Tuesday, June 16, 2009

DIMANAKAH ERTI KEPATUHAN KEPADA PIMPINAN?

Masing-masing ingin membawa jalan,
Tidak mahu ikut pimpinan,
Kalau begini, tiadalah pengakhiran,
Melainkan tersungkur di pertengahan..

Sirah Nabi SAW telah menceritakan tentang satu peristiwa tragis yang sepatutnya menjadi pengajaran buat kita pada hari ini. Tambahan pula, kita sebagai seorang pejuang, yang sedang berjuang menegakkan Islam. Peristiwa ini juga sedang berlaku di hadapan mata kita hari ini. Peristiwa yang dimaksudkan ialah Perang Uhud. Perang Uhud sepatutnya mengajar kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang terjadi ketika itu.

Sebelum berlakunya perang, Nabi SAW sebagai seorang pemimpin perang, telah memberi beberapa arahan kepada tentara perang. Antara arahan yang diberikan ialah kepada bahagian pemanah. Kumpulan pemanah diperintahkan supaya berada di atas bukit dan jangan sekali-kali berganjak daripada kedudukan mereka walau apapun yang terjadi. Inilah arahan Baginda SAW kepada tentera pemanah yang ditugaskan untuk berada di atas bukit.

Ketika peperangan terjadi, kelihatan umat Islam sedang meraih kemenangan. Pada peringkat ini, umat Islam hampir boleh dikatakan menguasai peperangan, dan berjaya menghalau orang kafir yang berbaki. Maka, apabila orang kafir bertempiaran lari, mereka telah meninggalkan harta-harta mereka. Lalu harta-harta tersebut adalah harta rampasan perang.

Maka, umat Islam ketika itu berlumba-lumba memungut harta tersebut. Bahkan, tentera pemanah yang berada di atas bukit, turut sama ingin memungut hasil rampasan perang tersebut. Sedangkan Nabi SAW sudah memberi arahan supaya tidak berganjak daripada kedudukan asal mereka. Tetapi disebabkan keindahan harta yang berada di hadapan mata, mereka tidak lagi mematuhi arahan tersebut.

Mereka berkata “kita sudah menang, tunggu apa lagi..” Bahkan mereka menganggap bahawa berdiam diri di atas bukit hanya merugikan sahaja. Apa perlunya kita berada di atas bukit lagi sedangkan kita sudah menang? Ia hanya merugikan sahaja.. Sedangkan arahan Baginda SAW tadi, diletakkan ke tepi.

Melihat keadaan itu, maka, romponglah satu pasukan tentera Islam. Ini kerana pasukan pemanah tersebut bertindak sebagai bahagian serangan belakang yang boleh melumpuhkan tentera kafir. Tetapi apabila pasukan ini sudah hilang posisinya, maka ia memberi pulangan yang besar kepada orang kafir untuk melancarkan serangan kedua.

Lalu serangan kedua pun dilancarkan dalam keadaan umat Islam sedang sibuk memungut harta perang. Sehingga menyebabkan umat Islam hampir-hampir kalah, dan Baginda SAW hampir dibunuh. Semuanya disebabkan keingkaran pasukan pemanah tersebut terhadap arahan Baginda SAW.

Pengajaran di sini ialah, patuhlah setiap arahan dan keputusan. Adakah kita ingin biarkan musuh-musuh menghapuskan kita ketika kita sedang bergaduh sesama kita? Musuh boleh sahaja menyerang kita semula disebabkan kita sendiri sudah berani melawan keputusan pimpinan. Bahkan kita sendiri bergaduh sesama sendiri, sedangkan keputusan itu di tangan pemimpin.

Ends.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU