Monday, September 28, 2009

Facebook : Antara Pro & Kontra


“Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.
“You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.
“Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya. Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.
“Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.
“Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.

PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK
Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia. Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook.

Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.

...lanjutkan pembacaan anda ke :

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU