PROGRAM PEMANTAPAN DI CAWANGAN BANDAR BARU UDA
Program Pemantapan di Cawangan HPA Bandar Baru Uda (BBU) selamat diadakan dengan jayanya pada 14 Jun 2009. Walaupun sedikit terlewat namun program yang di kelolakan oleh PJS Syed Ageel tetap mendapat sambutan dengan kehadiran peserta seramai 48 orang dan ianya menjadi satu permulaan yang cukup baik bagi BBU. Turut hadir memeriahkan lagi program ialah PJS Roslina Hashim.

PJS Syed Ageel merupakan antara pembentang modul yang sangat diminati kerana sering menyentuh isu-isu terkini dengan gayanya yang mencuit hati para hadirin membuatkan setiap program yang dikendalikan mendapat maklum balas yang amat mengalakkan.
Sesungguhnya setiap kesungguhan itu jika berterusan akan membuahkan kejayaan dan sebaliknya jika setiap usaha yang dibuat hanya separuh jalan maka hasilnya hanyalah satu kerugian. Maka dengan itu diharapkan program pemantapan ini telah dapat mengejutkan kesadaran setiap pejuang-pejuang ekonomi umah yang telah terlena sebentar.
Ends......sumber email CRC.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.