Sunday, March 29, 2009

SYARAT PENAJAAN SEMULA YANG DIBENARKAN

Salam seluruh Pengedar...

Syarat penajaan semula adalah seperti berikut:



a) Ahli yang di daftarkan pada atau sebelum 2003.

b) Tidak aktif (tidak pernah membuat pembelian sejak 2003 hingga sekarang)

c) Buat surat permohonan ke MIS.



Insyallah HPA akan luluskan

DISKUSI MAULID AL-RASUL S.A.W 2009

Saturday, March 28, 2009

PROGRAM PBC KPU APRIL 2009

3 - 4 APRIL 2009
- TAMAN SISWA, JITRA
- CHALET TITI HAYUN, YAN
- HOTEL NAZA, GURUN

11-12 2009

- HOTEL NAZA, TANJONG TOKONG.
- KULIM INN, KULIM KEDAH
- HOTEL SERI MALAYSIA, TAIPING
- HOTEL BRASMANA, KUALA PERLIS


17 - 18 APRIL 2009
- SANDY BEACH LANGKAWI KEDAH
- DUSUN RESORT KUALA NERANG, KEDAH


18-19 APRIL 2009

- TS HOTEL (SCIENTEX), P.GUDANG, JOHOR


24-25 APRIL 2009
- HOTEL REGENCY ALOR SETAR


25-26 APRIL 2009

- HOTEL NASMIR, JURU, P.PG


Ends......

HPA CAWANGAN KEPALA BATAS SEMAKIN MENYERLAH

Walau pun baru beroperasi hampir setahun yang lalu, namun Cawangan HPA Kepala Batas Seberang Perai Utara telah berjaya mengorak langkah dan menggamit ramai pengedar untuk mengetahui dan memahami perjuangan HPA. Peneraju utama PJS Syed Ageel adalah orang yang bertanggungjawab menggempur dan meneroka Kelas Mingguan di cawangan ini.


Suasana Perjumpaan Mingguan HPA di Cawangan Kepala Batas


Program Perjumpaan Mingguan yang diadakan pada setiap Jumaat jam 9.00 malam mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Contohnya pada malam tadi hampir 90 pengedar dan ahli HPA sekitar Kepala Batas, Seberang Perai Utara hadir. PJS Syed Ageel dan PJS Zanbli telah menyampaikan slot dan motivasi kepada pengedar yang hadir.


Pemimpin KPU bergambar dengan PJ Rahmah dan PJ Noor Syuhada (CK Bayu) dan CK Bayu sedang menyampaikan ceramah (bawah)



Selain itu kehadiran dua pemimpin dari selatan, PJ Rahmah Rahmat dan anaknya PJ Noor Syuhada (CK Bayu) dari Pasir Gudang berjaya memukau hadirin dengan semangat, pengalaman dan sejarah penglibatan mereka dalam MLM.

Ends...

Friday, March 27, 2009

PEROKOK LEBIH HINA DARIPADA LEMBU : NIK AZIZ

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. 

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. "Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. 

"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). "Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. 

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat. Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - 

Ends...
Sumber : Bernama

Monday, March 23, 2009

KPU ANJUR KURSUS KEMAHIRAN PENGUCAPAN AWAM

Bertempat di Pusat Jualan HPA, padang Temusu, Sungai Petani, Kelab pemimpin Utara (KPU) sekali lagi menganjurkan Kursus Kemahiran Pengucapan Awam kepada semua fasilitator yang bakal menyampaikan ceramah dalam setiap Program PBC.

Suasana kursus di Pusat Jualan HPA Padang Temusu

Kursus yang berlangsung selama sehari pada 22 MAC 2009 itu dihadiri seramai 20 fasilitator terpilih. Mereka yang hadir merupakan bakal pemimpin dan penceramah yang akan mengambilalih teraju utama sebagai penceramah atau penyampai slot dalam setiap PBC yang dianjurkan oleh KPU.




Pembimibing utama dalam kursus pada kali ini ialah PJS Hajah Sharifah Sulaiman, PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali dan PJS Sabri Ahmad.


Peserta sedang diuji dalam Pengucapan Awam

Peserta didedahkan dengan slot-slot tertentu dan kaedah penyampaian yang berkesan. Mereka menjalani ujian praktikal dengan dibantu oleh beberapa orang juri berpengalaman. Teknik, kaedah dan tatacara sebagai seorang penceramah atau penyampai slot diberi fokus utama. Ini termasuklah ketepatan isi ceramah, penampilan diri serta gaya pengucapan dan penyampaian.

Kursus yang berakhir jam 7 petang itu memberi banyak manfaat kepada peserta yang hadir dari seluruh negara.

Ends...

Saturday, March 21, 2009

KPU TERUS GEMPUR TAIPING

Lokasi Taiping yang agak perlahan perjalanan HPA suatu ketika dulu, kini kembali gah dengan rutin Program PBC yang diadakan pada setiap bulan. Program PBC yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Taiping pada 21 dan 22 MAC 2009 dihadiri seramai 50 peserta yang kebanyakannya adalah dari sekitar Taiping dan Kuala Kangsar.

Sebahagian peserta dan pemimpin PBC Taiping


Menurut Pengarah PBC, PJ Ustaz Mohd Yusfee Yusof, PBC pada kali ini menampilkan beberapa tokoh PJS yang mengisi slot sepanjang dua hari satu malam. Antara yang hadir ialah PJS Haji Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ustaz Mohd Zamri Bakar, PJS Ustazah Siham Hashim, PJS Hajah Sharifah Sulaiman, PJS Haji Ismail Othman, PJS Syed Ageel Syed Mahayadin, PJS Hasnah Mustafa, PJS Hajah Noormah Zainol dan PJ Zalilah Ghazali.

Antara PJS KPU yang hadir menyampaikan slot


Selain itu beberapa pemimpin HPA tempatan juga turut hadir membantu dan bertindak sebagai fasilitator. Antaranya PJ Ustaz Irwan, PJE Puan Azizah Hamzah, PJE Hindun dan beberapa orang lagi yang turut membantu.

Ends.........

KURSUS 'PIMPIN SIRI-2' BUKA MINDA USAHAWAN

Kursus Kepimpinan Siri -2 (PIMPIN) yang diperkenalkan oleh PJS Haji Mohd Nadzri Ahmad dan isterinya PJS Hajah Noormah Zainol berjaya membuka minda dan peluang kepada ahli dan pengedar HPA untuk terus komited dan mengorak langkah sebagai usahawan HPA.



Suasana sepanjang Kursus PIMPIN Siri - 2

Kursus sehari yang berlangsung pada 19 MAC 2009, bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang di Pusat Jualan HPA, Padang Temusu, Sungai Petani itu berjaya menghadirkan seramai 45 peserta yang betul-betul berminat dan komited untuk berjuang sebagai usahawan HPA yang berjaya. Kebanyakan mereka adalah ahli-ahli yang pernah hadir Program PBC.

Slot Plan Pemasaran disampaikan PJS Haji Ismail Othman

Kursus ini terbuka kepada semua ahli HPA yang berminat sekitar bandar Sungai Petani dan Sebeang Perai Utara (SPU). Pada siri kali ini, dua PJS telah menyampaikan slot secara mendalam. Mereka ialah PJS Hajah Sharifah Sulaiman (Diagnos Penyakit melalui Saraf Tapak Tangan) dan PJS Haji Ismail Othman (Plan Pemasaran HPA).

Menurut Pengarah Kursus, PJS Haji Mohd Nadzri Ahmad, PIMPIN Siri 3 akan diadakan pada bulan APRIL 2009 ini. Kepada pengedar dan ahli HPA yang berminat hadir, bolehlah mendaftar nama kepada mereka. Memandangkan kursus ini didakan secara percuma dan ruang dewan yang agak terhad, maka mereka yang mendaftar telebih dahulu akan diberikan keutamaan.

Ends....

Monday, March 16, 2009

KEJAYAAN TERLETAK PADA USAHA DAN TAWAKKAL


Saya sangat tertarik membaca kisah adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.
Apa yang memeranjatkan adalah rumah tempat tinggal Nur Madihah yang beralamat di Kg. Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Kalau dilihat rumah tersebut, nak kata rumah pun tidak nak kata reban pun tidak.
Macam mana Nur Madihah tinggal bersama adik beradik dan ibu bapanya dalam rumah tersebut.
Dan nak bayangkan macam mana Nur Madihah dapat mentelaah pelajaran hingga mencapai kejayaan hebat tersebut. Saya diberitahu antara rahsia kejayaan Nur Madihah ialah beliau sentiasa bangun tahajjud.

Cuba bayangkan beliau masih mampu bangun tahajjud dalam keadaan rumah yang sebegitu daif!
Terasa malu plak bagi kita yang punya rumah hebat siap air-con tapi jangankan tahajjud, takut subuh pun tak terkejut!!

Tapi apa yang lebih membingungkan saya adalah bagaimana kedaifan keluarga ini langsung tidak diketahui sama ada oleh pihak sekolah, pihak jawatankuasa masyarakat, jabatan-jabatan kerajaan sama ada peringkat negeri mahupun persekutuan saperti JKM, PPD dan lain-lain.

Saya terbaca laporan bagaimana Nur Madihah terpaksa berlapar dan berpuasa kerana tiada kemampuan untuk belanja. Allah humma ya Allah..begitu besar Rahmat & Rahim Mu Ya Allah. Berilah kami kekuatan & kecekalan menghadapi segala pancaroba dan cabaran sebagaimana Engkau berikan kepada Nur Madihah. Dan kepada Nur Madihah, Engkau berikan kejayaan kepada beliau dan berilah keberkatan kepada apa jua yang Engkau berikan kepada beliau.

Ameen ya robbal 'alamin..

Ends.....

GABUNGAN KPU DAN KPA CERIAKAN PBC IPOH

Buat julung-julung kalinya KPU dan KPA secara bersama berjaya mengadakan PBC di Hotel Seri Malaysia Ipoh. PBC yang berlangsung pada 14 dan 15 MAC 2009 yang lalu berjaya mengeratkan tali silaturrahim sesama ahli HPA dari Zon Utara dan Tengah



Pengenalan Syarikat disampaikan oleh PJS Dalilah Wong Abdullah, Plan Pemasaran oleh PJS Muzaffar Aliyasak, Gerak Kerja 6M oleh PJS Sabri Ahmad, Slot Halal Haram oleh PJE Ustaz Rahaizan, Produk Kopi Radix oleh PJS Cikgu Razak Hussin, Kuliah Subuh dan Qiyamullail oleh PJ Ustaz Yusridan dan Demo Produk oleh Ustaz Kamal.


PBC kali ini juga turut dibantu oleh beberapa orang pemimpin, antaranya PJE Ridzuan Razak (Baling), PJ Hasnah dan PJ Khairul Naim (Kepala Batas) serta PJ Rashid (Ipoh).

Ends...

Wednesday, March 11, 2009

RADIX ORIENTAL CUISINE (ROC) MEMANG LAZAT

Sebanyak 40 jenis masakan yang mampu dihidangkan di Restoran ROC yang mula beroperasi mulai 4 MAC 2009 yang lalu. Keenakan masakan berkonsepkan 'Chienese Food' ini berjaya menarik penggemar masakan itu dari kalangan kaum Tionghua yang berada di sekitar Sungai Petani dan Pulau Pinang.


Suasana di ROC ketika beroperasi

Boleh dikatakan setiap malam selepas Maghrib, ROC mula dipenuhi dengan pelanggan. Pekerja tak menang tangan melayan setiap kehendak dan cita rasa pelanggan. saya sempat bertemu dengan seorang pelanggan berbangsa Tionghua yang berkunjung ke situ. Beliau datang dari Kulim bersama keluarganya semata-mata ingin menikmati masakan di ROC.


Menurutnya masakan di ROC berbeza dengan restoran lain kerana rasanya yang unik dan lazat. Ada kelainan dengan masakan di restoran Cina yang lain. Rasa masakan di ROR seakan-akan campuran antara masakan Cina dan Melayu. Selain itu harganya juga berpatutan. Ikan siakap dan kerapu yang dimasak benar-benar segar di samping sup sayur dan cendawan yang dihidangkan sangat sedap, katanya lagi.


Kepada ahli-ahli HPA yang belum lagi berkunjung ke ROC, silalah ke sana dan anda akan dapat menikmati keenakan dan kelazatan masakannya.

Ends....

Monday, March 9, 2009

PELANCARAN MLM SYARIAH HPA MERIAH

Pelancaran MLM Syariah (MLMS) HPA mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh pemimpin dan pengedar HPA dari seluruh negara. Hampir 1200 hadir memenuhi ruang Dewan Utama Lembaga Tabung Haji, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

.Suasana di Majlis Pelancaran MLM Syariah HPA


Selain itu, wakil dari NGO dan pemimpin dari MLM lain juga turut hadir. Penjelasan dan kupasan mengenai perbezaan di antara MLM S dan MLM Konvensional oleh dua orang tokoh ilmuan Islam amat menarik dan jelas.



Prof Madya Dr Ishak Suliaman dan Dr Mohd Hassan Zaid Ramly antara tokoh yang membentangkan dua kertas kerja mengenai MLM Syariah dan perbezaannya dengan MLM Konvensional. Sambutan dan persoalan yang ditunjukkan oleh peserta amat memberangsangkan.

Seminar MLMS ini adalah julung-julung kali diadakan di negara kita. Ratusan malah jutaan umat Islam di Malaysia terlibat dengan perniagaan MLM. Malangnya ramai yang tidak mengetahui dan membezakan yang mana satukah MLM yang benar-benar menepati kehendak syarak dan MLM yang masih menjalankan sistem secara kapitalisme dan mengaut keuntungan dan pendapatan secara haram.


Seminar yang dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad membuka satu lembaran baru ke arah memperkasa dan memperjuangkan MLM yang benar-benar mendapat berkat dan redha daripada Allah SWT. Semoga usaha kecil yang dilakukan oleh HPA akan membuka mata kepada semua peminat MLM terutama yang sebangsa dan segama dengan kita.

Ends....

Lensa eKPU