Thursday, October 30, 2008

JADUAL PBC KPU NOVEMBER 2008

01 - 02 NOVEMBER - HOTEL NASMIR, JURU
- DEWAN OMAR MUKHTAR (RFC) S.P.

08 - 09 NOVEMBER - HILLCITY HOTEL, IPOH
- HOTEL SERI MALAYSIA, KULIM

14 - 15 NOVEMBER - INS. PENG. PELADANG, LANGKAWI

15 -16 NOVEMBER - HOTEL PUTRA PALACE, KANGAR PERLIS

21 - 22 NOVEMBER - HAVARD SUASANA HOTEL, BEDONG, KEDAH

28 - 29 NOVEMBER - HOTEL REGENCY, ALOR STAR, KEDAH

Untuk Pendaftaran Peserta PBC, sila hubungi Pemimpin Anda atau mana-mana PJS yang anda kenali.

Ends......

Monday, October 27, 2008

PJS DIMINTA FAHAMI 'BACK TO BASIC'

Semua PJS seluruh negara telah hadir ke Kursus Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) yang diadakan pada hari ini 27 Oktober 2008 di Dewan Omar Mokhtar, RFC Sungai Petani, Kedah.

Sebahagian PJS sedang mendaftar di kaunter pendaftaran PIC di Dewan Omar Mokhtar, RFC Sungai Petani

Kursus yang berlangsung selama 2 hari bertujuan untuk mendedahkan ilmu herba dan cara-cara pengamalannya kepada semua PJS. Dalam ucapan perasmiannya, Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad mengingatkan semua PJS bahawa kekuatan dan asas perniagaan HPA adalah produk makanan kesihatan berasaskan herba. Beliau menyeru semua PJS agar dapat memahami konsep 'Back To Basic'. Ini bermakna, semua PJS perlu menguasai ilmu perawatan dan pengubatan JAWI yang memberi penekanan kepada amalan produk-produk pemakanan herba.

Suasana Kursus PIC di Dewan Omar Mukhtar, RFC Sg Petani

Beliau mengingatkan semua PJS bahawa wang ringgit belum tentu dapat menyelamatkan HPA dari serangan-serangan musuh perniagaan dan musuh agama. Tetapi dengan ilmu herba yang mantap, PJS diharapkan agar dapat mempertahankan empayar perniagaan ini.

Sebahagian PJS sedang mendendangkan nasyid 'ISLAM BOLEH dan 'BINGKAI KEHIDUPAN'

Kehadiran HPA di tengah-tengah kelompok masyarakat pada hari ini mula dirasai. Lahirnya RFC memberi tamparan hebat kepada pengusaha-pengusaha makanan segera yang merasakan jualan mereka tergugat. Walaupun tiada sebarang tindakan drastik diambil oleh musuh-musuh perniagaan bagi menyaingi HPA, namun persiapan dan persediaan awal di kalangan PJS amat perlu. Perniagaan HPA bukan hanya tertumpu kepada satu jenis barangan sahaja, malah HPA mempunyai 173 produk makanan kesihatan yang perlu digempur secara serius.

Pengarah Urusan sedang menunjukkan teknik 'TENAGA'

Semua PJS dinasihatkan agar mendalami ilmu herba agar berjaya sebagai Usahawan MLM Herbalis. Memberi fokus semata-mata kepada Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) belum tentu menjamin kesinambungan sebagai seorang herbalis.

Ends......

Sunday, October 26, 2008

KURSUS PIC DI SUNGAI PETANI

Program Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) yang diadakan pada kali ini (25 dan 26 Oktober 2008) di Dewan Omar Mukhtar (RFC), Sungai Petani mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Peserta terdiri daripada staf dan kakitangan HPA serta pengedar-pengedar dari seluruh negara.

Peserta tekun menyumbang idea di dalam aktiviti berkumpulan

Menurut Pengarah PIC pada kali ini, Saudari Azira Mamat, seramai 160 peserta telah hadir.
Mereka begitu bersemangat dan amat komited dengan program yang dianjurkan. Peserta mengikuti perjalanan kursus dengan penuh minat.

Kumpulan Muslimin sedang berbengkel

Kursus PIC disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad. Kursus pada kali ini memberi penekanan kepada ilmu DETOX dan Herba Jawi. Sebelum itu peserta telah didedahkan dengan Perjuangan dan Hala Tuju HPA. Pengarah Jati Setia (PJS) Cikgu Murad Abu Bakar dijemput menyampaikan slot bertajuk "Mengapa Kita Perlu Bersama HPA". Peserta-peserta dibahagikan dalam beberapa kumpulan, khusus untuk membincangkan tajuk kuliah yang disampaikan.

Kumpulan Muslimat sedang berbengkel

Semua peserta menginap di Homestay HPA yang terletak di Bandar Laguna Merbok. Pengangkutan bas disediakan untuk peserta berulang alik dari tempat kursus ke tempat penginapan.

Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad bersama beberapa peserta PIC

Dua muslimat dari KPU yang menjadi fasilitor PIC

Dengan adanya kursus seperti ini, peserta-peserta akan lebih memahami konsep herba dan cara-cara pemakanannya. Diharap selepas kursus semua peserta akan lebih yakin bahawa herba merupakan penawar sebenar yang mampu untuk mencegah dan menyembuh penyakit.

Ends.....

Saturday, October 25, 2008

PERKEMBANGAN HPA DI TAIPING MEMBERANGSANGKAN

Taiping merupakan lokasi awal diterokai oleh pemimpin-pemimpin HPA dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Sekitar tahun 2000, di Taiping dan Kamunting sahaja mempunyai ahli hampir 3000 orang. Kepimpinan HPA pada peringkat awalnya diterajui oleh Saudara Bakri Jamaludin, seorang Pengarah di sebuah agensi kerajaan di Taiping. Beliau merupakan pemimpin yang mempunyai ilmu dan pengalaman luas dalam bidang herba.

Sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) Darul Taa'lim, yang terletak di Sungai Limau, Batu Kurau dibina atas sebahagian sumbangan keringat beliau. Ketika itu HPA hadir sebagai pemangkin dalam membantu dana sekolah tersebut melalui pembinaan jaringan yang mantap. Pada masa itu juga lahir beberapa pemimpin lain yang hebat di Batu Kurau. Antaranya Ustaz Rosle, Puan Naqibah No'ma dan Cikgu Ridzuan. Mereka sering hadir dalam pelbagai program HPA dan menjadi pemimpin yang disegani.

Setelah Saudara Bakri ditukarkan ke Johor atas sebab-sebab 'teknikal' dengan Kerajaan Negeri, perjalanan HPA mulai malap. Pemimpin-pemimpin yang ada pada masa itu seperti kehilangan punca dan arah tujuan. Di pekan Kamunting sendiri, Saudara Razali Kassim yang pada awalnya bergerak pantas dan cergas, juga makin lama makin hilang di dalam program HPA.

Menjelang 2005, PJS Cikgu Mohd Nadzri dan PJS Cikgu Ismail kembali bertapak di pekan Kamunting. Kehadiran mereka adalah atas jemputan Ustaz Mohd Yusfee, ahli HPA di bawah rangkaian PJS Cikgu Nadzri yang baru pulang dari Sabah.

Ustaz Mohd Yusfee, secara perlahan mula memperkenal dan menggerakkan HPA di sekitar pekan Batu Kurau dan Kamunting. Beliau telah menjemput PJS Cikgu Ismail dan PJS Cikgu Nadzri untuk memberi taklimat HPA di Restoran Kamunting Timur. Jemputan dibuat hampir 100 orang. Namun yang hadir hanya 3 orang sahaja. Kedua-dua PJS ini berceramah seperti biasa walau pun yang mendengarnya hanya 3 orang sahaja.

Setiap minggu Ustaz Mohd Yusfee bersama kedua-dua PJS ini mengadakan program perjumpaan mingguan di restoran tersebut. Makin lama makin ramai yang hadir. Ahli-ahli lama mula dapat mengesan bahawa HPA kembali menjelma di Kamunting. Ramai yang mula hadir ke restoran tersebut. Saudara Razali Kassim yang telah lama 'mati' dengan HPA muncul secara tiba-tiba bersama rangkaiannya yang lama. Begitu juga dengan Puan Haridah Khanun yang menyepi sekian lama muncul kembali bersama beberapa sahabat lama yang pernah berjuang bersamanya dulu.

Kini HPA berjaya menghidupkan semula cawangannya di Pekan Kamunting. Jualan bulanannnya mencecah hampir RM200 ribu. Perjumpaan mingguan diadakan pada setiap minggu pada hari Isnin, jam 8.30 malam. Program yang dirancang oleh Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah mendapat sambutan yang luar biasa. Tiap-tiap minggu PJS dari KPU silih berganti menyampaikan ceramah di cawangan tersebut.

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) juga diadakan pada setiap bulan. PJS Cikgu Nadzri, PJS Cikgu Ismail dan PJS Cikgu Normah Zainol dipertanggungjawab mengurus dan mengendalikan PBC yang diadakan di Hotel Seri Malaysia dan Taiping Golf Resort.

Alhamdulillah, kini HPA di Taiping berjaya melahirkan beberapa pemimpin berpangkat Pengarah Jati. Antaranya PJE Haridah Khanun, PJ Mohd Yusfee, PJE Azizah Hamzah, PJ Hindon dan PJ Nabishah. Mereka adalah pemimpin yang dijenamakan semula sebagai tenaga penggerak utama bagi memastikan HPA terus cemerlang dan gemilang di Perak Utara.

Ends........

Thursday, October 23, 2008

SAMBUTAN AIDIL FITRI HPA KULIM MERIAH

Kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan pemimpin dan pengedar HPA Cawangan Kulim berjaya memastikan sambutan Aidil Fitri pada kali ini sungguh meriah.


Menurut Pengarah program, PJS Ustazah Siham, selain jamuan, pertandingan masakan berasaskan radix juga diadakan. Pada sebelah malam pula diadakan pertandingan Radix Tarik.

Sambutan daripada peserta sungguh menggalakkan. Bagi kanak-kanak pula diadakan pertandingan mewarna dan melukis.

Pada sebelah malamnya, disampaikan anugerah kepada para pemenang. PJS Mohd Nadzri dan PJS Ismail Othman telah hadir memeriahkan majlis. Mereka telah menyampaikan anugerah khas kepada pengedar-pengedar HPA di Kulim yang berjaya menaikkan imej Kulim sehingga berjaya meraih pangkat Pengarah Jati dan ke atas. Antaranya PJE Siham Hashim, PJE Ustaz Mohd Ali, PJ Ustaz Zamri, PJ Zainuddin, PJ Mohd Azudin, PJ Nailulmuna, PJ Saliza Zainol, PJ Ustaz Syamizam, PJ Rusmina Ibrahim, PJ Misbahah Mohd Idris, PJ Nor Fadzilah dan PJ Norsharina.

Ends....

BINGKISAN SEORANG PEJUANG

SENANGKAN HATIMU

Kalau badanmu sihat,
Senanglah hatimu,
Tandanya telah ternyata pada dirimu,
Kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmat-Nya
Kerana badan yang sihat,
Mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan,
Dan menempuh padang kesulitan,

Dan kalau engkau sakit,
Senangkanlah hatimu,
Kerana sudah ternyata bahawa dirimu,
Adalah medan tempat perjuangan,
Di antara dua alam yang dijadikan Tuhan,
Iaitu kesihatan dan kesakitan,
Kemenangan akan terjadi pada salah satu yang kuat,
Kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu,
Baik kesembuhan di dunia atau kesembuhan sejati…….


Nukilan,
Tasawuf Moden- Prof Dr Buya Hamka
Tasik Maninjau, Bukit Tinggi, Padang,
Sumatera Barat.

AHLI HPA DIMINTA HAYATI SEMULA PERJUANGAN

Semua ahli HPA dari ahli biasa hingga ke peringkat pemimpin diminta menghayati semula perjuangan ini. Ia bagi memastikan HPA sentiasa segar dan mantap dalam mengharungi arus perniagaan sekarang.

PJS Hj Mohd Nadzri Ahmad

Demikian ditegaskan oleh PJS Mohd Nadzri Ahmad dalam perjumpaan mingguan yang diadakan semalam di HPA Cawangan Bukit Mertajam. Sebagai ahli lama yang mengenali HPA sejak 1989, PJS Mohd Nadzri mengungkap kembali akan kesusahan dan kepayahan Pengarah Urusan, Hj Ismail Ahmad dalam memartabatkan produk herba tempatan.

Kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada Pengarah Urusan menyebabkan HPA mampu bersaing dengan pengeluar-pengeluar lain yang berdagang di negara kita. Lahirnya HPA adalah bertujuan memartabatkan herba-herba tempatan yang kaya dan tinggi nilai kesihatannya. Hasilnya lahirlah HPA.

Sebahagian ahli HPA yang hadir dalam perjumpaan mingguan di Taman Ciku, BM

Menurut PJS Mohd Nadzri lagi, semua ahli dan pengedar perlu mempertahankan syarikat ini dengan sama-sama menetapkan semula fokus HPA yang mahu produk kesihatan dimartabatkan. Hari ini banyak produk makanan kesihatan yang tinggi nilainya dikesampingkan. Tidak ramai yang menjual dan mengamalkannya. Ramai yang memberi tumpuan kepada Kopi Radix, Radix Cola, Mineral HPA dan ayam organik.

Jika kita ke cawangan-cawangan seluruh utara, produk makanan kesihatan kelihatan begitu banyak. Yang laris hanyalah produk kegunaan harian sahaja. Kita bimbang dengan fenomena ini kerana kecenderungan untuk mengabaikan produk makanan kesihatan menyebabkan pengedar akan lupa bahawa HPA diasaskan melalui sumber herba.

Beliau menyeru agar pengedar dan pemimpin kembali semula menghayati produk makanan kesihatan berasaskan herba agar kesinambungan perjuangan dapat diteruskan. Bagi memastikan penurunan ilmu herba dapat diteruskan, semua ahli dan pengedar HPA diseru menghadiri Program Ilmu Cemerlang (PIC) yang diadakan setiap bulan di cawangan-cawangan terpilih.

PIC dikendalikan sendiri kuliahnya oleh Pengarah Urusan, Hj Ismail Ahmad. Banyak ilmu dan info tentang herba disampaikan. Gabungan perawatan dan pengubatan bersumberkan ilahiah dan alamiah diberi penekanan utama dalam PIC. Peserta yang hadir lebih mengerti dan memahami fungsi dan peranan herba terhadap tubuh badan dan kesihatan. Akhirnya amalan herba sebagai pemakanan kesihatan pasti akan mendapat pasaran.

Hadir sama dalam ceramah tersebut ialah PJS Cikgu Ismail dan Mahadi Che Haron, Pengurus Training, Mutimedia dan IT HPA.

Ends.......

Saturday, October 18, 2008

PBC KPU MENJANA USAHAWAN TERBILANG

Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah menganjurkan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC secara seretak di beberapa lokasi di utara mulai 17 hingga 19 OKtobe 2008.

Menurut Pengarah PBC KPU, PJS Mohd Zahir Ghazali, program seumpama ini mampu menjana pemimpin-pemimpin KPU yang berkualiti dan benar-benar memahami perjuangan sebenar HPA.

Pada 17 dan 18 Oktober, PBC diadakan di Harvard Suasana Hotel, Guru dan dihadiri seramai 130 peserta. Pada 18 dan 19 Oktober, 2 lokasi di utara diadakan PBC, iaitu di Hotel Seri Malaysia Kulim dan Naza Hotel Pulau Pinang. Hampir 70 peserta hadir di Kulim dan 120 peserta di Pulau Pinang.

Harapan KPU agar kelangsungan program ini akan memapu menjana penjualan syarikat ke arah RM 17 juta sebulan. Hampir semua PJS KPU terlibat dalam melaksanakan program ini. Mereka berganding bahu dan bekerjasama secara berjamaah dalam satu pasukan yang kuat dan mantap.
Menurut PJS Mohd Zahir Ghazali yang bertindak sebagai Pengarah PBC, pada 24 dan 25 Oktober, PBC akan diadakan di Hotel Regency Alor Setar, manakala pada 25 dan 26 Oktober akan diadakan di Hotel Seri Malaysia Taiping. Sementara itu di Sik pula, PBC akan diadakan di Rumah Rehat Sik pada 30 Oktober dan 01 Nov..

KPU mensasarkan untuk melahirkan 1000 pemimpin sebulan melalui program PBC....

Ends.....

CAWANGAN HPA SELURUH NEGARA TERIMA PELABURAN KOWAHIDA

IBU PEJABAT KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
PEJ: 04-9773814; FAX: 07-9773812; EMEL: kowahida@yahoo.com

SENARAI PEJABAT CAWANGAN HPA
YANG BOLEH MENERIMA PELABURAN SAHAM BARU.


PERLIS
1-KANGAR - PEJ:04-9778836; FAX:04-9778836; HP: O12-5753095

KEDAH
1-ALOR SETAR - PEJ:04-7775258; HP:013-4818007; FAX: 04-7775258
2-JITRA - PEJ:04-9179677; HP:012-6847789; FAX: 04-9179677
3-LANGKAWAI - TEL:04-9672231; FAX: 04-9672231
4-SIK - PEJ:04-4694879; FAX: 04-4694879
5-SUNGAI PETANI - PEJ:04-4485716; HP:019-4707781; FAX: 04-4485719
6-BALING - PEJ:04-4708717; FAX: 04-4708717
7-KULIM - PEJ:04-4931034 HP:013-4511345 FAX: 04-4911035

PULAU PINANG
1-SEBERANG PERAI - PEJ:04-5301424
2-BUKIT MERTAJAM - PEJ:04-5370882; FAX: 04-5370882
3-BALIK PULAU - PEJ:04-8661311
4-BAYAN LEPAS - PEJ:04-6414767

PERAK
1-TELUK INTAN - PEJ:05-6222869; HP:019-5469909; FAX:05-6222869
2-IPOH - PEJ:05-2435622; HP:019-4803799; FAX:05-2435622
3-PARIT BUNTAR - PEJ:04-5933717
4-TAIPING - PEJ:05-8912717
5-SERI MANJUNG - PEJ:05-6887930; HP:0174249736; FAX: 05-6887940

SELANGOR
1-TMN SRI GOMBAK - Tel / Fax: 03-61881433; HP:019-2654277
2-KAJANG - TEL : 03-87348949; FAX : 03-87348959

WILAYAH PERSEKUTUAN
1-JALAN RAJA LAUT. KL - PEJ:09-26926053; HP:017-4732123; FAX:03-26926053

NEGERI SEMBILAN
1-NILAI - PEJ:06-7991557; FAX:06-7991567

MELAKA
1-SEMABOK PERDANA - PEJ:06-2819717; HP:013-2827944; FAX:06-2869717

JOHOR
1-PASIR GUDANG - TEL:07-2565839
2-KLUANG - PEJ:07-7710084

PAHANG
1-JENGKA PUSAT - PEJ:09-4663599; HP:019-9845282; FAX:09-4663599
2-TEMERLOH - PEJ: 09-2966172; HP:019-9445237; FAX:09-2966172
3-BENTONG - PEJ:092226717

TERENGGANU
1-JERTEH - PEJ: 09-6973717; FAX:09-6975717; HP: 013764626
2-DUNGUN - PEJ:09-8453882; FAX:09-8453882
3-KUALA TERENGGANU - PEJ:09-6229519; HP:013-9540706; FAX:09-6229519,

SABAH
1-TAWAU - PEJ:089-765513; HP:013-8758490

Kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur, sila pergi ke pejabat cawangan HPA yang terdekat yang tertera di atas. Harap bersabar; sekiranya pejabat cawangan di tempat anda belum boleh menerima pelaburan.

NOTA: Pengurus Cawangan HPA yang masih belum menerima borang keahlian/pelaburan dan buku resit, diharap menghubungi ibu pejabat KoWahida segera. Kerjasama ANDA sangat-sangat dihargai untuk melancarkan lagi urusan-urusan yang berkaitan.

Ends....sumber Kowahida

Thursday, October 16, 2008

AWAS KOPI RADIX PALSU

Kebangkitan HPA dengan produk 'killer' Kopi Radix menimbulkan kebimbangan banyak pihak. baru-baru ini beberapa pengedar HPA berjaya membongkar kegiatan ini di beberapa buah kedai di kawasan Bukit Selambau.

Kopi Radix Papan palsu yang menyerupai RADIX HPA dijual dengan harga RM14.00 oleh sebuah van yang menyerupai van HPA. Pemandunya adalah seorang berbangsa Cina. Kopi Radix palsu ini dipasarkan melalui pemborong tertentu yang sememangnya berkerjasama dalam memasarkan produk ini.

Dalam penelitian yang dilakukan, didapati terdapat banyak perbezaan ketara di antara Kopi Radix HPA dengan Radix palsu, antaranya:

1. Warna merah pada bungkusan kopi palsu agak pudar.
2. Saiznya agak memanjang berbanding bungkusan Kopi Radix asli yang lebar.
3. Logo HPA pada kopi radix palsu agak cerah dan pudar sedangkan pada Radix asli gelap dan
terang.
4. Logo buatan Malaysia yang terdapat di belakang radix palsu agak kecil dibandingkan dengan
Kopi Radix asli HPA.
5. Rasanya tawar dan tidak mempunyai aroma herba HPA.

Kerjasama pengedar HPA diperlukan bagi memastikan ini dapat dibanteras secepat mungkin.

Ends.......

Wednesday, October 15, 2008

MESYUARAT PJS KELAB PEMIMPIN UTARA

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengarah Jati Setia (PJS) Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30 Oktober (Khamis)
Masa : 7.00 malam (solat magrib berjamaah dan bacaan Surah Yasin)
Tempat : HPA Cawangan Sungai Petani, Bandar Aman Jaya.

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan aluan Presiden
2. PBC dan Kelas Mingguan.
3. Tabung Khairat Kematian dan Bencana
4. Sasaran jualan RM17 juta sebulan.
5. KONVEK 2009
6. Hal-hal lain.


Semua PJS KPU dimestikan hadir. Setiap PJS perlu menjelaskan yuran bulanan kelab sebanyak RM10.00 sebulan bermula dari Januari 2008. Bagi mereka yang dilantik pada tahun ini, yuran PJS berkuatkuasa dari tarikh lantikan. Yuran tersebut hendaklah diserahkan kepada Bendahari KPU, PJS Ahmad Suberi Murad.

Ends....

Tuesday, October 14, 2008

RESIPI NASI BERIANI MADU MENANG PERTANDINGAN MEMASAK

Resipi hasil ciptaan Puan Rosni Johari telah memenangi pertandingan masakan berasaskan RADIX anjuran KPU Kulim yang diadakan pada hari ini. Tempat kedua dimenangi oleh Puan Nurul Husna Yaakob dengan resipi Ayam Crunchy Alami dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Norhayati Abdul Aziz dengan resipi Kek Coklat Lembab RADIX.

Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk mencungkil bakat baru di kalangan ahli-ahli HPA Cawangan Kulim. Hampir 20 peserta menyertai pertandingan ini dengan pelbagai resipi diperkenalkan.

Nasi Beriani Madu

Bagi Puan Rosni, beliau tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini kerana peserta-peserta yang terlibat semuanya hebat-hebat belaka.
Bahan-bahan yang beliau gunakan dalam menghasilkan Nasi Beriani Madu adalah seperti berikut:

1 biji lobak merah
3 biji tomato
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
200 gm beras
2 sudu besar Perencah Alami HPA
3 sudu besar madu HPA
1 sudu kecil garam.

Adunan ramuan yang dikemukakan berjaya memikat juri pertandingan. Selain itu juga diadakan pertandingan melukis dan pertandingan RADIX tarik terbuka.

Sebahagian peserta pertandingan RADIX Tarik 

Ends....

Sunday, October 12, 2008

KUTIPAN AMAL PAKAIAN TERPAKAI

Satu program amal yang sedang giat dilancarkan oleh HPA ialah mengumpulkan pakaian yang telah digunakan untuk projek jualan amal bagi membantu golongan miskin.Anda boleh meletakan baju-baju yang hendak disumbangkan di cawangan-cawangan HPA dan Insya Allah baju-baju itu akan dihimpunkan terlebih dahulu sebelum ia dijual dengan harga murah sementara duit kutipan 100% akan diberikan kepada fakir miskin.
Pakaian yang hendak disedekahkan hendaklah pakaian yang anda sendiri sanggup memakainya ketika ke pejabat atau ke tempat keramaian. Kita tidak mahu menerima pakaian pakaian yang buruk yang tidak boleh digunakan.

Percayalah...jumlah pakaian anda yang banyak dalam almari pasti akan disoal oleh Allah kerana tidak digunakan sedangkan di luar sana jutaan umat Islam berada dalam kemiskinan.Tidak keterlaluan jika saya katakan cukuplah 7 helai baju kerja bagi kegunaan 7 hari dalam seminggu.

Semoga sumbangan Amal ini akan disambut hebat oleh para pejuang HPA yang telah siap sedia untuk menerima arahan.Amin

Ends.....sumber blog PU.

Saturday, October 11, 2008

PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG (PIC) DI SUNGAI PETANI.

Pada 25hb -28hb Oktober akan diadakan PIC di Sungai Petani Kedah.Sebenarnya PIC ini merupakan program untuk 2 kelompok peserta iaitu:-

1. 25 - 26hb terdiri daripada staf-staf cawangan yang diwajibkan mengikuti latihan kemahiran tentang penggunaan herba sebagai ubatan.Namun bagitu kita juga membuka peluang untuk penyertaan luar dengan bayaran RM200 sahaja.(makan dan penginapan)

2. 27 - 28hb terdiri daripada para PJS yang juga diwajibkan bagi mendapat info terbaru tentang herba-herba ubatan.

Semua peserta luar SP akan menginap di Homestay HPA di Bandar Laguna Merbuk dan tempat kursus ialah di Dewan Omar Mokhtar.RFC.

Peserta diminta menyediakan pakaian untuk riadah penafasan dipadang terbuka Laguna dan diwajibkan memakai T Shirt Radix HPA (ada dijual) disamping bersama mengadakan qiamulail di masjid Laguna tersebut.

Oleh kerana homestay HPA dibuka juga untuk orang luar,semua keluar masuk Homestay tertakluk kepada arahan pentadbiran.

Maklumat lanjut, hubungi Pengurus Latihan dan ICT - Mahadi Che Haron : 013-5185727

Ends....sumber blog PU.

Thursday, October 9, 2008

KPU KULIM ANJUR PERTANDINGAN MEMASAK 'RADIX'

Kepimpinan Kelab Pemimpin Utara (KPU) Cawangan Kulim akan menganjurkan pertandingan masakan berasaskan RADIX pada 14 Oktober 2008, bermula jam 3.00 petang. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini terbuka kepada semua ahli dan pengedar HPA seluruh utara. Hadiah-hadiah menarik untuk pemenang disediakan.

Pengedar yang berbakat dan berkreativiti tinggi dalam bidang masakan bolehlah mendaftar sebagai peserta. Pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli HPA di Kulim di samping menguji bakat terpendam dalam bidang masakan di kalangan ahli.

Peserta hanya dibenarkan menggunakan barangan HPA sahaja dan sumber utama adalah produk yang berasaskan RADIX. Kepada mereka yang berminat bolehlah menghubungi PJS Ustazah Siham Hashim (013-4415266) dan PJ Misbahah Mohd Idris (019-5101252).

Pada sebelah malamnya pula, semua peserta akan diraikan bersama pemimpin-pemimpin KPU. Antara yang akan hadir ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Mohd Zahir Ghazali dan PJS Ismail Othman.

Ends........

Sunday, October 5, 2008

PJS SYED SALAHUDDIN

Tidak semua ahli dan pengedar HPA yakin bahawa Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang dianjurkan oleh HPA mampu melahirkan jutawan muslim dalam tempoh terdekat. Ada yang beranggapan bahawa plan pemasaran yang dicanangkan hanya sekadar sebuah teori perniagaan semata-mata. Ada yang bersuara dengan nada bersahaja bahawa ia hanya sekadar pelengkap slot yang menjadi agenda dalam setiap PBC di seluruh negara.

Namun ramai juga yang tidak mahu mengambil iktibar bahawa sesuatu yang diadakan itu bukanlah sekadar sia-sia. Ada natijah dan hasilan yang berganda bagi mereka yang mengerti dan mahu berusaha.Tidak ada yang lebih mulia dan indah dalam hidup ini melainkan setiap apa yang dihajati dan diimpikan menjadi kenyataan.

Bersama ahli keluarga tercinta

Inilah yang telah dibuktikan oleh seorang usahawan gigih yang lahir di utara tanah air. Syed Salahuddin Bin Syed Mahayadin, nama yang tidak asing lagi yang telah berjaya meraih pendapatan 5 angka hanya dalam masa beberapa bulan sahaja. Jutawan yang lahir hasil daripada Program PBC ini bukan sahaja bangga dengan kejayaan dirinya, malah mampu menjadi contoh dan idola kepada mereka yang menjadi peserta dalam setiap PBC di utara.

Ketika di Bandung Indonesia bersama Syed Ageel

Beliau mula menyertai HPA tanggal APRIL 2006. Seorang peguam syarie dan memiliki firma sendiri di Butterworth sejak 1998. Beliau langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman sebagai ahli perniagaan, apatah lagi berniaga secara MLM. Setelah bersama HPA, barulah beliau mula belajar tentang perniagaan secara MLM. Sebagai seorang peguam syarie, sudah tentu perkara yang berkaitan dengan halal haram serta sumber yang sahih menjadi persoalan dan perbualan dalam jiwanya.

Beliau sempat mentelaah dan meneliti serta membuat perbandingan antara MLM HPA dengan MLM beberapa syarikat lain. Baginya keunikan yang ada dalam MLM HPA adalah sesuatu yang pelik dan amat berbeza jauh dengan sistem yang diketengahkan oleh syarikat-syarikat lain.

Setelah hadir sebagai peserta PBC pada 2007, Syed Salahuddin mendapat maklumat yang lebih jelas tentang hala tuju dan perjuangan HPA. HPA bukan semata-mata perniagaan yang hanya membri focus kepada keuntungan. Tetapi lebih jauh daripada itu HPA adalah wadah perjuangan umat Islam. Umat Islam perlu diselamatkann daripada mengguna dan mengamalkan barangan yang lazimnya ada unsur-unsur syubahah. Paling malang jika barangan itu dihasilkan oleh musuh-musuh Islam. Perjuangan untuk memastikan umat Islam mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab mereka menggunakan barangan halal adalah suatu perkara yang memerlukan kerjasama secara menyeluruh.

Dua beradik yang intim

Atas sokongan dan semangat yang diberikan oleh isteri tercinta, Sharifah Nadiah bt Sy Ibrahim Alhabshi, Syed Salahuddin memulakan langkahnya untuk terus berjuang secara habis-habisan bersama HPA. Dalam masa yang sama beliau tidak meninggalkan profesionnya sebagai peguam syarie. Beliau bijak membahagikan masa dalam melakukan tugasnya.

Kini, beliau banyak mengisi slot-slot di PBC sekitar utara. Kadang-kadag beliau akan ke Johor dan Kuala Lumpur untuk bertemu dengan rangkaiannya di sana. Ceramah di kelas-kelas mingguan adalah agenda tetap Syed Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua cawangan HPA di utara telah beliau pergi untuk menyampaikan ceramah terutama kepada pengedar-pengedar baru.

Rakan-rakan seperjuangan dari KPU

Dorongan, bantuan dan semangat yang diberikan oleh sahabat-sahabat dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah melayakkan Syed Salahuddin dianugerahkan Pengarah Jati Setia (PJS) pada April 2007. Selain itu dalam KONVEK 2007, beliau diisytiharkan sebagai peserta PBC terbaik Malaysia. Beliau juga dianugerahkan sebagai Pemimpin Harapan HPA.

Alhamdulillah, walaupun baru hampir 2 tahun bersama HPA, pendapatan beliau berlipat kaliganda mengatasi pendapatannya sebagai peguam. Sesuatu yang beliau tidak pernah impikan dan jangkakan akan berlaku dalam sejarah hidupnya. Apa yang beliau perolehi adalah hasil usaha dan berkat keyakinannya bahawa sesungguhnya 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan dan kejayaan itu adalah milik mereka yang rajin berusaha, bertawakkal serta yakin rezeki itu di tangan Allah SWT.

Ends……..

HPA TERUS MEMACU KECEMERLANGAN

Perancangan HPA dalam masa terdekat.

1. Perasmian El Zahara Hotel di Legenda Heights Sungai Petani.
2. Perasmian Restoran Briani Organik
3. Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC)
5. Kilang kopi fully outomatik mula beroperasi
6. Teh Manjakani dipasarkan.
7. Kilang kola Radix tambah satu line lagi pengeluaran
8. Persediaan pembukaan kilang ais krim
9. Perasmian produk baru Radix Koko.
10. Pembukaan 3 outlet RFC (Alor Setar, Kangar dan Kepala Batas, Seberang Perai)
11. Sasaran penternakan 500 ribu ekor ayam satu pusingan.
12. Pembukaan kilang kordial di Sungai Petani.
13. Permohonan 20 permit bas pesiaran oleh Ilham Holiday
14. Rombongan dagang ke China
15. Insentif ke New Zealand
16. Kuliah bekam di Mesir
17. HPA perkenalkan Plantisol Gold. (untuk diabetis)
18. Indonesia dijangka import 6 kontena kopi sebulan
19. Pembukaan HPA Town di Kluang, Johor.
20. Pembukaan kilang plastik. (mengatasi masalah botol minuman)
21. Pelajar tajaan HPA ke Cina mula belajar di Universiti
22. Perancangan penubuhan Universiti Teknologi HPA.(UniTekHPA)
23. Pembukaan cawangan baru sebulan 5 buah akan tercapai.
24. Tribunal PJS akan mengemukan plan mencapai 17 juta.
25. Hampir semua kilang HPA kerja 2 shif sehari.
26. Pembentangan plan Radix cafe dan Radix Shop untuk pengedar.
27. Koop akan menambah pelaburan ahli seingga RM10 juta.
28. Memperkenalkan konsep pasar moden (RFC dan cawangan) dan lain-lain lagi.

InsyaAllah.Doakan kejayaan kita bersama.Amin.

Ends.....sumber dari blog PU.

Lensa eKPU