Monday, September 28, 2009

Facebook : Antara Pro & Kontra


“Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.
“You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.
“Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya. Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.
“Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.
“Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.

PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK
Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia. Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook.

Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.

...lanjutkan pembacaan anda ke :

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

wallahu a'lam.

Saturday, September 26, 2009

PBC KEPALA BATAS BERGEGAR LAGI

l












Program Perkongsian Cemerlang (PBC) Kepala Batas, Seberang Perai Utara bakal bergegar lagi dengan kehadiran beberapa pemimpin utama dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Kali ini PBC akan berlangsung pada 03 dan 04 OKTOBER 2009, di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, SPU.

Menurut Pengarah PBC, PJS Syed Ageel Syed Mahaydin, PBC Kepala Batas terbuka kepada semua pemimpin dan pengedar dari seluruh negara. Setakat ini sudah ada 96 peserta yang telah mendaftar. Pendaftaran masih terbuka kerana Dewan Hotel Seri Malaysia mampu memuatkan peserta sehingga 250 orang. Keselesaan dan sound system terbaik yang disediakan mampu menceriakan lagi suasana PBC yang diadakan.

PBC pada kali ini bakal menampilkan beberapa pemimpin, antaranya PJS Sharifah Sulaiman, PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali, PJS Syed Salahuddin Syed Mahayaddin, PJS Zanbli Abd Rashid, PJS Sabri Ahmad, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Suhaiza Rusli, PJS Abdul Jalil Zainol, PJS Muzalina, PJS Normah Zainol dan dibantu oleh beberapa fasilitator terlatih.

Kepada pemimpin dan peserta yang berminat untuk hadir, bolehlah mendaftar terus kepada Pengarah PBC, PJS Syed Ageel (013-4882778) dan PJS Zanbli Rashid (019-4104013). Penyertaan masih terbuka kepada semua. Yuran pendaftaran RM180.00.

Ends.............

Thursday, September 24, 2009

PJS KAK BEDAH DALAM KENANGAN


Pengarah Jati Setia (PJS) Kak Bedah dari Perak telah kembali ke Rahmatullah selepas magrib tadi (24 Sept 2009). Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.....Alfatihah.

Sehubungan itu, pohon semua PJS dan Pemimpin HPA di semua PBC dan Kelas Mingguan menganjurkan Majlis Tahlil untuk disedekahkan kepada Allahyarhamah...


Tuesday, September 22, 2009

http://pjskpu.radix2u.com


Assalamu'alaikum wbt.
Terima kasih di atas sokongan & dokongan anda terhadap blog KPU selama ini. Kami bersyukur & gembira dengan keaktifan tuan2/puan2 untuk menjadikan blog ini sebagai salah satu kunjungan wajib apabila anda semua melayari internet.



Setelah mencecah hits akses melebihi 70,000 semenjak ia dilancarkan pada 18rejab1429 / 21julai2008, maka kami telah berkomitmen untuk menaiktaraf blog ini kepada konsep komuniti siber KPU yang lebih dinamik & menarik.


insyaAllah penampilan baru akan menemui anda dalam masa terdekat. Sehubungan itu, sila pastikan anda sentiasa bookmark url yang betul di browser anda :


ALLAHUAKBAR!

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDIL FITRI

Mata kadang tersilap memandang
Telinga terkadang tersalah dengar
Mulut kadang terlepas berucap
Hati kadang terlajak menduga
Mohon maaf segala khilaf yang pasti ada


Dalam kerendahan hati
Ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta
Ada kekayaan jiwa
Dalam gurau senda
Ada khilaf dosa

Jika ada siang, pasti ada malam
Jika ada hitam, pasti ada putih
Jika ada kesalahan, pasti ada maaf


Dalam perjalanan hidup ini kita sempat bertemu
Kemudian berpisah seiring dengan waktu
Bila selama kita seiring jalan ada seteru
Saya hulur maaf dan keredhaan untuk itu


Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena mena
TERumpat bila bila
TERmacam macam lagi yang kena mengena
Semoga dimaafkan


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Admin 1 dan Admin 2

Ends........

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

Pada 11 September 2009, Kelab Pemimpin Perak Utara ( KPPU ) bersama HPA Cawangan Taiping telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Anak Yatim bagi tahun 2009 masihi / 1430 hijrah. Majlis yang telah diadakan di Kompleks Rakan Muda, Taiping, Perak telah dihadiri oleh seramai 100 orang daripada ahli HPA dan juga bukan ahli.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu - aluan daripada pengerusi majlis yang juga Setiausaha Kehormat KPPU, PJ Mohd Affendy Bin Ismail. Setelah itu, ucapan dari Pengerusi KPPU iaitu PJ Mohd Yusfee Bin Mohamed Yusof, mengalu - alukan kedatangan semua hadirin yang hadir pada majlis itu. Dalam ucapan ringkas yang telah disampaikan oleh Pengerusi KPPU itu, menyatakan bahawa majlis seumpama ini adalah yang kedua pernah diadakan. Pada pertama kali adalah pada tahun 2007 yang telah menghimpunkan seramai 20 orang anak yatim. Sumbangan telah diberikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad sebanyak RM 1000.00.


Pada tahun 2008, sumbangan anak yatim tidak diadakan, hanya majlis berbuka sesama ahli HPA sahaja di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping. Manakala pada tahun ini, setelah perbincangan diadakan sesama ahli KPPU, maka diadakan kutipan derma untuk sumbangan anak - anak yatim. Setelah kutipan derma diadakan maka KPPU telah dapat mengumpulkan sebanyak RM 700.00 untuk diagihkan kepada 14 orang anak yatim.
Selepas ucapan Pengerusi KPPU, satu tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Iszafri Bin Ahmad yang dijemput khas dari Taiping. Seterusnya penyampaian sumbangan kepada anak - anak yatim yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Nazeer Bin Hamid, Pengurus Stokis Daerah Pantai Remis, Perak. Beliau juga merupakan ahli KPPU.

Di antara barisan kepimpinan KPPU yang turut hadir pada majlis ini ialah PJ Mohd Irwan Azahari Tahir, PJ Sazali Salihuddin, PJ Hindon Abdul Aziz dan PJ Nabisah Hassan.

Dikesempatan ini, KPPU ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah sudi menyumbangkan derma dari segi kewangan dan juga tenaga bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberkati kita semua, amin.


PIC JAKARTA PADA 03 DAN 04 OKTOBER 2009

Buat pertama kali PIC dijakarta akan diadakan di ITHPA Indonesia bertempat di Pulau Mas Jakarta Pusat pada 3 dan 4 oktober nanti. Mereka yang berminat boleh mendaftar segera dengan pehak ITHPA dengan menghubungi kantor AWMIT Indonesia. PIC ini juga diadakan serentak dengan perasmian Institud Teknologi HPA dan 3 buah homestay yang disiapkan untuk keperluan anggota .


Disamping itu PIC kali ini dibuat antara peserta Malaysia dan Indonesia dimana peserta Malaysia yang berminat untuk mengikuti program hanya perlu menyediakan tiket penerbangan pergi balik ,makan dan tambahan pengurusan RM200.00 (ditanggung tempat tinggal,jemput di Bandara,lawatan ke AWMIT, Cawangan -cawangan HPA ,pusat perawatan ahli-ahli HPA).Manakala aktiviti lain adalah tangungan sendiri dan pakej ini hanya untuk kunjungan 5 hari sahaja iaitu 3 hari acara resmi dan 2 hari acara bebas.


Pakej ini hanya dibuka untuk 10 pemohonan terawal daftar segera di http://hpa.com.my/ithpa/daftar_pic.php. Atau Mereka yang berminat boleh memohon kepada pengurus HPA Indonesia (En Ghani - 013 5139717) atau Pengurus Antarabangsa(Ust Samad - 0194340717) dengan membuat bayaran segera.

Ends.....sumber blog PU

Wednesday, September 16, 2009

Saham Akhirat

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan harta bendanya pada jalan Allah SWT ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula seratus biji. Dan ( ingatlah ) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas kurniaanNya lagi Maha Mengetahui"
(Surah Al-Baqarah : ayat 261)

(1)Sumbangan kepada SRIBU (Sek Ren Islam Bahrul Ulum), Permatang Pauh, P.Pinang :
a. Pembangunan Kompleks SRIBU di Bukit Minyak, Bkt Mertajam, Pulau Pinang,
b. Saguhati 'idilfitri untuk para pelajar & guru.

rujukan : http://sribu.net

Akaun Bank Islam : 070 160 1004 6830
Mudir : Ust Mohd Yusni Mat Piah, 019 4500660

(2) Sumbangan kepada Madrasah Zubaidiyah, Merbok , Kedah :
a. Pengurusan Madrasah & pengajian anak-anak yatim
b. Membina, menyiapkan & melengkapkan bangunan tiga tingkat (kelas pengajian & asrama pelajar Tahfiz Al-Quran) dengan kos sekitar RM1.5 juta.

Akaun Bank Islam : 020 200 1000 2134
Mudir : Ust Hanif Hj Ghazali, 019 4805683

wallahu a'lam.

Tuesday, September 15, 2009

TAHAJUD DI MASJIDIL HARAM





Beginilah suasana solat tahajud di Masjidil Haram di malam yang ke-23 (malam tadi)...Jutaan manusia tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan anugerah Lailatul Qadar yang hanya dalam pengetahuan Allah SWT. Tugas kita sebagai hamba hanyalah berusaha dan bertawaakal kepada-Nya.

Monday, September 14, 2009

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".


Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.


Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.



Ends.........."ingat ketika susah, dan beringat semasa senang"

KURSUS HERBALIS SIRI-17

Tarikh : 11 Oktober - 31 Oktober 2009
Yuran : RM2500.00
Tempat : Bandar HPA Sungai Petani

Bayaran Boleh dibuat mulai Sekarang
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nama : Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan HPA)
No A/C: 02020010052950
No Tel : 04-4419094 (Hpa Training Multimedia)
No Faks : 04-4419254

CEPAT!!! DAFTAR SEGERA SEBELUM TERLEPAS.
"KE ARAH MEREALISASIKAN PERUBATAN JAWI"

Borang : http://hpa.com.my/ithpa/herbalis17.doc
(Sila dapatkan borang dengan klik link di atas)

Sunday, September 13, 2009

PEMIMPIN KPU HULURKAN SUMBANGAN

Ramadhan datang dan pergi. Saban tahun kita menanti kehadirannya dan kita sambut dengan penuh rasa gembira kerana hadirnya penuh dengan rahmat dan keberkatan. Namun dalam saat kita bekerja dan berniaga denga hasil puluhan ribu ringgit sebulan, masih ada insa yang hidupnya serba daif dan serba kekurangan. Makannya hanya sekali sehari sahaja. Itu pun bukan beras atau nasi yang dimakan. Cuma ubi keledek sekadar mengalas perut bagi meneruskan kehidupan.

Inilah yang dialami oleh Puan Noriza Binti Arshad yang tinggal di No.46, Lorong 2, Taman Seri Impian (hadapan Institut Perguruan Sultan Abdul Halim), Jalan Kuala Ketil, Sg Petani Kedah. Ibu kepada 11 orang anak ini menyara kehidupan dengan mengambil upah sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah di sini. Namun pendapatannya untuk Ramadhan ini tiada kerana kantin sekolah ditutup.

Suaminya pula kurang sihat dan hanya mampu bekerja mengambil upah menanam ubi keledek di tanah milik rakannya di Batu 2. Anak sulungnya berusia 17 tahun dan yang lain-lainnya 5 orang masih bersekolah. Ada yang masih kecil seusia 5 tahun. Melihat kepada keadaan rumahnya yang serba daif, sudah pastilah suasana Hari Raya pada kali ini tidak mendatangkan apa-apa makna baginya sekeluarga. Hendak makan pun tidak cukup dan tidak mampu, apatah lagi untuk membeli baju raya bagi anak-anaknya. Makan pun kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Itupun makan cuma sehari sekali sahaja.

Atas dasar tanggungjawab bersama, membantu kepada yang memerlukan, maka pihak PJS KPU yang diwakili PJS Mohd Nadzri Ahmad dan PJS Ismail Othman hadir bagi menyampaikan sumbangan makanan dan wang ringgit bagi meringankan keluarga tersebut.

Kepada mana-mana pemimpin KPU yang berhasrat membantu dan menghulurkan sumbangan, bolehlah terus datang ke alamat tersebut dan melihat sendiri keadaan yang ada. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Kalau tidak kita siapa? Kalau tidak sekarang, bila? Inilah masanya untuk kita buktikan apa yang dikata.

Ends....

Saturday, September 12, 2009

SOSEJ HPA : BERSIH, SUCI DAN HALAL

PRODUK BARU


Keraguan untuk menikmati sosej kini bakal terungkai apabila HPA mengambil tanggungjawab sebagai alternatif terbaik di dalam memanfaatkan lagi Produk Ayam Organik. Daripada Ayam Organik, maka lahirlah Sate Ayam Organik, dan kini lahirlah pula Sosej Ayam Organik. Kepada penggemar sosej, inilah sosej yang halal dan suci. Selepas ini mungkin akan lahir daging burger ayam organik dan Nugget ayam organik.



Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 12



Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 10

Nilai Mata (NM): 2

Ends.....

PEMIMPIN KPU TEROKA KUALA GANDAH, PAHANG

Pada 5 September 2009 yang lalu bertempat di Pusat Koservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang Pahang, beberapa pemimpin KPU berjaya mengadakan Program Pra PBC di sana. Program anjuran PUSPANITA membabitkan seramai 30 ahli yang begitu minat untuk mendengar dan mengetahui lebih lanjut sejarah perjuangan HPA.

Program ini dikendalikan oleh PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Noormah Zainol, PJS Asenah Mustafa, PJ Haselina Mohd Sagaf dan PJ Hanis Huqaimi.

Tokoh PUSPITA yang bertungkus lumus mengatur program ini ialah Puan Noraini Nasaruddin dan Puan Hanie Haron. Mereka adalah pelopor yang membolehkan HPA bertapak dan mula berkembang di daerah ini.

Kejayaan ini merupakan satu lagi sejarah bagi KPU yang berjaya membuka peluang dan melebarkan sayap rangkaiannya ke pusat konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Program bertemakan “Produk Halal Tanggungjawab Bersama” anjuran PUSPANITA Bukit Renggit, Kuala Gandah Jabatan Perhilitan Pahang ini berlangsung dengan semangat kekeluargaan.

Program ini merupakan satu misi bagi memenuhi jemputan daripada beberapa orang ahli PUSPANITA yang sebelum ini pernah menyertai Progran Perkongsian Bijak Cemerlang di Hotel Seri Malaysia Taiping, Perak.Minat terhadap keunikan syarikat serta produk halal HPA di kalangan ahli PUSPANITA amat tinggi dan Alhamdulillah telah ada permintaan untuk menganjurkan PBC pertama di sana.



Ends...

HPA LANCAR KELAB KEMBARA

Kelab Kembara HPA telah ditubuhkan secara tidak rasmi pada 09-09-09. Pengendali kelab ini ialah Pengarah Jati Mahadi Che Harun. Kelab ini terbuka kepada semua ahli HPA yang berminat untuk mengembara dan merantau "Selangkah ke Alam Herba".



Antara aktiviti yang dirancang ialah :



1. Khidmat Sosial, Ekspedisi Herba.

2. Pengembaraan Menghasilkan Dokumentasi Herba di Dalam dan Luar Negara.

3. 'Survival' dalam hutan seperti :

- Penggunaan Kompas

- Penentuan Spesis Tumbuhan Tidak Beracun.

- Rawatan Kecederaan Dan Kewcemasan

- Bahan Anti Bisa/Keracunan haiwan dan lain-lain.




Trip buat masa ini hanya meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Objektif utama kelab ini adalah ingin mencari diri serta mengenal dunia luar.Trip biasanya dibuat setelah ada persetujuan antara ahli kelab, kerana masing-=masing mempunyai kerjaya. Tujuan kami hanya satu..mahu kenali dan berbangga dengan khazanah yang ada di bumi



KEPADA YANG BERMINAT MENJADI AHLI KELAB, BOLEHLAH LAYARI:



http://hpa.com.my/kembara



Ends......





Friday, September 11, 2009

IFTOR JAMAI'E URUSETIA PBC KEPALA BATAS

Atas dasar tanggungjawab bersama dalam merangka dan menyusun strategi serta memantapkan lagi PBC, Urusetia PBC Kepala Batas, Seberang Perai Pulau Pinang telah mengadakan Program Berbuka Puasa pada 9 Sept, 2009, di Hotel Seri M'sia Kepala Batas.

Sempena Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan ini diharapkan agar setiap yang dicadang, dibincang dan dirancang akan membuahkan hasil ke arah kecemerlangan HPA.

Seramai 25 drp 30 urusetia hadir pada majlis ini. Mereka disambut dan diraikan oleh pengurus dan pegawai hotel yang begitu ramah. Hadir sama ialah Pengurus Besar Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Mohd Irnal.
Antara PJS yang hadir: PJS Zanbli, PJS Muzlina, PJS Syed Ageel, PJS Suhaiza dan semua pemimpin yang mengurus dan mengendalikan PBC Kepala Batas.


KHIDMAT PERBAHARUI INSURAN KENDERAAN BERMOTOR : TAKAFUL

Pihak KOWAHIDA memohon kerjasama semua Pengarah Jati Setia (PJS), PEMIMPIN serta AHLI-AHLI HPA agar mengambil insurans kenderaan bermotor (kereta) dengan Koperasi Wahida HPA Berhad.

Bagi mereka yang berminat untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor (kereta) dengan pihak Koperasi Wahida HPA Berhad boleh berbuat demikian mulai kini.

Lampirkan bersama dokumen yang diperlukan iaitu:

1. Salinan Geran Kenderaan.
2. Sijil Insurans Lama / Cover Note.

KAMI AKAN URUS UNTUK DAPAT NCD KENDERAAN ANDA dan AKAN URUS PENGHANTARAN CUKAI JALAN KENDERAAN ANDA.

Sebarang pertanyaan boleh melalui pegawai koperasi yang bertugas iaitu

Encik Shamsul Azrin Bin Saaid ( 04 -977 3813 /14/ 019-4112717) atau terus ke pejabat KOWAHIDA Kangar, Perlis.

Ends......

KEISTIMEWAAN KAD VIP HPA


  • Pemegang kad layak berbelanja di setiap anak syarikat HPA terpilih tanpa mengeluarkan wang tunai

  • Pemegang kad diberi layanan VIP

  • Pemegang kad berpeluang mendapat diskaun 5%.

  • Kaedah bayaran melalui potongan bonus bulanan

  • Pengedar layak mendapat bonus melalui nilai mata seperti biasa dengan setiap perbelanjaan menggunakan HPA VIP CARD.
Kad VIP HPA diperkenalkan untuk keselesaan berbelanja di semua anak syarikat HPA tanpa menggunakan tunai. Antara anak syarikat HPA berikut menerima HPA VIP CARD:-


  • RADIX FRIED CHICKEN SDN BHD

  • RADIX ORIENTAL CUISINE

  • RADIX CHICKEN HOUSE

  • RADIX BAKERY HOUSE

  • EL ZAHRAA HOTEL

  • JAWI HOMESTAY

  • PUSAT PERABUT PJS

  • TOHARAH DOBI

  • HPA ILHAM HOLIDAY

  • HPA MULTIMEDIA SALES & SERVICES

  • JAWI HERB SHOP

  • HPA COLLECTION

  • HPA ORGANICS

  • MUTIARA HIKMAH (KEDAI BUKU & STATIONARY)

Wednesday, September 9, 2009

KPU KULIM ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TARAWIKH





Majlis berbuka puasa bersama ahli HPA anjuran KPU Kulim telah diadakan pada 8 September 2009 Bersamaan 18 Ramadhan 1430H Bertempat di perkarangan HPA Cawangan Kulim. Kehadiran seramai lebih kurang 80 orang yang terdiri daripada pemimpin, fasi dan pengedar. PJS yang hadir Ustaz Mohd. Zamri Bakar, Ustazah Siham Hashim dan Cikgu Zainuddin Abdul. Seterusnya bersolat terawih berjamaah di Dewan HPA Cawangan Kulim. Majlis berakhir pada jam 9.30 malam.

Ends....

Sunday, September 6, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM


Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan kepada Anak-anak Yatim akan diadakan pada 11 SEPTEMBER 2009 (Jumaat), jam 6.00 petang di Kompleks Rakan Muda, Taiping Perak. Tiket berbuka dan sumbangan dijual dengan harga RM15 sahaja. Sesiapa yang sudi hadir dan menderma dengan ikhlas untuk anak-anak yatim amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disampaikan kepada Ustaz Mohd Yusfee di talian 019-4410611.

"BANYAKKAN AMAL DI BULAN MULIA"

Ends....

Friday, September 4, 2009

KINI RFC SUNGAI PETANI DAN SHAH ALAM MILIK KOWAHIDA

Pihak RFC Sdn Bhd bersetuju untuk menyewa ruangan kedai di Sungai Petani dan Shah Alam dengan Koperasi Wahida HPA bagi diwujudkan peniagaan kedai makan segera (RFC). Dengan ini kita mengharapkan koperasi boleh menyediakan lebih banyak ruangan kedai bagi tujuan seperti di atas.

Pihak RFC juga akan mencari lebih banyak tempat borpotensi bagi memperbesarkan lagi peniagaan ini. Target tahun 2009 ,RFC memiliki lebih dari 20 buah cawangan diseluruh Malaysia. InsyaAllah. Pada masa kini terdapat 3 buah RFC iaitu 2 di Sungai Petani dan 1 buah di Alor setar. RFC di Melaka,Perlis dan Kluang dijangka siap dalam bulan ini atau awal bulan hadapan. InsyaAllah.

JOM RAMAI- RAMAI AHLI KOPERASI KHUSUSNYA MAKAN DI RFC SP DAN SHAH ALAM (DIBUKA TAHUN HADAPAN)

Ends.......sumber blog PU

INFO TERKINI KOWAHIDA


1. InsyaAllah RFC di Shah Alam usahasama antara Koperasi Wahida HPA Berhad & Radix Fried Chicken Sdn. Bhd. akan mula beroperasi pada hujung tahun ini.


2. KOWAHIDA secara rasminya telah mengambil alih syer RFC di Lagenda Height Sungai Petani,Kedah.

3. Kemudahan Pinjaman Jual Beli Produk HPA berasaskan konsep Islami (Murabahah) telah pun diluluskan oleh Lembaga KOWAHIDA. Syarat pinjaman jual beli tersebut aterbuka kepada para PJS yang telah mencapai bonus RM 1,500 ke atas dengan jaminan Bonus nya, manakala pengedar yang bukan PJS boleh memohon kemudahan ini dengan Jaminan PJS dan Bonus PJS tersebut. Peraturan lanjut akan diperincikan oleh pihak KoWahida dalam masa terdekat ini.. InsyaAllah.



TERUS BERKEMBANG BERSAMA KOWAHIDA.

Ends.....sumber KOWAHIDA

Thursday, September 3, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA CRC PASIR GUDANG

Pada Sabtu 29 Ogos 2009, CRC Pasir Gudang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di di rumah Pengerusi Committee Radix Centre , PJ Puan Rahmah Rahmat. Seramai 40 orang telah hadir.



Hadir sama PJM Syed Ageel beserta isteri PJS Suhaiza Rusli dan keluarga yang sudi meluangkan masa datang dari Pulau Pinang menjadikan majlis berbuka puasa CRC brtambah bermakna bersama PJE Khalid Salim bersama isteri PJ Isnaimah juga beberapa pemimpin yang lain.



Ikatan ukhwah yang disimpul erat di atas satu landasan
perjuangan yang sentiasa dikongsi bersama segala pahit
getir laluannya adalah bukti berat sama dipikul dan ringan
sama dijinjing. Semoga diberi Allah segala keberkatan
sempena bulan ramadhan yang mulia ini. Insyaallah diharap
dapat berjumpa lagi pada 27 september 2009 sempena
sambutan hari raya CRC.

Ends........sumber CRC

Wednesday, September 2, 2009

DIVIDEN KOWAHIDA : LULUS 14%

INFO TERKINI KO WAHIDA

SALAM KEPADA SELURUH PEMEGANG SAHAM KOPERASI HPA(KO WAHIDA)

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt, Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) dengan rasminya meluluskan permohonan Ko Wahida untuk melakukan pembayaran dividen 14% kepada seluruh pemegang saham berakhir Jun 2008.

Sehubungan dengan itu, pihak Koperasi akan menghantar surat penyata saham dan dividen kepada pemegang saham dan akan sampai selewatnya hujung bulan ini. Para pemegang saham yang menerima surat tersebut dikehendaki menjawab surat tersebut bagi menyatakan hasrat untuk menebus dividen atau melabur kembali sebagai saham.

Sebarang pertanyaan sila hubungi HQ koperasi di no tel 04-9773813/04-9773814 atau email ke: copwahida@gmail.com atau kowahida@yahoo.com


MARI MELABUR DAN TERUS MELABUR KE KO WAHIDA.

Ends.....

Tuesday, September 1, 2009

PAU AHMAD KA P.A FOOD?



Sekali pandang nampak ada logo halal. Dua kali pandang nampak P.A FOOD..

Syarikat ni milik Islam ke bukan?

Pakat-pakat pikiag sendiri lah...

Sapa-sapa yang selalu makan PAU AHMAD tu...eloklah siasat dulu..Sapa tokeh syarikat ni...





PENDEDAHAN SYARIKAT..MILIK.ORG BKN ISLAM

PA SDN BHD = Pau Ahmad SDN BHD.




Tipah Tertipu daaa…., nasib baik tak suka makan pau….





P A Food Sdn Bhd

2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang 43500 Semenyih Selangor

Malaysia



Tel: 03-8723 1735

Fax: 03-8723 1886



Managing Director

Mr Ding Hong Sing

Finance Director

Ms Siaw Voon Fong



Business:

P A Food Sdn Bhd has vast experience in the manufacturing of fine

flour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns,

Mantau, Yutiao, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosas, Spring Rolls,

Curry Puff, Spring Roll Pastry & Instant Curry Paste etc.



Email: lcding@...



URL: http://www.pa-food.com/



Agak-agaknya siapakah empunya sebenar syarikat ini?



Lensa eKPU