Sunday, June 21, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN KOWAHIDA BERJALAN LANCAR

Mesyuarat Agung Perwakilan Kowahida Kali ke-3 berlangsung dengan sempurna di Hotel de Palma Ampang pada 20 JUN 2009. Mesyuarat tersebut dirasmikan pembukaannya oleh Encik La'anaim Bin Haji Jamil, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perlis.

Seramai 70 perwakilan hadir dari Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Borneo dan Zon Selatan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh PJS Syed Ageel Syed Mahayadin berakhir pada jam 1.30 petang.

Seramai 15 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah dipilih untuk menerajui KOWAHIDA bagi tahun 2009/2010. Mereka ialah :

1. Mohd Faisol Abdul Rahman
2. Azizan Ahmad
3. Mohd Rosli ABu Bakar
4. Zawiyah Mohd Noor
5. Fisal Tajudin
6. Abdul Ghani Hussain
7. Rashidah Abd Rahim
8. Zamri Othman
9. Ismail Othman
10. Zaharah Yusoff
11. Khalid Iskri
12. Ramli Bin Ahmad
13. Che Norbee Ramli
14. Hafidzan Fauzi
15. Norhaida Bt Ramli

ALK juga dalam mesyuaratnya yang pertama selepas Mesyuarat Agung Perwakilan, telah memilih 3 orang PJS untuk dilantik sebagai Juru Audit Dalaman Kowahida. Mereka ialah PJS Syed Ageel, PJS Mohd Aseri Hanapiah dan PJS Syed Salahuddin.

Dengan berkahirnya mesyuarat tersebut, KOWAHIDA dijangka akan meningkatkan usaha bagi memastikan perjalananya akan lebih mantap dan cemerlang ke arah merealisasikan hasrat HPA untuk menubuhkan sebuah BANK ISLAM sebagaimana wujudnya BANK RAKYAT.

Ends...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU