Monday, June 8, 2009

PERINGATAN BUAT USAHAWAN HPA...INGATLAH!

Sedekah Memperbanyak Rezeki


Jika anda ingin berdo'a memohon rezeki, berilah sedekah terlebih dahulu.

If you want to pray to the Lord for better means of subsistence then first give something in charity.

Di antara anak Imam Jaafar As-Shadiq, ada yang bernama Muhammad. Kadangkala Muhammad memiliki baki pendapatannya beberapa dinar. Imam As-Syadiq, pada satu ketika, bertanya,

"Berapakah baki wang kamu?"

Muhammad menjawab, "Empat puluh
dinar."

Imam As-Syadiq terus berkata, "Sedekahkan semua wang kamu ke jalan Allah."

Muhammad menjawab, "Saya tidak memiliki wang selain wang yang ada ini, jika saya sedekahkan semuanya, maka saya tidak akan memiliki sebarang wang lagi."


Imam As-Syadiq menjawab, "Sedekahlah wang itu dan Allah akan menggantikannya, tidakkah engkau tahu bahawa segala sesuatu itu ada kuncinya dan
kunci rezeki adalah bersedekah!"

Muhammad menerima nasihat ayanhandanya dan menyedekahkan 40
dinar yang ada baki hasil pendapatannya. Belum sampai sepuluh hari, ada orang memberi Imam As-Syadiq sebanyak 4,000 dinar.

Lalu Imam As-Syadiq berkata kepada Muhammad, anaknya, "Anakkuk,! Kita memberi sedekah demi Allah sebanyak 40 dinar, dan Allah menggantikannya dengan 4,000
dinar, iaitu sebanyak 100 kali gandanya."
Ends.......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU