Monday, June 29, 2009

FUTSAL KPU BERJAYA GEMILANGKAN PJS

Tanggal 25 hb Jun 2009 bermula jam 9.00-11.00 malam,KPU telah menganjurkan perlawanan Futsal KPU yang bertemakan “Menjana Ukhuwah Dan Kecerdasan Fizikal”.Program diadakan di gelanggang Futsal Gemilang ,bersebelahan dengan kilang kosmetik muslimah HPA di Sg Lalang,Sg Petani.Program yang julung kali diadakan ini akan diadakan setiap bulan. Ia mendapat sambutan hampir 50 orang PJS dan pemimpin-pemimpin KPU sekitar Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut pengarah program, PJS Ust Mohd Zahir Ghazali, "riadhah ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan di antara PJS serta pemimpin-pemimpin juga pengedar yang baru.Di samping itu ,ianya juga bertujuan untuk memberikan ruang untuk beriadhah dan membina kesihatan fizikal memandangkan pemimpin-pemimpin KPU yang mana pada hari ini terlalu padat dengan berbagai aktiviti dalam dewan seperti PBC dan lainnya.

Pasukan yang bertanding bergambar kenangan sebelum pertandingan bermula


Manakala menurut seorang PJS yang turut serta ,PJS Tuan Syed Salahuddin berkata, beliau amat berharap untuk masa-masa akan datang riadhah seperti ini dapat diteruskan dan mendapat sambutan yang lebih baik dari pemimpin-pemimpin KPU.Beliau yang mewakili team RADIX FC berpuas hati dapat menjaringkan satu gol buat pasukannya ketika bertemu pasukan JATI FC, walaupun RADIX FC tewas dengan jaringan 7-1 di tangan JATI FC yang bermain dengan begitu cemerlang pada malam itu.Gol-gol Jati FC dijaringkan oleh PJS Ust Mohd Zahir,PJS Ust Zamri Bakar,PJS Norhyzad,PJS Abd Razak Md Arif,PJS Syed Agel,PJS Mohd Zaidi Ghazali dan PJ Sobhi Hassan.



Perlawanan baru saja bermula, siapa sangka PJS Syed Ageel memecah kebuntuan mencari gol pendahuluan pasukan JATI FC."Hang pa ingat aku kaki bangku ka, 20 tahun tak main je",kata PJS Syed Ageel. Kehebatan penjaga gol RADIX FC, PJ Mohd Noor Shafie ternyata berjaya menyelamatkan pasukannya dari dibolosi dengan jumlah gol yang lebih besar.

Perlawanan Futsal yang akan datang akan diadakan pada 16 Julai 2009 bermula jam 9.00-11.00 malam.

Ends......sumber berita PJS Syed Ageel

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU