Sunday, May 3, 2009

PBC JITRA TERUS MEMBANGUN DAN CEMERLANG

Kehadiran seramai 98 peserta ke PBC yang diadakan di Dewan Taman Siswa, Bandar Darul Aman, Jitra membuktikan bahawa HPA semakin bertapak kukuh di daerah itu. Saban hari HPA mula menjadi sebutan dan igauan kepada seluruh penduduk setempat.

Wajah Pengarah PBC yang sentiasa serius


PJS Syed Ageel, antara pemimpin yang lahir melalui Program PBC


PJS Syed Salahuddin, dari kerjaya Peguam Syariah, kini Usahawan HPA


Pengerusi Majlis yang sentiasa menghidupkan majlis


Penglibatan di kalangan penjawat awam dan pekerja sektor swasta dalam setiap program anjuran HPA, menjadi pemangkin dan rangsangan utama ke arah kecemerlangan HPA di sana.


Semangat juang yang tinggi di kalangan peserta PBC


Menurut Pengarah PBC pada kali ini, PJS Salehuddin Ramly, kehadiran ramai pemimpin KPU terutama di kalangan PJS menjadikan PBC yang dianjurkan semakin bersemangat dan mendapat perhatian yang amat menggalakkan. Pada PBC kali ini beberapa PJS dari KPU hadir. Antaranya PJS Syed Salahuddin, PJS Syed Ageel, PJS Ustaz Mohd Zahir, PJS Sabri Ahmad, PJS Ustaz Zamri Jusoh dan PJS Zawiyah@ Kak Nor dari Pantai Timur yang menyampaikan Slot Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan.

Barisan pemimpin dan peserta bergambar kenangan


Selain itu beberapa pemimpin dan fasilitator tempatan juga turut hadir dan bertungkus lumus menjayakan PBC. Antaranya PL Mohd Sidek dan beberapa orang lagi.


Ends.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU