Thursday, October 1, 2009

SAMBUTAN AIDIL FITRI KOMUNITI KULIM MERIAH

Kelab Pemimpin Utara (KPU) Kulim dan HPA Cawangan Kulim telah mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri pada hari Selasa, 29 September 2009 bersamaan 10 Syawal 1430 jam 9.00 malam. Program yang dihadiri oleh lebih 60 orang pengedar ini, diserikan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh PJS Cikgu Nadzri Ahmad, PJ Us Syamizam Ibrahim dan PJ Misbahah Mohd Idris. Antara perkara yang ditekankan adalah semangat ukhuwwah dan niat yang ikhlas dalam memperjuangkan HPA. Turut hadir PJS Noormah bt Zainol, PJS Asnah bt PK Mustafa dan suami, PJS Us Mohd Zamri Bakar dan PJS Ustazah Siham Hashim serta fasi-fasi Kulim.



Meeting Mingguan Kulim setiap malam Selasa kali ini telah dimeriahkan dengan sedikit majlis jamuan hari raya. Ianya bertujuan mengeratkan silaturrahim sesame pengedar dan membangkitkan semula semangat untuk kembali aktif dalam meneruskan perjuangan bersama HPA dalam memasarkan produk halal setelah sebulan meeting mingguan dihentikan bagi memuliakan bulan Ramadhan Al-Mubarak.



Pada tahun lepas program jamuan hari raya dimeriahkan dengan aktiviti seperti mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan masakan bagi wanita dan pertandingan kopi tarik yang telah 2 kali menjadi acara tahunan. Namun begitu, ia terpaksa dibatalkan memandangkan agak sukar untuk mengadakan mesyuarat AJK disebabkan masing-masing masih sibuk. Justeru itu kita mengantikan dengan jamuan malam meeting sahaja.


Alhamdulillah kehadiran yang tidak dijangkakan kerana majlis ini dianjurkan oleh staf cawangan dan sedikit bantuan dari beberapa orang leader dalam penyediaan makanan. Kerjasama yang baik ini diharapkan dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang kerana mereka merupakan agen paling hampir dengan pengedar-pengedar di satu-satu kawasan. Terima kasih diucapkan kepada staff HPA Cawangan Kulim yang di ketuai oleh Roslan dan anak buahnya Din , Faisol, Ilia dan Syafinaz.


Ends.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU