Sunday, May 10, 2009

PBC KEPALA BATAS CIPTA SEJARAH BARU HPA DI PULAU PINANG

Kehadiran seramai 168 peserta ke PBC Kepala Batas pada 09 dan 10 Mei 2009 yang lalu memberikan petanda baru bahawa HPA di Pulau Pinang sedang menuju era baru dan bakal mencipta satu sejarah yang pastinya akan sentiasa terpahat di hati sanubari setiap pemimpin dan peserta yang hadir.


Suasana peserta PBC di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, SPU

Hasil kegigihan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh dua PJS yang berpotensi dan berdedikasi, PJS Syed Ageel dan PJS Zanbli, menjadikan PBC pada kali ini antara yang teramai pernah diadakan di Pulau Pinang, terutama di Seberang Perai Utara. Suasana tempat kursus, iaitu Hotel Seri Malaysia yang bertaraf 4 bintang, menjadikan PBC kali ini lebih selesa, sempurna dan memberi kesan mendalam kepada para peserta.


Pengarah PBC Bersama, PJS Syed Ageel dan PJS Zanbli,
berjaya gegarkan Kepala Batas

Gandingan mantap dua PJS ini yang bertindak sebagai pengarah bersama berjaya menghadirkan ramai PJS KPU yang merupakan Top 10 HPA. Antara yang hadir menyampaikan slot ceramah ialah PJS Ustaz Mohd Zahir, PJS Syed Salahuddin, PJS Sharifah Sulaiman, PJS Ismail Othman, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Noreda Hamid, PJS Suhaiza, PJS Noormah Zainol PJS Muzlina dan PJS Habibah Yusof (dari Kuala Lumpur).


Sebahagian PJS KPU yang hadir menyampaikan slot dan berkongsi pengalaman



Hadir sama membantu adalah fasilitator terlatih dari KPU yang bertungkus lumus siang dan malam menjayakan PBC pada kali ini. Antaranya ialah PJS Shamsuri Muat, PJS Abdul Jalil Zainol, PJS Rohani Mohd Noor, PJS Abdullah Abu Hasan, PJ Shikh Mohd Noor, PJ Johari, PJ Othman, PJ Norsehar, PJ Cikgu Ariff, Shahdat, Roshhide, Borhan, Azmi, Razi, Norwaheeda, Fadzlina, Balkhis, Hazirah dan beberapa lagi muka baru mewarnai PBC Kepala Batas.


Gambar Kenangan PBC Kepala Batas



Beberapa peserta yang ditemui melahirkan rasa syukur dengan adanya PBC di kawasan Kepala Batas ini. Meraka berasa lebih mudah dan senang untuk menghantar peserta memandangkan Kepala Batas merupakan kawasan baru yang pesat membangun.


Pemimpin dan peserta bergambar kenangan



Ramai peserta PBC berjanji akan menghantar rakan mereka ke PBC akan datang yang akan diadakan pada 4 dan 5 Julai 2009 di tempat yang sama. Sudah pasti suasana dan kebangkitan HPA di kawasan Kepala Batas akan lebih meriah dan membanggakan. Yang pasti HPA akan terus bangkit di kawasan utara, iaitu Zon di bawah naungan Kelab Pemimpin Utara (KPU).



Ends.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU