Thursday, October 23, 2008

AHLI HPA DIMINTA HAYATI SEMULA PERJUANGAN

Semua ahli HPA dari ahli biasa hingga ke peringkat pemimpin diminta menghayati semula perjuangan ini. Ia bagi memastikan HPA sentiasa segar dan mantap dalam mengharungi arus perniagaan sekarang.

PJS Hj Mohd Nadzri Ahmad

Demikian ditegaskan oleh PJS Mohd Nadzri Ahmad dalam perjumpaan mingguan yang diadakan semalam di HPA Cawangan Bukit Mertajam. Sebagai ahli lama yang mengenali HPA sejak 1989, PJS Mohd Nadzri mengungkap kembali akan kesusahan dan kepayahan Pengarah Urusan, Hj Ismail Ahmad dalam memartabatkan produk herba tempatan.

Kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada Pengarah Urusan menyebabkan HPA mampu bersaing dengan pengeluar-pengeluar lain yang berdagang di negara kita. Lahirnya HPA adalah bertujuan memartabatkan herba-herba tempatan yang kaya dan tinggi nilai kesihatannya. Hasilnya lahirlah HPA.

Sebahagian ahli HPA yang hadir dalam perjumpaan mingguan di Taman Ciku, BM

Menurut PJS Mohd Nadzri lagi, semua ahli dan pengedar perlu mempertahankan syarikat ini dengan sama-sama menetapkan semula fokus HPA yang mahu produk kesihatan dimartabatkan. Hari ini banyak produk makanan kesihatan yang tinggi nilainya dikesampingkan. Tidak ramai yang menjual dan mengamalkannya. Ramai yang memberi tumpuan kepada Kopi Radix, Radix Cola, Mineral HPA dan ayam organik.

Jika kita ke cawangan-cawangan seluruh utara, produk makanan kesihatan kelihatan begitu banyak. Yang laris hanyalah produk kegunaan harian sahaja. Kita bimbang dengan fenomena ini kerana kecenderungan untuk mengabaikan produk makanan kesihatan menyebabkan pengedar akan lupa bahawa HPA diasaskan melalui sumber herba.

Beliau menyeru agar pengedar dan pemimpin kembali semula menghayati produk makanan kesihatan berasaskan herba agar kesinambungan perjuangan dapat diteruskan. Bagi memastikan penurunan ilmu herba dapat diteruskan, semua ahli dan pengedar HPA diseru menghadiri Program Ilmu Cemerlang (PIC) yang diadakan setiap bulan di cawangan-cawangan terpilih.

PIC dikendalikan sendiri kuliahnya oleh Pengarah Urusan, Hj Ismail Ahmad. Banyak ilmu dan info tentang herba disampaikan. Gabungan perawatan dan pengubatan bersumberkan ilahiah dan alamiah diberi penekanan utama dalam PIC. Peserta yang hadir lebih mengerti dan memahami fungsi dan peranan herba terhadap tubuh badan dan kesihatan. Akhirnya amalan herba sebagai pemakanan kesihatan pasti akan mendapat pasaran.

Hadir sama dalam ceramah tersebut ialah PJS Cikgu Ismail dan Mahadi Che Haron, Pengurus Training, Mutimedia dan IT HPA.

Ends.......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU