Thursday, September 17, 2009

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

Pada 11 September 2009, Kelab Pemimpin Perak Utara ( KPPU ) bersama HPA Cawangan Taiping telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Anak Yatim bagi tahun 2009 masihi / 1430 hijrah. Majlis yang telah diadakan di Kompleks Rakan Muda, Taiping, Perak telah dihadiri oleh seramai 100 orang daripada ahli HPA dan juga bukan ahli.

Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucapan alu - aluan daripada pengerusi majlis yang juga Setiausaha Kehormat KPPU, PJ Mohd Affendy Bin Ismail. Setelah itu, ucapan dari Pengerusi KPPU iaitu PJ Mohd Yusfee Bin Mohamed Yusof, mengalu - alukan kedatangan semua hadirin yang hadir pada majlis itu. Dalam ucapan ringkas yang telah disampaikan oleh Pengerusi KPPU itu, menyatakan bahawa majlis seumpama ini adalah yang kedua pernah diadakan. Pada pertama kali adalah pada tahun 2007 yang telah menghimpunkan seramai 20 orang anak yatim. Sumbangan telah diberikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad sebanyak RM 1000.00.


Pada tahun 2008, sumbangan anak yatim tidak diadakan, hanya majlis berbuka sesama ahli HPA sahaja di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping. Manakala pada tahun ini, setelah perbincangan diadakan sesama ahli KPPU, maka diadakan kutipan derma untuk sumbangan anak - anak yatim. Setelah kutipan derma diadakan maka KPPU telah dapat mengumpulkan sebanyak RM 700.00 untuk diagihkan kepada 14 orang anak yatim.
Selepas ucapan Pengerusi KPPU, satu tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Iszafri Bin Ahmad yang dijemput khas dari Taiping. Seterusnya penyampaian sumbangan kepada anak - anak yatim yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Nazeer Bin Hamid, Pengurus Stokis Daerah Pantai Remis, Perak. Beliau juga merupakan ahli KPPU.

Di antara barisan kepimpinan KPPU yang turut hadir pada majlis ini ialah PJ Mohd Irwan Azahari Tahir, PJ Sazali Salihuddin, PJ Hindon Abdul Aziz dan PJ Nabisah Hassan.

Dikesempatan ini, KPPU ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah sudi menyumbangkan derma dari segi kewangan dan juga tenaga bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberkati kita semua, amin.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU