Monday, March 16, 2009

KEJAYAAN TERLETAK PADA USAHA DAN TAWAKKAL


Saya sangat tertarik membaca kisah adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.
Apa yang memeranjatkan adalah rumah tempat tinggal Nur Madihah yang beralamat di Kg. Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Kalau dilihat rumah tersebut, nak kata rumah pun tidak nak kata reban pun tidak.
Macam mana Nur Madihah tinggal bersama adik beradik dan ibu bapanya dalam rumah tersebut.
Dan nak bayangkan macam mana Nur Madihah dapat mentelaah pelajaran hingga mencapai kejayaan hebat tersebut. Saya diberitahu antara rahsia kejayaan Nur Madihah ialah beliau sentiasa bangun tahajjud.

Cuba bayangkan beliau masih mampu bangun tahajjud dalam keadaan rumah yang sebegitu daif!
Terasa malu plak bagi kita yang punya rumah hebat siap air-con tapi jangankan tahajjud, takut subuh pun tak terkejut!!

Tapi apa yang lebih membingungkan saya adalah bagaimana kedaifan keluarga ini langsung tidak diketahui sama ada oleh pihak sekolah, pihak jawatankuasa masyarakat, jabatan-jabatan kerajaan sama ada peringkat negeri mahupun persekutuan saperti JKM, PPD dan lain-lain.

Saya terbaca laporan bagaimana Nur Madihah terpaksa berlapar dan berpuasa kerana tiada kemampuan untuk belanja. Allah humma ya Allah..begitu besar Rahmat & Rahim Mu Ya Allah. Berilah kami kekuatan & kecekalan menghadapi segala pancaroba dan cabaran sebagaimana Engkau berikan kepada Nur Madihah. Dan kepada Nur Madihah, Engkau berikan kejayaan kepada beliau dan berilah keberkatan kepada apa jua yang Engkau berikan kepada beliau.

Ameen ya robbal 'alamin..

Ends.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU