitam KPU.

Semua PJS KPU dimestikan hadir. Sebarang keuzuran yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada Presiden KPU (PJS Azian Ahmad) dan Setiausaha KPU (PJS Syed Ageel).

Harap Maklum..


Ends.......

PENDAFTARAN KEAHLIAN BARU PERLUKAN SALINAN KAD PENGENALAN

Mulai Januari 2009, HPA Industries Sdn Berhad mewajibkan permohonan untuk menjadi ahli HPA hendaklah disertakan salinan Kad Pengenalan yang dikepilkan bersama Borang Permohonan Keahlian.

Peraturan ini bertujuan untuk mengelakkan masalah teknikal berlaku terutama sekali kesilapan No Kad Pengenalan. Selain itu semua pemimpin terutama PJS hendaklah memaklumkan kepada semua ahli melalui PBC dan Perjumpaan Mingguan mengenai perubahan dan arahan ini.

Peraturan ini juga bertujuan untuk mengelakkan ahli-ahli mendaftar lebih dari sekali. Terdapat kecenderungan sesetengah pihak yang memalsukan No Kad Pengenalan terutama sekali untuk tujuan penajaan semula. Oleh yang demikian sebagai bukti permohonan, maka salinan Kad pengenalan diperlukan.

Menurut Pengurus Besar M.I.S, Puan Rashidah Abdul Rahim, walaupun peraturan ini telah dikuatkuasakan mulai JANUARI 2009, namun masih terdapat ahli-ahli dan pemimpin yang menghantar Borang Permohonan tanpa salinan Kad Pengenalan. Akibatnya borang tersebut tidak dapat diproses. Pihak M.I.S tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana borang permohonan yang tidak disertakan salinan Kad Pengenalan.

Ends..........

Tuesday, February 10, 2009

HPA PENYELAMAT UMMAH

Pembukaan Restoran Radix Fried chicken (RFC) yang ke 2, di Shahab Perdana Alor Setar Kedah membuktikan HPA mampu mengorak langkah dengan lebih jauh walau pun berlaku kegawatan ekonomi global.
Bangunan RFC Shahab Perdana mercu tanda HPA Alor Setar




Sebahagian tetamu yang hadir


Demikian ditegaskan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad. Menurut beliau lagi, dalam suasana kegawatan sekarang, HPA menjadi wadah menyelamatkan ummah terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan dan memastikan umat Islam menggunakan barangan halal buatan Malaysia.


Perasmian RFC Alor Setar oleh YAB MB Kedah

Kakitangan HPA yang bekerja keras siang dan malam


Sehingga kini HPA mempunyai seramai 1500 perkerja yang semuanya adalah pekerja Melayu bergama Islam. Dengan sasaran 150 cawangan dan pembukanaan pelbagai kilang di seluruh negara, HPA dijangka mampu menyediakan lebih banyak lagi peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan terutama mereka yang menganggur.


Suasana dalam RFC yang menarik dan mendamaikan


Perasmian RFC itu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak dan dihadiri hampir 2000 jemputan dan pemimpin HPA dari seluruh negara.


Ends...

Sunday, February 8, 2009

KEHADIRAN DUA OKU PEMBAKAR SEMANGAT PBC KULIM

Dua orang Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan hadir ke Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berlangsung di Kulim Inn pada 7 dan 8 Februari 2009. Mereka adalah antara 50 peserta yang sama-sama hadir ke program tersebut dalam usaha memperjuangkan produk halal lagi baik.


Suasana Program PBC di Kulim Inn, Kulim Kedah




Kehadiran dua orang OKU membakar semangat para peserta


Menurut Pengarah PBC, Ku Azhar bin Ku Yahaya, program kali ini dihadiri beberapa pemimpin dari sekitar utara. Antaranya PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Noormah Zainol, PJS Ustazah Siham Hashim, PJS Zainudin Abdul, PJS Mohd Zamri Bakar, PJS Ustaz Mohd Ali Ismail, PJS Ismail Othman dan PJS Hasnah Mustafa.





Sebahagian PJS dan fasilitator yang membantu PBC Kulim

Selain itu PBC kali ini dibantu oleh beberapa fasilitator terlatih. Antara yang hadir PJ Hezri Ariffin, PJ Ustaz Shamizam, PJ Zabri Ahmad, PJ Ustazah Saliza, PJ Misbahah Mohd Idris, PJ Nor Aziah Alias, PJ Wan Haslina, PJ Fatimah Bt Hashim. PJ Zalilah Ghazali, PJ Adlina Adenan, PJ Rusmina Ibrahim dan beberapa orang lagi yang turut membantu.

Suasana Qiyamullail dan Kuliah Subuh di dataran Kulim Inn.


Ends......

Lensa eKPU