Tuesday, June 30, 2009

HEBATNYA SEMANGAT MANUSIA.....

JALAN PALING BAHAYA DI DUNIA

Sungguh mendebarkan. Ianya lebih dikenali sebagai "Road of Death". Terletak di Bolivia, Amerika Selatan. Jalan ini diiktiraf sebagai jalan paling merbahaya di dunia. Saban tahun beratus-ratus orang terkorban kerana jatuh gaung.




Bayangkan betapa siksanya untuk menghabiskan keseluruhan perjalananan merentasi jalan ini. Berapa ramai yang berani melakukannya?

Penulis pasti tidak ramai yang sanggup memandu di tepi gaung yang cukup dahsyat kedalamannya itu.

Hanya kerana sedikit kelalaian, mungkin nyawa anda akan melayang di situ jua.


Ends.....

PENGARAH URUSAN DI LOKASI SEMINAR MENANGANI ISU WANITA ISLAM (SMIWI)

“Yang kita harus ingat bahawa segala kurnia adalah dari Allah swt. Sekiranya ada infaq kita untuk agama ini, mudah-mudahan Allah swt membahagi-bahagikan ganjaran infaq ini kepada mereka yang ikhlas bersama-sama kita. InsyaAllah siapa yang ikhlas, akan bersama-sama kita dalam perjalanan ini. Dan kita berharap bahawa kita ini terpilih menjadi hamba-hamba Allah swt yang ikhlas, yang menjadi pejuang kebenaran ini. Kalau tidak kita, siapa lagi? Sambutlah seruan ini. Mudah-mudahan perjalanan kita ini mendapat keredhaan Allah swt. Ameen.”


Petikan dari buku:

“Inilah Jalan Kami…!”
Haji Ismail Bin Haji Ahmad
Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd



Gambar Sekitar Seminar SMIWI yang diadakan pada 28 JUN 2009 di Bangunan PERKESO Seberang Jaya, Pulau Pinang. Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad dijemput membentang Kertas Kerja bertajuk "Halalan Toyyiba Memperkasa Ekonomi Ummah". Seramai 130 peserta telah hadir, termasuk 12 Orang Kurang Upaya (OKU). Dalam seminar tersebut sebanyak 15 gerai jualan dibuka, termasuk gerai HPA. Ia bertujuan mendedahkan kepada ummah bahawa tugas memartabatkan produk halalan toyyiba ini adalah tugas semua pihak...


Ends....

Monday, June 29, 2009

FUTSAL KPU BERJAYA GEMILANGKAN PJS

Tanggal 25 hb Jun 2009 bermula jam 9.00-11.00 malam,KPU telah menganjurkan perlawanan Futsal KPU yang bertemakan “Menjana Ukhuwah Dan Kecerdasan Fizikal”.Program diadakan di gelanggang Futsal Gemilang ,bersebelahan dengan kilang kosmetik muslimah HPA di Sg Lalang,Sg Petani.Program yang julung kali diadakan ini akan diadakan setiap bulan. Ia mendapat sambutan hampir 50 orang PJS dan pemimpin-pemimpin KPU sekitar Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut pengarah program, PJS Ust Mohd Zahir Ghazali, "riadhah ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan di antara PJS serta pemimpin-pemimpin juga pengedar yang baru.Di samping itu ,ianya juga bertujuan untuk memberikan ruang untuk beriadhah dan membina kesihatan fizikal memandangkan pemimpin-pemimpin KPU yang mana pada hari ini terlalu padat dengan berbagai aktiviti dalam dewan seperti PBC dan lainnya.

Pasukan yang bertanding bergambar kenangan sebelum pertandingan bermula


Manakala menurut seorang PJS yang turut serta ,PJS Tuan Syed Salahuddin berkata, beliau amat berharap untuk masa-masa akan datang riadhah seperti ini dapat diteruskan dan mendapat sambutan yang lebih baik dari pemimpin-pemimpin KPU.Beliau yang mewakili team RADIX FC berpuas hati dapat menjaringkan satu gol buat pasukannya ketika bertemu pasukan JATI FC, walaupun RADIX FC tewas dengan jaringan 7-1 di tangan JATI FC yang bermain dengan begitu cemerlang pada malam itu.Gol-gol Jati FC dijaringkan oleh PJS Ust Mohd Zahir,PJS Ust Zamri Bakar,PJS Norhyzad,PJS Abd Razak Md Arif,PJS Syed Agel,PJS Mohd Zaidi Ghazali dan PJ Sobhi Hassan.



Perlawanan baru saja bermula, siapa sangka PJS Syed Ageel memecah kebuntuan mencari gol pendahuluan pasukan JATI FC."Hang pa ingat aku kaki bangku ka, 20 tahun tak main je",kata PJS Syed Ageel. Kehebatan penjaga gol RADIX FC, PJ Mohd Noor Shafie ternyata berjaya menyelamatkan pasukannya dari dibolosi dengan jumlah gol yang lebih besar.

Perlawanan Futsal yang akan datang akan diadakan pada 16 Julai 2009 bermula jam 9.00-11.00 malam.

Ends......sumber berita PJS Syed Ageel

PERINGATAN DARIPADA GM HPA - "MONEY GAME"

PERHATIAN KEPADA DISTRIBUTOR INDONESIA DAN JUGA MALAYSIA(ISU MONEY GAME)

Alhamdulillah kini HPA udah mulai mempercukupkan stok Kopi Radix dan juga perlatihan khusus di Indonesia. Kita amat berharap agar PJS, Agen Stok, Trainer dan Panitia Program mengambil ini sebagai suatu peluang untuk membesarkan dan memperkuat jaringan seterusnya mencapai impian sebagai seorang yang berjaya.
Kita harus ingat bahawa HPA membawa misi dan vissi yang cukup besar dan amat berbeza sama sekali dengan perusahaan MLM yang lain. Kita perlu memiliki daya juang jihad produk halal yang di pasarkan oleh MLM berasaskan syariah. Warga HPA sudah semestinya bukan sahaja maukan uang tetapi keberkatan. Warga HPA menentang bentuk bisnis yang tidak nyata dan yang saya maksudkan adalah MONEY GAME kerana ia amat bertentangan dengan syariyah dan juga hukum negara.
Ulamak sepakat memfatwakan HARAM dalam hal ini kerana adalah suatu bentuk bisniss yang berunsurkan putaran uang dan produk itu hanya sebagai aksesori.Ia merupakan suatu bentuk bisniss yang sebenarnya menjadikan uang itu sebagai komoditi dan menjadikan biaya pendaftaran sebagai sumber bonus. MONEY GAME juga di larang oleh pemerintah seluruh dunia. Ekonomi US runtuh sebenarnya kerana aktiviti MONEY GAME yang menyaksikan perusahaan MARDOFF jatuh bangkrup.
Panel Syariyah MLM HPA di Malaysia sendiri telah sepakat bahawa sekiranya didapati ada distributor yang terlibat secara langsung atau tidak, maka distributor tersebut boleh di pecat dari member HPA.
GM mengingatkan kepada distributor HPA Indonesia agar mematuhi peraturan ini dan kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya kita mendapati distributor HPA melakukan MONEY GAME walaupun kononnya telah mendapat keizinan dari ulamak.

Wasallam..

Ends.....sumber http://gmalwahida.blogspot.com

Sunday, June 28, 2009

LAUNGAN "HPA BOLEH" BAKAL BERGEMA LAGI DI TABUNG HAJI BAYAN LEPAS..


Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) akan diteruskan lagi di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas pada 11 dan 12 JULAI 2009. Menurut Pengarah PBC kali ini PJS Abdul Jalil, penyertaan masih terbuka kepada semua ahli dan pengedar HPA yang berminat hadir.

PBC pada kali ini akan menampilkan beberapa PJS dari KPU yang sering menyampaikan slot di beberapa lokasi PBC sekitar utara. Antaranya PJS Sabri Ahmad, PJS Mudzaffar, PJS Syed Ageel, PJS Syed Salahuddin, PJS Azizan Ahmad - Presiden KPU, PJS Ustaz Zaidon, PJS Suhaiza Rosli dan PJS Ismail Othman.

Sesiapa yang berminat bolehlah terus mendaftar ke talian 019-5417794 (PJS Abdul Jalil) dan 012-4343036 (PJS Sohimi - Mi Besi)....

Ends...

IKTIBAR DAN PERINGATAN UNTUK KITA....

Kematian Michael Satu Peringatan Allah.


Saya berpuas hati dengan kenyataan abang Michael Jackson, Jermaine bahawa jenazah Michael akan dikebumikan secara Islam. Semoga Allah menerima jasad dan rohnya sebagai orang Islam yang bertaubat dan beriman.

Cuma dengan kematiannya saya ingin mengingatkan umat Islam terutama wanita di negara ini yang suka sangat membuat pembedahan muka atau juga yang serupa dengannya supaya berhenti segera. Ingatlah selain mengubah ciptaan Allah, perbuatan itu mambawa kesan negatif kepada tubuh manusia. Lihatlah barah yang dihidapi Michael, lihatlah penderitaannya sebelum meninggal dunia.

Hari ini wanita kita mudah terpengaruh dengan usaha merosakkan tubuh mereka. Apabila ulama menentang, mereka dakwah apa yang mereka buat itu halal, bukan botok dan bukan itu. Ingatlah apa namapun yang kita lakukan terhadap wajah kita dalam keadaan wajah kita sudah sempurna ciptaanya adalah merubah ciptaan Allah.

Hal ini tentu tidak sama dengan mereka yang cacat sebab kemalangan. Mereka boleh buat pembedahan untuk memulihkan kecerderaan itu.



Ends.....

TINTA PRESIDEN KPU MENJAWAB PERSOALAN HERBA

Benarkah produk herba atau apa sahaja dalam bentuk serbuk merbahaya kepada kesihatan?

Kebelakangan ini ada beberapa majalah serta akhbar yang menyiarkan artikel yang memberikan pendapat mengenai kemungkinan produk berbentuk serbuk memudharatkan kesihatan. Ianya diterbitkan dalam suasana terdapat trend produk-produk terbaru yang dikeluarkan dalam bentuk extraction. Apakah ini salah satu perang saikologi bagi memenangi pasaran? Semua yang ditulis setakat yang saya tahu tidak pernah dibekalkan dengan data2 yang terang dan jelas. Kalaulah ada mereka yang mengatakan bahawa serbuk ubatan yang menyebabkan terjadi batu karang dan batu dalam hempedu, itu hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak berdasarkan kepada ilmu.

Kalau kita mengkaji beberapa ilmu mengenai sistem tubuh iaitu sistem pencernaan (digestive system), sistem peredaran darah (circulatory system) dan system pembuangan (excretory system) sudah tentu dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tuduhan sedemikian adalah merupakan satu fitnah jahat yang dilemparkan kepada bahan yang sepatutnya menjadi penyembuh utama seperti yang diajar oleh nabi melalui hadisnya ‘kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, minum mada berbekam dan kay

Dalam system pencernaan, makanan yang kita makan masuk melalui mulut lalu bergerak ke dalam perut, usus kecil dan usus besar lalu dikeluarkan melalui anus dalam jangkamasa 9 jam lebih kurang. Dalam perjalanan tersebut enzyme2 pencernaan telah berperanan sehingga makanan bertukar kepada bentuk yang sesuai untuk diserap terutamanya diusus kecil dan sedikit diusus besar. Air, asid dan enzyme bertindak melarutkan bahan2 untuk membolehkan ianya diserap. Bahan2 yang tidak larut semuanya akan masuk keusus besar, melalui beberapa proses lalu ada yg diserap dan bakinya dikeluarkan sebagai najis termasuk serbuk herba. Serbuk herba yang melalui jalan yang sama mengalami beberapa proses sehingga bahan aktif, mineral dan vitamin dilarutkan lalu diserap sambil hampasnya keluar melalui najis. Penyerapan dari usus kecil kedalam saluran darah adalah dalam bentuk bahan terlarut dan mustahil untuk serbuk kayu diserap.

Batu dalam hempedu terbentuk disebabkan oleh kandungan kolestrol yang terlalu tinggi dalam darah. Kolestrol yang tinggi terjadi apabila seseorang mengalami masalah usus tersumbat dan mempunyai tabiat suka makan makanan berlemak. Hempedu yang mengeluarkan cecair hempedu (bile) gagal berfungsi dengan berkesan lalu lemak yang mempunyai kepekatan yang tinggi membentuk batu dalam hempedu. Ianya tidak ada kena mengena dengan serbuk herba yang kita ambil kerana mustahil serbuk herba dapat sampai ke kantung hempedu.

Batu karang pula terbentuk disebabkan oleh kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam darah. Kepekatan asid yang tinggi membentuk Kristal yang lama kelamaan membesar dan mengganggu system urinary. Kencing kerap, sakit pinggang dan kencing berdarah adalah diantara tanda awal pembentukan batu karang.

Kepekatan asid menjadi terlalu tinggi adalah disebabkan oleh kelemahan yang berlaku kepada fungsi buah pinggang. Juga disebabkan oleh tabiat pemakanan seperti gemar makan sea food dan pengambilan daging berlebihan. Buah pinggang bekerja menapis dan mengeluarkan asid dari darah. Dengan kehadhiran 1.2 juta penapis yg dinamakan nephron, asid di tapis keluar dan darah menjadi bersih. Nephron hanya menapis dan mengeluarkan asid dan bahan toksik. Keunikan Nephron adalah tentang penapis nya yang teramat halus sehingga tidak dapat ditembusi walaupun oleh sel darah merah, apatah lagi serbuk herba.

Isu serbuk herba sebenarnya tidak timbul disini sebab bagaimana untuk melalui dan masuk ke system buah pinggang walhal kedalam saluran darah pun ia tidak boleh masuk.Saya berharap dengan penjelasan ini dapat melenyapkan sangkaan2 negatif mengenai herba yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggongjawab. Soal keberkesanan produk dalam bentuk serbuk dan extraction memerlukan satu perbincangan yang lain kerana banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi keberkesanan produk bukan sekadar bentuk ianya disediakan.

PJS AZIZAN BIN AHMAD
Presiden Kelab Pemimpin Utara HPA (KPU)
>Herbalis

Ends......

PERINGATAN UNTUK IBU-IBU DAN ANAK PEREMPUAN

8 sifat pakaian wanita

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah r.a " Sesungguhnya, Asma¿binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis , Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda "Wahai Asma¿ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya"

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh (Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu! Lalu seseorang berkata " Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya, selanjutnya Umar berkata, Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak.

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur.

Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelac
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru - niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki.

(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.


Ends......

TAKLIMAT KONVEK KEPADA SEMUA PJS KPU

Satu taklimat khas mengenai perjalanan KONVEK 2009 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 29 JUN 2009 (ISNIN)
Masa : 8.30 malam
Tempat : HPA Cawangan Sungai Petani, Bandar Amanjaya

Tentatif Program

7.30 malam
: Berbuka puasa bersama bagi yang berpuasa Sunat Rejab
: Solat Magrib Berjamaah
: Taklimat KONVEK 2009 di MAHA oleh;
1) PJS Azizan Ahmad - Presiden KPU
2) PJS Ustaz Zahir - Timb Presiden KPU

SEMUA PJS KPU DIWAJIBKAN HADIR.

Ends.....

Saturday, June 27, 2009

HPA MENDIDIK KITA MAKAN MAKANAN YANG HALAL SAHAJA

Dah la dia rogol.. lepas tu dia makan pulak!!

Gambar dan cerita ni
diperoleh dapat dari e-mail yang dikirim oleh kawan-kawan. Gambar yang mereka download dari uncover reality.com

Kejadian telah berlaku di Kaherah, tarikh tah bila dah lupa, seorang gadis telah dirogol dan juga dibunuh lalu dimakan oleh seorang pekerja warga Bangladesh yang bekerja disana.. Ada sesiapa pernah dengar berita ni?

Jadi buat semua para sahabat yang mempunyai kakak, adik atau anak sendiri berhati-hatilah..



Gambar mangsa sebelum dimakan

Mangsa setelah dirogol dan dimakan

Yang tinggal

Hanya kepala dan tulang.


Kenapa manusia semakin kejam??

Ends....

KERAJAAN NEGERI PERLIS IKTIRAF HPA

Kerajaan Negeri Perlis telah memilih HPA Industries untuk memenangi Anugerah Inovasi Jaya 2009 yang telah disampaikan oleh Menteri Pertanian, Dato Noh Hj Omar pada Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Perlis baru-baru ini. Majlis perasmian ekspo ini telah berlangsung pada 25-28 Jun 2009 di Dewan Warisan Perlis. HPA telah diwakili oleh En.Abd Ghani, GM PRODUCTION HPA.

Ekspo Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Perlis kali ini akan diadakan di Dataran Dato Sheikh Ahmad,Kangar Perlis. HPA juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam gerai pameran dan jualan yang akan bermula pada 25 Jun hingga 28 Jun 2009. Sambutan yang diberikan terhadap gerai HPA amat menggalakkan.

Syukur Alhamdulillah.

Ends.......

PJS CIKGU NADZRI GEMPUR PELAJAR TEKNIK

Pengalaman sebagai seorang cikgu yang pernah membimbing ratusan banduan di penjara Pulau Pinang dan pelajar-pelajar juvana di STB Teluk Air Tawar menjadikan PJS Cikgu Mohd Nadzri lebih memahami realiti sebenar akan tugas dan tanggungjawabnya dalam memperjuangkan produk halal lagi baik.

Ubat gigi dengan kismis dah habis dijual...

InsyaAllah, kami boikot barang orang kafir, tambahan HPA pun ada jual...

Kami dah tau mana yang Halal, mana yang Haram... Jom beli produk HPA !


Bertempat di Surau SM Teknik Seberang Perai, Bukit Minyak, PJS Cikgu Mohd Nadzri berjaya memukau lebih 500 pelajar dalam ceramahnya bertajuk " PRODUK HALAL dan HARAM TANGGUNGJAWAB BERSAMA". Beliau banyak memberi penekanan terhadap kewajipan mengguna dan memperjuangkan produk halal kerana ia merupakan tanggungjawab ke atas semua Muslim. Selain itu kesedaran terhadap strategi dan tindakan musuh-musuh Islam yang menggunakan jarum halus untuk menghancurkan Islam juga didedahkan. Antaranya kemasukan budaya dan cara hidup. Selain itu, terdapat makanan luar yang ditaja atau dihasilkan oleh Yahudi juga banyak terdapat di pasaran pada hari ini. Kebanyakannya dihasilkan dan dicampur dengan unsur-unsur atau bahan-bahan yang meragukan.

PJS Cikgu Mohd Nadzri bersama lebih 500 pelajar

Oleh yang demikian, pelajar-pelajar perlu diberi kesedaran akan hakikat ini sejak dari awal, terutama di bangku sekolah. Hadir sama dalam program itu ialah PJ Hanis Huqaimi, PJ Mohd Shahir dan PJ Fatimah Hashim. Pameran dan gerai jualan HPA juga diadakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar.

Ends.....

PERINGATAN DARIPADA GM HPA

KEPADA ZON, CAWANGAN DAN GUDANG HQ

Salam,

1. GM memohon semua zon sentiasa memastikan persiapan produk di semua cawangan. Gudang Induk, Pengurus Zon dan Pengurus Cawangan dikehendaki sensitif akan masaalah ini. Pengurus yang bijak adalah pengurus yang mampu membuat keputusan yang baik. Ada ketika kita menggunakan kontener untuk penghantaran ke zon, ada ketika kita menggunakan lori HPA dan ada ketika produk yang urgent dan sememangnya produk tersebut di kenali sebagai "killer product" kita harus melakukan penghantaran segera( melalui kurier). Jangan hanya tunggu dan lihat. Saya rujuk kepada beberapa masaalah yang berlaku di Zon Sabah dan Sarawak baru-baru ini. Diharap jangan di ulangi lagi.

2. Kita seharusnya berwaspada di kala kita sedang bergelut dan berjuang mempertingkatkan jualan, ada anasir-anasir fitnah yang menyamar menggunakan email seakan-akan email cawangan. Contoh saya menerima email add:hpa_semabok@yahoo.com yang kononnya datang dari cawangan semabok. Tujuan email ini adalah untuk melakukan porak pranda di kalangan kita. Mereka ini lupa amaran Allah bahawa fitnah itu lebih dasyat dari membunuh. Fitnah haram di lakukan walaupun kononnya untuk kebaikan. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara. Kepada penghantar email ini sila tampil dan mohon maaf sekiranya tidak mau di persoal di akhirat.

3. Sehubungan dengan ini, saya berharap komunikasi Gudang HQ, Zon dan Cawangan perlu di perkuatkan lagi bagi memastikan pengurusan kita semua berjalan lancar.

Wasallam
Ends.....sumber blog GM HPA

Wednesday, June 24, 2009

Tuesday, June 23, 2009

SEKILAS PANDANG LARANGAN PEMBELIAN AGEN STOK

Salam semua sekali para warga HPA Malaysia;


GM berharap isu ini dapat di fahami dengan jelas dan positif. GM telah merujuk hal ini kepada Panel Syariah dan Pengarah Urusan sebelum ini.

Kita renung kembali kenapa PBC itu di laksanakan suatu masa dulu. Diantaranya adalah satu jalan pintas kenaikan pangkat yang kalau cara biasa adalah pengumpulan 1501NM timbunan berkumpulan tanpa had aras dan waktu.

Tujuan PBC adalah untuk melahirkan sebenarnya usahawan yang sukses. Sesaorang usahawan perlu dipersiap dan mempersiap diri mengubah cara kerja dengan menyertai program PBC serta melengkapkan 300NM dalam waktu 2 bulan.
Namun sebahagian para pemimpin yang melakukan mungkin niat yang baik dengan membenarkan bakal peserta PBC mencukupkan 300NM mengikut sesuka hati malah ada yang sampai lebih dari satu tahun. Setelah mencukupkan 300 NM, maka peserta tersebut di tawarkan menyertai PBC.

Suka GM ingatkan bahawa kalaulah cara ini di biarkan berterusan maka akan lahir peserta PBC yang tidak berkualiti. Kita ingin lahirkan kepada mereka yang benar serius mahu jadi usahawan.

Sehubungan dengan ini saya memberi peringatan kepada seluruh PJS supaya mematuhi keputusan tribunal dan mempositifkan segala keadaan.

Ends.....sumber blog GM HPA

PENGARAH URUSAN HPA JADI PANEL DI SEMINAR MENANGANI ISU WANITA ISLAM

Tarikh : 28 JUN 2009 (AHAD)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Mahligai Kencana, Bangunan PERKESO Seberang Jaya

Yuran Penyertaan Seminar : RM35 sahaja
Yuran Penyertaan Gerai Jualan : RM50 sahaja

(Minum pagi dan makan Tengah Hari serta bahan disediakan)


SASARAN KEHADIRAN

1. Wanita/Lelaki yang bertanggungjawab ke atas rumah tangga.
2. Gadis/teruna yang bijak dan berinformasi.
3. Peniaga Wanita/Lelaki yang bercadang meluaskan perniagaan.
4. Ibu tunggal yang perlu semangat meningkatkan ekonomi keluarga.
5. Orang Kurang Upaya (OKU) yang perlu bantuan perniagaan.
6. Semua wanita dan lelaki yang HEBAT.


Untuk maklumat lanjut dan PENDAFTARAN, Sila :

Layari : http://jimspt2008.blogspot.com
email : zabedah_aziz@yahoo.com

Hubungi : PUAN SITI AMINAH BT ISMAIL (012-4711322)
: PUAN AZLINA MAIDIN (019-4641488)

SMS : NAMA ANDA_SMIWI09
Kepada 019-4575972 atau 013-4803127
(Kami akan menghubungi ANDA)

PADA AKHIR SEMINAR, ANDA PASTI :

1. YAKIN tentang isu halal dan haram dalam makanan dan perkhidmatan.
2. BIJAK membuat keputusan memilih yang terbaik.
3. BERSEMANGAT mencari idea menjana ekonomi yang halal dan toiyiba.
4. BERWAWASAN membina ekonomi ummah.
5. CEKAL menghadapi krisis ekonomi semasa.


ATUR CARA PROGRAM

MASA

AKTIVITI

8.30 – 9.00 pagi

Pendaftaran

9.00 – 10.00 pagi

Perasmian oleh Ketua Pengarah YAPEIM Dr. Abd. Malik b. Awang Kecil dan

Ucap Tama: Industri Halal Mendepani Cabaran Ekonomi Semasa

10.00 – 10.45 pagi

Pembentang 1: Halalan Toiyiba Cabaran Kesuburan Iman: Dr. Roslan Hashim

10.45-11.00 pagi

Kudapan

11.00 – 1.00 tengahari

Pembentang 2: Halalan Toyiba Memperkasa Ekonomi Ummah: Tn. Hj. Ismail bin Ahmad - PU HPA

1.00 – 2.00 petang

Makan tengahari dan solat

2.00 – 2.15 petang

Tayangan Multimedia

2.00 – 2.40 petang

Cabaran Wanita Membina Perniagaan:

Pn. Mahayati binti Ibrahim, Pengarah Urusan Iman Early Learning Centre (ELC), Johor.

2.40-4.40 petang

Forum: Peranan Wanita Islam Dalam Menghadapi Cabaran Ekonomi Semasa

- Wakil Dewan Perniagaan Melayu Islam

- Wakil Persatuan Ibu Tunggal/ Orang

Kurang Upaya

- Pn. Mahayati binti Ibrahim

5.00 petang

- Majlis Penutup oleh Ketua Wanita JIM

P.Pinang

- Penyampaian Sumbangan kepada Orang

Kurang Upaya oleh Yang Berhormat

Lydia Ong Kok Hooi, Exco Pembangunan

Wanita dan Keluarga, Belia dan Sukan.

5.30 petang

Minum petang dan bersurai

INFO TERKINI DARI KOWAHIDA HPA

Salam pada seluruh warga HPA, khususnya para ahli Koperasi Wahida Berhad.Kali pertama kita telah mengistiharkan dividen 10%. Dalam Mesyuarat Agung kali kedua baru-baru ini kita telah mencadangkan sejumlah 14% dan insyallah akan di sahkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM).

Saya mensasarkan tahun hadapan dengan plan membesarkan projek sedia ada dan projek baru, insyallah mampu mencecah sehingga 20%.

Diantara projek baru yang akan dilaksanakan adalah
1. Pembukaan beberapa RFC di Lembah Klang.
2. Usahasama dengan Halalgel
3. Usahasama mengembangkan perniagaan HPA dengan para Pengedar HPA.(Jual beli produk dalam jangkawaktu tertentu dengan jaminan bonus). LANGKAH AWAL MISSI BANK WAHIDA
4. Pengembangan projek Insuran berasaskan Takaful.

Sumber:
http://gmalwahida.blogspot.com

DUA BERADIK BAKAL GEGARKAN BRUNEI DARUSSALAM

Negara Brunei Darussalam yang merupakan jiran Malaysia dalam satu rumpun bahasa dan agama bakal digegarkan dengan laungan "HPA BOLEH!! GEMPUR RADIX!!!" apabila dua beradik iaitu PJS Syed Salahuddin dan Syed Ageel mengadakan PBC pada 09 dan 10 Julai 2009 di HPA Cawangan Brunei.

Dijangka seramai 45 peserta akan hadir dan PBC ini merupakan PBC pertama diadakan di negara tersebut. Ketika ditemui, PJS Syed Salahuddin memaklumkan bahawa beberapa pemimpin lain akan hadir bersama. Mereka ialah PJS Nor Hyzad, PJ Ust Yusof, PJ Johari dan PJ Mohd Salleh.

Mereka akan berkampung selama seminggu bagi memastikan semua peserta yang hadir benar-benar memahami akan tujuan dan perjuangan sebenar HPA. Menurutnya lagi, PBC ini adalah terbuka kepada semua rangkaian dan ahli HPA. Sesiapa sahaja boleh menghantar ahli. kepada mereka yang mempunyai rangkaian di sana, bolehlah memaklumkan program ini atau terus mendaftar dengan menghubungi PJS Syed Salahuddin (013-4313521) dan PJS Syed Ageel (013-4882778).

Ends....

Monday, June 22, 2009

INFO TERKINI UNTUK SELURUH PJS MALAYSIA

HASIL PERRTEMUAN MAJLIS TRIBUNAL MALAYSIA BERIKUT ADALAH BEBRAPA KEPUTUSAN YANG DIAMBIL;

1. Keputusan larangan pembelian menggunakan agen stok milik individu lain adalah muktamad dan dipersetujui oleh Panel Syariah.

2.Semua program PBC wajib melalui Kelab Resmi (KPA, KPU,KPT dan KP Sabah dan Serawak). PBC yang dibuat tanpa endorse oleh kelab tidak akan di terima. Ini kerana kita mahukan program PBC di kemaskinikan. Sila patuhi peraturan PBC. (Surat Rasmi akan di keluarkan oleh En Kamal)

3.Semua PJS yang di lantik di wajibkan untuk mengikuti arahan semasa Kelab. Sebagai contoh tugasan PBC, Kelas mingguan dan program setempat. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan status S. Saya mendapati terdapat PJS yang tidak mematuhi pandangan Presiden Kelab.

4. PJS juga di wajibkan untuk menghadiri progam KPJ setempat. Pengurus Zon sila daftar kehadiran PJS dan maklumkan pada saya. (GM HPA : Mohd Faisol Abd Rahman)

Kita mahu melahirkan PJS yang berkualiti dan selari dengan perjalanan HPA. PJS adalah tulang belakang kepada para pemimpin.

Ends......sumber blog GM HPA

KPU GEGARKAN TABUNG HAJI BAYAN LEPAS

Barisan pemimpin Kelab Pemimpin Utara (KPU) berjaya mengegarkan PBC Tabung Haji pada 20 dan 21 JULAI 2009 yang lalu. Lebih daripada 50 peserta hadir dengan penuh semangat dan harapan yang tinggi untuk terus memperjuangkan HPA di Pulau Pinang.


PJS Abdul Jalil dan PJS Sohimi merupakan tonggak utama PBC Tabung Haji


PJS Jamaliah Omar menyampaikan slot Saraf Tapak Tangan



PJS Sabri Ahmad terus komited membangunkan PBC Tabung Haji



Antara PJS yang hadir membantu menjayakan PBC pada kali ini lalah :

1. PJS Zanbli Rashid (Kenali Syarikat)
2. PJS Zamri Jusoh - Pak Su ( Pelan Pemasaran)
3. PJS Ustaz Zaidon ( Halal dan Haram)
4. PJS Abdul Jalil Zainol ( Gerak Kerja 6M)
5. PJS Puan Jamaliah Omar (Saraf Tapak Tangan)
6. PJS Sabri Ahmad ( Produk Pilihan)
7. PJS Muzaffar dan PJS Sohimi (Bersama Pemimpin)


Suasana di PBC Tabung Haji Bayan Lepas Pulau Pinang


Selain itu, PBC pada kali ini turut dibantu oleh 8 orang fasilitator yang terlatih dan merupakan bakal-bakal PJS pada masa akan datang. Pengarah PBC Sabri Ahmad memberitahu bahawa PBC akan datang akan diadakan pada 11 dan 12 JULAI 2009 di tempat sama.

Oleh yang demikian semua pemimpin dan peserta serta ahli-ahli HPA dari seluruh negara yang berminat, bolehlah mendaftar peserta dengan menghubungi PJS ABDUL JALIL (019-5417794), PJS SOHIMI (012-4343036).

Ends...

JADUAL PBC KPU JULAI 2009

Berikut ialah JADUAL PBC JULAI 2009 yang diterima melalui e-mail/SMS daripada PENGARAH-PENGARAH PBC di Lokasi Zon Utara secara rasmi. Sekiranya ada maklumat tambahan PBC di lokasi tuan, sila e-mail/SMS dengan SEGERA kepada Admin untuk dimuatkan dalam jadual.

03 dan 04 JULAI 2009
- Taman Siswa Jitra Kedah (Pengarah: PJ Ust Yusoff)

04 dan 05 JULAI 2009
- Kulim Inn, Kulim (Pengarah: PJ Hasbullah, 012-4951256, RM160)
- Hotel Seri Malaysia Kepala Batas (Pengarah : PJS Zanbli)

10 dan 11 JULAI 2009
- Hotel Naza Gurun Kedah (Pengarah : PJS Razak Polis)

11 dan 12 JULAI 2009
- Hotel Seri Malaysia Taiping (Pengarah : PJ Ust Irwan)
- Bukit Jawi Golf Resort, Sungai Jawi SPU (PJS Ust Zaidi)
- Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas (PJS Shohimi Ahmad)
- Kelana Resort Seremban (Pengarah : PJS Ustaz Helmi, PJS Nor Hyzad)
- Hotel Sungai Petani Inn (Pengarah : PJS Mohd Zaidi Ghazali)

17 dan 18 JULAI 2009
Sik Inn, Sik Kedah (Pengarah : PJS Cikgu Razak)

31 Julai - 1 Ogos 2009
Chalet Titi Hayun, Yan Kedah (Pengarah : PJS Muzaffar)

Ends...

Sunday, June 21, 2009

KEHIDUPAN SEORANG PEMIMPIN : MAMPUKAH KITA LAKUKAN SEDEMIKIAN.................

Bersama-sama ini saya lampirkan tiga keping gambar majlis jamuan Negara yang diadakan oleh Presiden Iran bagi meraikan lawatan oleh Presiden Bolivia ke Teheran baru-baru ini. Saya amat tertarik menatap gambar-gambar ini yang secara jelas menzahirkan betapa sederhananya seorang yang bergelar Presiden sebuah Negara Islam yang amat dibenci oleh Amerika, Israel, Yahudi dan sekutunya.

Ends....

PBC TS HOTEL (SCIENTEX) PASIR GUDANG

PROGRAM PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG.

Terbuka kepada semua ahli HPA.

Tempat : TS Hotel (Scientex) Taman Scientex Pasir Gudang
Tarikh : 27 - 28 Jun 2009
Bayaran : RM 160.00

PARA PEMBENTANG MODUL:
1. PJS Ustaz Zahir Ghazali
3. PJS Siti Habibah (Kak Bib)
4. PJS Syed Ageel
5. PJS Ustaz Safuan

MOTIVASI BERSAMA PEMIMPIN:
1. PJS Noor Hyzad Mohd Kasim
2. PJ Siti Hajar
3. PJ Norhakim

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran sila hubungi:
PJ Rahmah Rahmat 017 -7449892
PJ Ustaz Fauzi Md Yatim 019-7970111
PJE Khalid Salim 012-7560331.

Ends........sumber CRC (Pasir Gudang)

MESYUARAT PERWAKILAN KOWAHIDA BERJALAN LANCAR

Mesyuarat Agung Perwakilan Kowahida Kali ke-3 berlangsung dengan sempurna di Hotel de Palma Ampang pada 20 JUN 2009. Mesyuarat tersebut dirasmikan pembukaannya oleh Encik La'anaim Bin Haji Jamil, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perlis.

Seramai 70 perwakilan hadir dari Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Borneo dan Zon Selatan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh PJS Syed Ageel Syed Mahayadin berakhir pada jam 1.30 petang.

Seramai 15 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah dipilih untuk menerajui KOWAHIDA bagi tahun 2009/2010. Mereka ialah :

1. Mohd Faisol Abdul Rahman
2. Azizan Ahmad
3. Mohd Rosli ABu Bakar
4. Zawiyah Mohd Noor
5. Fisal Tajudin
6. Abdul Ghani Hussain
7. Rashidah Abd Rahim
8. Zamri Othman
9. Ismail Othman
10. Zaharah Yusoff
11. Khalid Iskri
12. Ramli Bin Ahmad
13. Che Norbee Ramli
14. Hafidzan Fauzi
15. Norhaida Bt Ramli

ALK juga dalam mesyuaratnya yang pertama selepas Mesyuarat Agung Perwakilan, telah memilih 3 orang PJS untuk dilantik sebagai Juru Audit Dalaman Kowahida. Mereka ialah PJS Syed Ageel, PJS Mohd Aseri Hanapiah dan PJS Syed Salahuddin.

Dengan berkahirnya mesyuarat tersebut, KOWAHIDA dijangka akan meningkatkan usaha bagi memastikan perjalananya akan lebih mantap dan cemerlang ke arah merealisasikan hasrat HPA untuk menubuhkan sebuah BANK ISLAM sebagaimana wujudnya BANK RAKYAT.

Ends...

Friday, June 19, 2009

KOPI DIET : RADIX TANPA GULA



Kopi Radix Diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi ,gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan. Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi.

Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet. Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang berkerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan.InsyaAllah.

Hadirnya dalam bungkusan yang menarik boleh dibeli dengan harga pengedar RM 16.00 dan harga pengguna RM 20.00 untuk 15 paket dengan nilai mata 5. Selamat mencuba.


Ends......

Lensa eKPU