Sunday, May 17, 2009

PBC TABUNG HAJI BAYAN LEPAS CAPAI SASARAN

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan pada 16 dan 17 MEI 2009 di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas mencapai sasaran yang diharapkan. Seramai 58 peserta dan 14 penceramah serta fasilitator hadir membantu dan menjayakan PBC pada kali ini.


Sebahagian peserta PBC sedang mendengar slot yang disampaikan


Menurut Pengarah PBC, PJS Sohimi (Mi Besi), ini merupakan PBC pertama diadakan di kompleks Tabung Haji Bayan Lepas di Pulau Pinang. Kerjasama yang ditunjukkan oleh penceramah dan fasilitator amat baik sekali.

Kebanyakan peserta yang hadir melahirkan rasa syukur kerana bertemu dengan HPA. Mereka akan menjadikan HPA sebagai wadah perjuangan dalam mencari rezeki memandangkan industri perkilangan mengalami kemerosotan yang amat teruk. Ramai pekerja kilang diberhentikan. Kehadiran HPA di Pulau Pinang memberi peluang kepada mereka untuk menceburi bidang MLM ini secara lebih serius demi masa depan diri dan keluarga.


Antara PJS dan fasilitator yang menggerakkan PBC Tabung Haji


Antara PJS dan fasilitator KPU yang hadir mengisi slot PBC pada kali ini ialah PJS Sabri Ahmad, PJS Abdul Jalil Zainol dan isteri, PJS Salehuddin Ramly, PJS Ismail Othman, PJ Ustaz Khalid Jaafar (stokis HPA Batu Maung), PJ Masnawi Che Ani, PJ Wan Haslina, PJ Zainol Othman, PJ Norimah Nayan, PL Mahiran Md Lazim, PJX Jamaluddin, PJX Juraidah Mohamed dan beberapa lagi fasilitator hadir membantu.

PJS Abdul Jalil dan PJS Sohimi adalah tonggak utama PBC di Tabung Haji



Salah seorang PJS sedang berkongsi pengalaman


PBC akan datang akan diadakan pada 20 dan 21 JUN 2009 di tempat sama. Para peserta PBC kali ini berjanji akan membawa seramai mungkin peserta dalam usaha menggempur HPA di Pulau Pinang.

Ends......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU