Sunday, February 1, 2009

LEPASAN PBC PULAU PINANG DIBERI SEMANGAT BARU

Kerjasama dan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh beberapa PJS telah berjaya menghimpunkan kembali beberapa peserta lepasn PBC sekitar Pulau Pinang untuk diberi suntikan semula.


Sebahagian peserta lepasan PBC yang hadir



Sejak wujudnya PBC, ramai lepasan kursus tersebut didapati kurang aktif. Ada yang tercicir dan akhirnya hanyut begitu sahaja. Yang berjaya menjadi usahawan dan memperoleh pendapatan lumayan dengan HPA tidaklah ramai sangat.


Barisan PJS yang menjayakan program tersebut


Atas kesedaran inilah, PJS Syed Ageel Syed Mahayadin bersama beberapa PJS yang berada sekitar Pulau Pinang mengambil langkah drastik menghimpunkan semula bekas-bekas lepasan PBC ini. Seramai 110 peserta lepasan PBC hadir di HPA Cawangan Bayan baru. Mereka diberikan suntikan semula mengenai Pelan Pemasaran, Kenali Produk dan Isu Halal Haram.



Ends...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU