Monday, May 25, 2009

MESYUARAT AGUNG KOWAHIDA ZON UTARA

Koperasi Wahida HPA Berhad akan mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan bagi melantik perwakilan untuk hadir ke Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke – 3.

Sehubungan dengan itu, Koperasi Wahida HPA Berhad menjemput semua anggota-anggota Koperasi yang layak untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Anggota yang layak untuk hadir adalah anggota yang telah menjelaskan yuran kemasukan anggota beserta minimum modal saham RM 200.00 mengikut Undang-undang kecil Koperasi Bahagian IV seksyen 10, 11, 12, dan 16 akta.

ALK yang bertanggungjawab bagi ZON UTARA ialah:

1-Mohd Faisol Abd Rahman
2-Azizan Ahmad
3-Rosli Abu Bakar 
4-Fisal Ahmad Tajuddin
5- Abdul Ghani Bin Hussein
6- Ismail Bin Othman
7- Zamri Bin Othman
8- Rashidah Abd Rahim
9- Norbee Ramly

boleh menerima pendaftaran daripada anggota-anggota yang layak untuk hadir ke Mesyuarat Agung Kawasan tersebut mulai pada tarikh notis ini di keluarkan. Berikut merupakan butiran maklumat mengenai mesyuarat anggota bagi  ZON UTARA:

Tarikh :  27  Mei 2009 (RABU) 
Jam : 10.00 pagi – 12 tengah hari
Tempat :  Dewan RFC Sungai Petani, Kedah


AGENDA MESYUARAT AGUNG KAWASAN 2009
1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
2.Membentang ringkasan draf akaun teraudit koperasi bagi tahun kewangan berakhir Disember 2008
3.Membentangkan belanjawan tahunan
4.Mengumumkan dividen bagi modal saham berakhir 30 Jun 2008
5.Membentangkan pindaan undang – undang kecil Koperasi Wahida HPA Berhad
6.Melantik perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke – 3
7.Membincangkan usul untuk di bawa ke Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke – 3

“ PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Ends.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU