Sunday, May 31, 2009

INDAHNYA MLM HPA YANG BERLANDASKAN SYARIAH

Apabila kita memperkatakan tentang dunia MLM, kita sebenarnya berbicara mengenai dunia perniagaan tanpa sempadan. Ibarat kita mengembara dalam sebuah padang pasir yang gersang tanpa haluan sempadan. Yang memisahkan hanyalah pusaran debu-debu pasir yang berterbangan.

Cantiknya MLM HPA kerana ia berlandaskan konsep SYARIAH. Konsep ini membawa erti bahawa kita perlu berniaga dalam suasana penuh MAHABBAH (Kasih Sayang), TULUS, TELUS dan IKHLAS ke arah satu tujuan untuk mencapai REDHA ILLAHI. Justeru dalam melebarkan jaringan dan rangkaian, tidak timbul had dan sempadan penajaan. Kita bebas menaja sesiapa sahaja, di mana sahaja tanpa mengira warna kulit dan apa jua fahaman perniagaan yang dianuti.

Sifat KETERBUKAAN ini akan memberi jalan dan laluan kepada kita untuk terus berjuang dan berjaya. Oleh yang demikian penganjuran program atas nama HPA tidak terhad kepada batas sempadan. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang rajin berusaha dan nampak jalan dan medan yang terbentang luas di hadapan. 

Natijahnya, Program PBC pada 06 dan 07 JUN 2009 di Kompleks Haji Kelana Jaya dan pada 27 dan 28 JUN 2009 di TS Hotel Scientex, Pasir Gudang merupakan medan luas untuk para pejuang HPA mengambil peluang untuk bersama menghadirkan seramai mungkin peserta. Sesungguhnya setiap program HPA yang dibuat atas nama ISLAM adalah terbuka kepada semua ahli. Tidak ada had dan tidak ada slogan "INI ORANG AKU, ITU ORANG KAMU", atau PROGRAM INI UNTUK ORANG AKU, ORANG KAMU TIDAK LAKU" sekiranya pemimpin faham dan sefaham akan makna sebenar sebuah perjuangan bersama HPA.

Jika sudah terukir sebagai pemimpin, tetapi masih lagi ada sifat KEAKUAN, bermakna anda termasuk dalam senarai pemimpin yang HPA "TERSILAP PILIH".....

Renung-renungkanlah.....................
Sekadar renungan.....PJM ISMAIL OTHMAN

Ends.....


Saturday, May 30, 2009

PEMBAHARUAN INSURANS KENDERAAN BERMOTOR (KERETA/MOTORSIKAL)

Dengan segala hormatnya, pihak syarikat ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Koperasi Wahida HPA Berhad telah dilantik sebagai agen korporat bagi Takaful Malaysia Berhad dan menawarkan perkhidmatan pembaharuan insurans kenderaan bermotor (kereta/motorsikal).

Sehubungan dengan itu, semua Pengarah Jati Setia (PJS) dan PEMIMPIN serta AHLI-AHLI HPA disarankan supaya mengambil insurans kenderaan bermotor (kereta) dengan Koperasi Wahida HPA Berhad. Bagi yang sudah tamat insurans kenderaan bermotor ( kereta) dan berminat untuk memohon insurans kenderaan bermotor (kereta) dengan pihak Koperasi Wahida HPA Berhad boleh berbuat demikian bermula pada tarikh surat ini dikeluarkan.

Sila lampirkan bersama dokumen yang diperlukan iaitu:

1. Salinan Geran Kenderaan.
2. Sijil Insurans Lama / Cover Note.

Sebarang pertanyaan boleh melalui pegawai koperasi yang bertugas iaitu Encik Shamsul Azrin Bin Saaid di talian no: 04 -977 3813 /14/ 012 596 0607.

Oleh yang demikian, kerjasama dari semua amatlah dihargai.

Ends.....

PRA PBC IPOH BERJAYA SUNTIK SEMANGAT BARU

Program Pra PBC yang diadakan di HPA Cawangan Ipoh pada 29 MEI 2009 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai 78 ahli HPa lama dan baru hadir mendengar taklimat dan kupasan daripada PJS Syed Ageel, PJS Zanbli, PJ Ustaz Yusoff Ahmad dan PJ Mohd Sidek.


Suasana Program Pra PBC di HPA Cawangan Ipoh


Maklumat terkini dan motivasi yang disampaikan menjadikan ahli-ahli yang hadir mendapat suntikan baru dalam memperjuangkan HPA khususnya di Bandaraya Ipoh. Hasil daripada program ini diharapkan HPA bakal bangun kembali menerajui kecemerlangan di Kawasan Tengah.

Antara barisan pemimpin dari KPU yang mengisi slot Pra PBC Ipoh


Program berlangsung selama 3 jam, bermula dari jam 9 malam dan berakhir jam 12 tengah malam. Serentak dengan itu juga diumumkan bahawa PBC untuk bulan JUN akan didakan pada 27 dan 28 JUN 2009 di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Peserta bolehlah mendaftar peserta mulai sekarang melalui cawangan, stokis dan pemimpin masing-masing.


Ends.....

PEMBAYARAN TIKET KONVEK 2009

Dengan segala hormatnya, pihak Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat telah memutuskan supaya semua pembayaran tiket Konvek 2009 hendaklah melalui Akaun Bank Muamalat (ABM). No akaun Al Wahida Marketing Sdn Bhd. ialah:

ABM : ACC NO: 09010000105714

Semua Pengarah Jati Setia (PJS) diminta melampirkan salinan slip bayaran tiket Konvek 2009 ke AlWahida Marketing Sdn .Bhd. melalui fax no : 04 977 5270. Sehubungan dengan itu, kerjasama dari semua Pengarah Jati Setia (PJS) amatlah dihargai dalam melancarkan perjalanan Konvek 2009.

Sebarang pertanyaan boleh melalui pegawai yang bertugas iaitu Cik Normalina Bt Sharoni di talian no : 04 -977 6805 / 019-221 2073

Sekian, terima kasih.

Ends...

PROGRAM PEMANTAPAN PBC JITRA MANTAP

Program Pemantapan PBC anjuran KPU telah diadakan pada 29 MEI 2009 yang lalu dari jam 3 hingga 6 petang di HPA Cawangan Jitra. Program ini terbuka kepada semua bekas peserta PBC dari seluruh negara yang berminat untuk hadir dan diadakan secara PERCUMA.


Sebahagian peserta Program Pemantapan PBC di HPA Jitra

Program ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman peserta PBC agar dapat menjadi usahawan HPA yang berjaya dan mampu membina jaringan sendiri. Selain itu ia juga dapat menyuntik semangat dan motivasi ke arah meningkatkan jualan di kalangan ahli HPA.

Tonggak utama yang mengendalikan program, PJS Syed Ageel, PJS Ustaz Yusof dan PL Mohd Sidek.


Hadir sama mengisi program ialah PJS Syed Ageel, PJ Ustaz Yusof Ahmad dan PJ Mohd Sidek. Program kali ini dihadiri hampir 50 peserta dan akan diadakan pada setiap bulan.


Ends......

Wednesday, May 27, 2009

JADUAL PBC KPU JUN 2009

06 dan 07 JUN 2009
- Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, KL

13 dan 14 JUN 2009
- Kulim Inn, Kulim
- Naza Sri Jerai Gurun Kedah
- Jawi Resort, Bukit Mertajam
- Kelana Resort, Seremban Negeri Sembilan

19 dan 20 JUN 2009
- SP Inn Sungai Petani
- Taman Siswa Bandar Darul Aman Jitra Kedah

20 dan 21 JUN 2009
- Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, P.Pinang

27 dan 28 JUN 2009
- Naza Hotel, P.Pinang
- TS Hotel Pasir Gudang Johor
- Hotel Seri Malaysia, Ipoh

Ends...

Tuesday, May 26, 2009

HPA TERUS GEMPUR PASIR GUDANG

HPA berjaya meneruskan kecemerlangannya menggempur Pasir Gudang apabila berjaya mengadakan Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Hotel Scientex pada 23 dan 24 MEI 2009 yang lalu. Kehadiran hampir 70 peserta pada kali ini membayangkan bahaw Pasir Gudang mampu merealisasikan impian HPA untuk muncul sebagai bandar terhebat di selatan tanah air selepas Sungai Petani.


Suasana PBC di Hotel Scientex Pasir Gudang


Menurut Pengarah PBC, PJ Rahmah Rahmat, PBC pada kali ini menampilkan gabungan mantap di kalangan PJS dari KPU dan KPA. Antara yang hadir mengisi slot ialah PJS Syed Ageel, PJS Syed Salahuddin, PJS Mohd Nadzri Ahmad. Selain itu beberapa PJS KPA turut hadir, antaranya PJS Siti habibah Yusof (KAK BIB), PJE Fauzani (Demo Produk), PJS Roslina Hashim dan PJE Khalid Salim (slot bersama pemimpin). PJ Ustaz Haji Mohd Fauzi dari Pasir Gudang bertindak sebagai moderator yang memainkan peranan menghidupkan majlis.

Beberapa PJS sedang menyampaikan slot dan bergambar kenangan


Kehadiran PJS dari dua kelab ini menjadikan PBC di pasir Gudang sentiasa mantap dan memenuhi kehendak dan impian setiap peserta. Komitmen dan kehadiran ramai PJS menjadikan HPA makin dikenali di Pasir Gudang, sekaligus membuka era baru dalam usaha memartabatkan HPA di selatan tanah air.

Ends.....

Monday, May 25, 2009

KOWAHIDA DIJANGKA KELUARKAN DIVIDEN 14%

Salam seluruh Warga HPA

Alhamdulillah. Dalam usia 2 tahun penubuhan, kami menjangkakan akan mengeluarkan 14% dividen kepada seluruh pelabur yang berakhir 30hb Jun 2008. Walaupun dunia menghadapi kegawatan ekonomi, namun kita berjaya mengambil jalan keluar dan menjayakan perniagaan berlandaskan syariah. Tahun lepas Kowahida hanya mengeluarkan 10% dividen sahaja.

Terbukti rancangan usahasama perniagaan projek kopi, ayam organik dan takaful yang di jalankan oleh Ko Wahida telah mencatatkan keuntungan dan sekali gus memberikan peluang kepada seluruh pelabur.

Justru itu saya berharap kepada seluruh warga HPA, untuk terus melabur dalam Ko Wahida. Saya juga berharap kepada para pengedar khususnya para PJS supaya berurusan dengan lebih aktif termasuk urusan insuran kereta peribadi.

Ends.....dari blog GM HPA (Sheikh Faisol)

MESYUARAT AGUNG KOWAHIDA ZON UTARA

Koperasi Wahida HPA Berhad akan mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan bagi melantik perwakilan untuk hadir ke Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke – 3.

Sehubungan dengan itu, Koperasi Wahida HPA Berhad menjemput semua anggota-anggota Koperasi yang layak untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Anggota yang layak untuk hadir adalah anggota yang telah menjelaskan yuran kemasukan anggota beserta minimum modal saham RM 200.00 mengikut Undang-undang kecil Koperasi Bahagian IV seksyen 10, 11, 12, dan 16 akta.

ALK yang bertanggungjawab bagi ZON UTARA ialah:

1-Mohd Faisol Abd Rahman
2-Azizan Ahmad
3-Rosli Abu Bakar 
4-Fisal Ahmad Tajuddin
5- Abdul Ghani Bin Hussein
6- Ismail Bin Othman
7- Zamri Bin Othman
8- Rashidah Abd Rahim
9- Norbee Ramly

boleh menerima pendaftaran daripada anggota-anggota yang layak untuk hadir ke Mesyuarat Agung Kawasan tersebut mulai pada tarikh notis ini di keluarkan. Berikut merupakan butiran maklumat mengenai mesyuarat anggota bagi  ZON UTARA:

Tarikh :  27  Mei 2009 (RABU) 
Jam : 10.00 pagi – 12 tengah hari
Tempat :  Dewan RFC Sungai Petani, Kedah


AGENDA MESYUARAT AGUNG KAWASAN 2009
1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
2.Membentang ringkasan draf akaun teraudit koperasi bagi tahun kewangan berakhir Disember 2008
3.Membentangkan belanjawan tahunan
4.Mengumumkan dividen bagi modal saham berakhir 30 Jun 2008
5.Membentangkan pindaan undang – undang kecil Koperasi Wahida HPA Berhad
6.Melantik perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke – 3
7.Membincangkan usul untuk di bawa ke Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke – 3

“ PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Ends.....

Sunday, May 24, 2009

PROGRAM KEPIMPINAN KPU

KPU meneruskan Program Kepimpinannya pada 12 JUN 2009 (Jumaat) mulai jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di Hotel  SP Inn, Sungai Petani. Antara ahli panel yang akan hadir mengisi program ialah Dr Salman dan beberapa PJS KPU yang akan mengupas topik berkaitan produk pilihan. Tazkirah akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Yahaya.

Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk hadir. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 seorang. PESERTA BOLEH MENDAFTAR DENGAN MENGHUBUNGI PJS USTAZ MOHD ZAHIR GHAZALI di talian 012-4269003.

Ends......

PROGRAM GEMA - KEPIMPINAN KPU

Program GEMA Kepimpinan KPU akan diadakan pada 11 JUN 2009 (Khamis), jam 8.00 hingga 11.00 malam bertempat di Hotel Sungai Petani Inn. 

Menurut Pengarah Program, PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali, program ini terbuka kepada khusus untuk bekas peserta PBC tahun 2006 dan 2007. Setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM5.00 seorang dan akan dibayar oleh PJS masing-masing. Peserta perlu memaklumkan nama kepada PJS. Mana-mana peserta yang tidak mendaftar tidak dibenarkan hadir ke program tersebut.

Program ini bertujuan untuk menjana semula kekuatan dan kefahaman di kalangan bekas peserta-peserta PBC. Ramai di kalangan peserta PBC yang gugur dan lemah dalam meneruskan perjuangan sebagai usahawan HPA. Oleh yang demikian, program ini diharap dapat menjana semula kekuatan dan semangat juang di kalangan bekas peserta PBC.

Ends...

Wednesday, May 20, 2009

Teruskan Langkah Anda...!

KULIM, 19/5/2009 : Puan Sharifah Sulaiman, meskipun di dalam kesempitan waktu memenuhi pelbagai komitmen terutamanya sebagai perawat di klinik (Sungai Petani), beliau terus berjuang tanpa jemu dengan menyampaikan ilmu Perubatan Jawi di HPA Cawangan Kulim.


berita lanjut : http://kpukulim.radix2u.com

Tuesday, May 19, 2009

KPU ANJUR PBC DI KOMPLEKS HAJI KELANA JAYA


Kelab Pemimpin Utara (KPU) melebarkan sayapnya ke Lembah Kelang dengan menganjurkan Kursus PBC pada 06 dan 07 JUN 2009 di Kompleks Haji Kelana Jaya.

Menurut Pengarah Bersama PBC, PJS Syed Ageel dan PJS Zanbli, PBC pada kali ini terbuka kepada semua ahli HPA yang berminat tidak kira di mana sahaja dan dari mana-mana rangkaian. Yuran dikenakan sebanyak RM160 seorang.

Beberapa PJS KPU dijangka hadir mengisi slot yang akan dibentangkan. Antaranya PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Syed Salahuddin, PJS Zanbli Rashid, PJS Suhaiza dan PJS Muzlina.

Beberapa fasilitator terlatih dari KPU juga akan turut hadir. Antaranya PJ Othman, PJ Johari, PJS Rohani, PJ Shamsudin dan beberapa lagi fasilitator KPU dari Lembah Kelang dan Kuala Lumpur.

Mereka yang berminat hadir, bolehlah mendaftar dengan menghubungi PJS Syed Ageel (013-4882776) dan PJS Zanbli (019-4104013).


Ends...........

HPA BELI 3 KILANG LAGI DI JEJAWI

Bagi memenuhi pemintaan yang semakin tinggi, HPA terpaksa membeli lagi 3 lot besar kilang di Kawasan MIEL Jejawi. Kilang- kilang ini dijangka mampu menyediakan keseluruhan produk HPA bagi menyiapkan jualan 20 juta sebulan. Ini juga ada kaitan dengan persiapan besar HPA di Indonesia.

Pembesaran kilang sos,kilang biskut dan produk dari daging ayam akan diberi keutamaan. Di samping ini dalam tempoh terdekat kita akan mengeluarkan rempah,kicap dan bihun untuk pasaran halal. InsyaAllah. HPA mula menjadi jenama pilihan utama kerana keyakinan pengguna dalam isu halal produk -produk keluarannya.

Ends....sumber dari blog PU

Program Mantap

PROGRAM PEMANTAPAN LEPASAN PESERTA PBC – MEI 2009


Hampir 50 peserta lepasan PBC Kulim telah dihimpunkan bersama di Kulim Inn, Kulim pada 16 Mei 2009 bersempena Hari Guru Se-Malaya… Bermula seawal jam 9 pagi, para penyampai slot telah melaksanakan tugas masing-masing dengan sempurna, alhamdulillah :


1. Perkembangan terkini Syarikat : PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali


2. Pelan Pemasaran (lanjutan) + LDK : PJS Cikgu Zainuddin


3. Skil Diagnosis Saraf Tapak Tangan : PJS Puan Sharifah Sulaiman


4. Taujihad : PJS Ustaz Sabri Ahmad


Jazakallah untuk semua penceramah, fasilitator & peserta yang telah menjayakan program.


sumber : http://kpukulim.radix2u.com

Monday, May 18, 2009

PBC NAZA SRI JERAI BUKA PELUANG KERJAYA KEPADA PEKERJA INDUSTRI

Program Perkonngsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan pada 15 dan 16 MEI 2009 yang lalu melakar sejarah tersendiri apabila seramai 65 peserta hadir. Menurut Pengarah PBC, PJS Abdul Razak Ibrahim (Razak Polis), PBC yang diadakan pada kali ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.

Suasana PBC di Naza Seri Jerai Gurun

Kegawatan ekonomi global banyak memberi kesedaran kepada pekerja-pekerja sektor awam dan swasta bahawa HPA merupakan satu-satunya platform terakhir yang mampu dijadikan wadah untuk memperjuangkan ekonomi ummah.

Kumpulan yang menang dalam LDK bergambar kenangan


Dengan kekuatan syarikat dan kekuatan produk yang dihasilkan, ditambah dengan sistem MLM Syariah, HPA mampu menggamit ramai anak muda dan pekerja industri hadir bagi mencipta peluang bagi mengukuhkan perjalanan HPA.

Ends.......

TAIPING TERUS MEMBANGUN BERSAMA HPA

Pada 16hb & 17 hb Mei 2009 telah berlangsung PBC Taiping di Hotel Seri Malaysia Taiping...seramai 65 orang peserta telah hadir . Peserta pada bulan ini merupakan peserta teramai dalam sejarah PBC Taiping..

Sebahagian PJS KPU yang mengisi slot di PBC Taiping


PJS yg telah menjayakan PBC kali ini ialah PJS Syed Agell, PJS Pn Normah , PJS Asnah Mustapa, PJS Cikgu Nadzri, PJS Asri Hanapiah , PJS Syarifah Sulaiman, PJS Ustazah Saliza dan suaminya, PJS yang turut hadir iaitu...PJS Kak Siham...Fasilitator pula iaitu..PJ ustaz Yusfee, PJ Mohd Irwan , PJ sazali, PJ Mohd Shahril , PJI Kharidah Khanun, PJ Hindon , PJ Hj Azizan, PJX Firdaus , PJ Siti Nazirah dan sahabatnya...


Barisan PJS dan pimpinan Muslimat PBC Taiping yg memainkan peranan penting..

PJ Irwan dan PJS Asnah Mustapa menguruskan PBC Taiping




Suasana peserta di PBC Taiping


PJS Sharifah Sulaiman bersama suami tercinta.. sedang menjamu selera selepas memberikan ceramah


PJS Syed Agel sedang memberikan ceramah mengenai Plan Pemasaran kepada peserta


Peserta sedang mendengar ceramah dengan penuh Khusyuk...


Nota : PBC akan diadakan pada bulan 7 , bulan 6 tiada disebabkan semua PJS KPU pergi mengerjakan umrah....kita gempur bulan 7 di TAIPING!!!!insyaAllah....

Ends.....sumber dari blog

http://pusatstokisdaerahbatukurau.blogspot.com/

HPA GEMPUR DARUL QURAN KUALA KUBU BARU

HPA berjaya menembusi sasaran barunya dalam usaha memperkenalkan produk HALAL LAGI BAIK. Pada kali ini bertempat di Darul Quran (DQ) Kuala Kubu Baru Selangor, hampir 600 pelajar dan kakitangan berjaya dihimpunkan bagi mendengar ceramah penerangan tentang HPA.


Pelajar dan Kakitangan DQ sedang mendengar ceramah PJS Syed Ageel


Ceramah bertajuk " HPA dan ISU PEMAKANAN HALAL" telah disampaikan oleh PJS Syed Ageel Syed Mahayadin pada 15 MEI 2009 yang lalu di
Dewan Besar DQ. Program ini berlangsung sehari selepas Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad melancarkan kiosk HPA di Masjid Kuala Kubu Baru.

Peserta khusyuk mendengar ceramah HPA


Program ini berlangsung atas usaha dan kerja kuat yang ditunjukkan oleh PJ Shamsudin Ishak, yang merupakan sayap KPU di Kuala Kubu Baru. hadir sama membantu dan memberi sokongan serta bertindak sebagai f
asilitator ialah PJS Rohani, PJ S Ustz Yusuf Ahmad, PJ Othman Said dan PJ Johari Zakaria.


PJS Syed Ageel, PJS Ustaz Yusof dan PJ Shamsudin Ishak merupakan tetamu kehormat DQ


PJS dari KPU juga telah mengadakan sesi rawatan te
rhadap kakitangan dan pelajar-pelajar Darul Quran. Semua pelajar yang hadir merupakan para HUFFAZ yang sedang mengikuti pengajian Sijil dan Diploma Tahfiz Al-Quran di bawah kelolaan dan pembiayaan oleh JAKIM.

PJS Syed Ageel dan Ustaz Mohd Nazri Abu Zarin dari DQ


Selain itu,tenaga pengajar yang memberi sokongan kuat kepada HPA ialah Ustaz Mohd Nazri Abu Zarim yang merupakan pensyarah DQ. Ketika ditemui, beliau memberi jaminan dan keyakinan bahawa pada suatu hari nanti HPA bakal bertapak kuat dan kukuh di Darul Quran dan Kuala Kubu Baru.

Barisan PJS KPU bergambar dengan Tenaga Pengajar dan Pemimpin HPA Darul Quran


Tahniah dan syabas kepada PJS Syed Ageel dan rangkaiannya yang sentiasa bergerak cergas memperkenal dan mempromosi HPA di mana saja dan sanggup mengharungi cabaran dan dugaan yang datang menimpa.

Ends....

Lensa eKPU