Saturday, September 12, 2009

PEMIMPIN KPU TEROKA KUALA GANDAH, PAHANG

Pada 5 September 2009 yang lalu bertempat di Pusat Koservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang Pahang, beberapa pemimpin KPU berjaya mengadakan Program Pra PBC di sana. Program anjuran PUSPANITA membabitkan seramai 30 ahli yang begitu minat untuk mendengar dan mengetahui lebih lanjut sejarah perjuangan HPA.

Program ini dikendalikan oleh PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Noormah Zainol, PJS Asenah Mustafa, PJ Haselina Mohd Sagaf dan PJ Hanis Huqaimi.

Tokoh PUSPITA yang bertungkus lumus mengatur program ini ialah Puan Noraini Nasaruddin dan Puan Hanie Haron. Mereka adalah pelopor yang membolehkan HPA bertapak dan mula berkembang di daerah ini.

Kejayaan ini merupakan satu lagi sejarah bagi KPU yang berjaya membuka peluang dan melebarkan sayap rangkaiannya ke pusat konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Program bertemakan “Produk Halal Tanggungjawab Bersama” anjuran PUSPANITA Bukit Renggit, Kuala Gandah Jabatan Perhilitan Pahang ini berlangsung dengan semangat kekeluargaan.

Program ini merupakan satu misi bagi memenuhi jemputan daripada beberapa orang ahli PUSPANITA yang sebelum ini pernah menyertai Progran Perkongsian Bijak Cemerlang di Hotel Seri Malaysia Taiping, Perak.Minat terhadap keunikan syarikat serta produk halal HPA di kalangan ahli PUSPANITA amat tinggi dan Alhamdulillah telah ada permintaan untuk menganjurkan PBC pertama di sana.



Ends...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU