Tuesday, May 26, 2009

HPA TERUS GEMPUR PASIR GUDANG

HPA berjaya meneruskan kecemerlangannya menggempur Pasir Gudang apabila berjaya mengadakan Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Hotel Scientex pada 23 dan 24 MEI 2009 yang lalu. Kehadiran hampir 70 peserta pada kali ini membayangkan bahaw Pasir Gudang mampu merealisasikan impian HPA untuk muncul sebagai bandar terhebat di selatan tanah air selepas Sungai Petani.


Suasana PBC di Hotel Scientex Pasir Gudang


Menurut Pengarah PBC, PJ Rahmah Rahmat, PBC pada kali ini menampilkan gabungan mantap di kalangan PJS dari KPU dan KPA. Antara yang hadir mengisi slot ialah PJS Syed Ageel, PJS Syed Salahuddin, PJS Mohd Nadzri Ahmad. Selain itu beberapa PJS KPA turut hadir, antaranya PJS Siti habibah Yusof (KAK BIB), PJE Fauzani (Demo Produk), PJS Roslina Hashim dan PJE Khalid Salim (slot bersama pemimpin). PJ Ustaz Haji Mohd Fauzi dari Pasir Gudang bertindak sebagai moderator yang memainkan peranan menghidupkan majlis.

Beberapa PJS sedang menyampaikan slot dan bergambar kenangan


Kehadiran PJS dari dua kelab ini menjadikan PBC di pasir Gudang sentiasa mantap dan memenuhi kehendak dan impian setiap peserta. Komitmen dan kehadiran ramai PJS menjadikan HPA makin dikenali di Pasir Gudang, sekaligus membuka era baru dalam usaha memartabatkan HPA di selatan tanah air.

Ends.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU