Monday, May 25, 2009

KOWAHIDA DIJANGKA KELUARKAN DIVIDEN 14%

Salam seluruh Warga HPA

Alhamdulillah. Dalam usia 2 tahun penubuhan, kami menjangkakan akan mengeluarkan 14% dividen kepada seluruh pelabur yang berakhir 30hb Jun 2008. Walaupun dunia menghadapi kegawatan ekonomi, namun kita berjaya mengambil jalan keluar dan menjayakan perniagaan berlandaskan syariah. Tahun lepas Kowahida hanya mengeluarkan 10% dividen sahaja.

Terbukti rancangan usahasama perniagaan projek kopi, ayam organik dan takaful yang di jalankan oleh Ko Wahida telah mencatatkan keuntungan dan sekali gus memberikan peluang kepada seluruh pelabur.

Justru itu saya berharap kepada seluruh warga HPA, untuk terus melabur dalam Ko Wahida. Saya juga berharap kepada para pengedar khususnya para PJS supaya berurusan dengan lebih aktif termasuk urusan insuran kereta peribadi.

Ends.....dari blog GM HPA (Sheikh Faisol)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU