Monday, May 18, 2009

HPA GEMPUR DARUL QURAN KUALA KUBU BARU

HPA berjaya menembusi sasaran barunya dalam usaha memperkenalkan produk HALAL LAGI BAIK. Pada kali ini bertempat di Darul Quran (DQ) Kuala Kubu Baru Selangor, hampir 600 pelajar dan kakitangan berjaya dihimpunkan bagi mendengar ceramah penerangan tentang HPA.


Pelajar dan Kakitangan DQ sedang mendengar ceramah PJS Syed Ageel


Ceramah bertajuk " HPA dan ISU PEMAKANAN HALAL" telah disampaikan oleh PJS Syed Ageel Syed Mahayadin pada 15 MEI 2009 yang lalu di
Dewan Besar DQ. Program ini berlangsung sehari selepas Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad melancarkan kiosk HPA di Masjid Kuala Kubu Baru.

Peserta khusyuk mendengar ceramah HPA


Program ini berlangsung atas usaha dan kerja kuat yang ditunjukkan oleh PJ Shamsudin Ishak, yang merupakan sayap KPU di Kuala Kubu Baru. hadir sama membantu dan memberi sokongan serta bertindak sebagai f
asilitator ialah PJS Rohani, PJ S Ustz Yusuf Ahmad, PJ Othman Said dan PJ Johari Zakaria.


PJS Syed Ageel, PJS Ustaz Yusof dan PJ Shamsudin Ishak merupakan tetamu kehormat DQ


PJS dari KPU juga telah mengadakan sesi rawatan te
rhadap kakitangan dan pelajar-pelajar Darul Quran. Semua pelajar yang hadir merupakan para HUFFAZ yang sedang mengikuti pengajian Sijil dan Diploma Tahfiz Al-Quran di bawah kelolaan dan pembiayaan oleh JAKIM.

PJS Syed Ageel dan Ustaz Mohd Nazri Abu Zarin dari DQ


Selain itu,tenaga pengajar yang memberi sokongan kuat kepada HPA ialah Ustaz Mohd Nazri Abu Zarim yang merupakan pensyarah DQ. Ketika ditemui, beliau memberi jaminan dan keyakinan bahawa pada suatu hari nanti HPA bakal bertapak kuat dan kukuh di Darul Quran dan Kuala Kubu Baru.

Barisan PJS KPU bergambar dengan Tenaga Pengajar dan Pemimpin HPA Darul Quran


Tahniah dan syabas kepada PJS Syed Ageel dan rangkaiannya yang sentiasa bergerak cergas memperkenal dan mempromosi HPA di mana saja dan sanggup mengharungi cabaran dan dugaan yang datang menimpa.

Ends....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU