Saturday, June 13, 2009

PBC KULIM TERUS CEMERLANG

Al Fadhil Ustaz Hanif Ghazali (Kuliah Subuh)

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan pada 13 dan 14 JUN 2009 di Kulim Inn terus mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada peringkat awal, hampir 75 peserta mendaftarkan diri untuk hadir sebagai peserta. Namun memandangkan dewan seminar yang terhad, Pengarah PBC, Saudara Harryzan Yaacob hanya menerima 50 peserta sahaja yang mendaftar terlebih awal.

Sebahagian peserta PBC khusyuk mendengar slot yang disampaikan

Antara PJS yang hadir menyampaikan slot ialah PJS Sabri Ahmad (Kenali Syarikat), PJS Ismail Othman (Pelan Pemasaran), PJS Zainuddin Abdul (Gerak Kerja 6M), PJS Maznah Derani (Saraf Tapak Tangan), PJE Azham Affif (Produk Pilihan) dan PJ Ustaz Shamizam (Halal dan Haram).
PJS Sabri Ahmad adalah antara pemimpin yang cukup komited dalam PBC

PBC pada kali ini turut menampilkan beberapa fasilitator, antaranya PJE Mohd Azudin, PJ Rosli Mahmud, PJ Husri, PJ Hezri, PJ Zambri, PJ Fatimah, PJ Zalilah, PJ Noraziah, PJ Nor Fadzilah, PJ Misbahah, PJ Hasbullah, PJ Faezah, PJ Normala, PJ Sopiah, PJ Syahir dan beberapa lagi fasilitator yang bertungkus lumus menjayakan PBC.

Ends.......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU