Sunday, May 24, 2009

PROGRAM GEMA - KEPIMPINAN KPU

Program GEMA Kepimpinan KPU akan diadakan pada 11 JUN 2009 (Khamis), jam 8.00 hingga 11.00 malam bertempat di Hotel Sungai Petani Inn. 

Menurut Pengarah Program, PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali, program ini terbuka kepada khusus untuk bekas peserta PBC tahun 2006 dan 2007. Setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM5.00 seorang dan akan dibayar oleh PJS masing-masing. Peserta perlu memaklumkan nama kepada PJS. Mana-mana peserta yang tidak mendaftar tidak dibenarkan hadir ke program tersebut.

Program ini bertujuan untuk menjana semula kekuatan dan kefahaman di kalangan bekas peserta-peserta PBC. Ramai di kalangan peserta PBC yang gugur dan lemah dalam meneruskan perjuangan sebagai usahawan HPA. Oleh yang demikian, program ini diharap dapat menjana semula kekuatan dan semangat juang di kalangan bekas peserta PBC.

Ends...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU