Wednesday, April 29, 2009

PBC PENANG TERUS CEMERLANG

Kerjasama dan semangat juang yang tinggi di kalangan pemimpin KPU menyebabkan PBC yang berlangsung pada kali ini di Hotel Nashmir, Juru Pulau Pinang mencapai kejayaan yang membanggakan.


Sebahagian peserta PBC di Hotel Nashmir


PBC yang berlangsung selama 2 hari pada 25 dan 26 APRIl 2009 dihadiri seramai 87 peserta.Suntikan semangat dan motivasi yang diberikan oleh pemimpin berjaya menjadikan Pulau Pinang antara penyumbang utama kepada peningkatan jualan HPA di Zon Utara.


Menurut Pengarah PBC, PJS Aseniah Badri, PBC pada kali ini mendapat komitmen yang baik dari semua PJS KPU Pulau Pinang. Antara mereka yang hadir menyampaikan slot ialah,
PJS Shamsuri Muat (Kenali Syarikat), PJS Abdul Jalil Zainol (Gerak Kerja 6M), PJS Mohd Aseri Hanapiah (Plan Pemasaran), PJS Aseniah Badri (Diangos Melalui Saraf Tapak Tangan), PJS Sabri Ahmad (Halal dan Haram dan Produk Pilihan).

Barisan pemimpin dan fasilitator PBC Nashmir


Selain itu, PBC pada kali ini turut dibantu oleh barisan kepimpinan baru terdiri daripada PJ Jumale dan PJ Mohd Sheikh. Hadir sama menyuntik semangat juang kepada peserta ialah PJS Syed Ageel Syed Mahayaddin. Hadir sama membantu ialah pemimpin-pemimpin lain yang bertindak sebagai fasilitator.


Ends......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU