Monday, April 13, 2009

PENDEDAHAN ISU HALAL HARAM : SYED AGEEL WAKILI HPA

PJS Syed Ageel telah mewakili HPA dan KPU ke Program Pendedahan Isu Halal dan Haram Dari Aspek Makanan dan Penggunaan yang diadakan pada 12 APRIL 2009 di Masjid Bukit Indah, Ampang Selangor.


Suasana majlis penerangan HPA di Masjid Bukit Indah, Ampang


Program anjuran Jawatankuasa Masjid itu turut dihadiri sama oleh Haji Zainal Abidin Jaafar (Pengurus Besar Bahagian Audit & Pensijilan HDC - Halal Industry Development Corporation) dan 150 peserta lain. Selain HPA, Syarikat G-Shah Corporation juga turut hadir.


PJS Syed Ageel sedang menyampaikan ceramah (atas)


Hadir sama ialah Haji Shaharudin (Pengarah G-Shah Corporation) dan beberapa pemimpin syarikat itu. Antaranya Saudara Rasidi Jamri dan Sabedah Haji Jamat.

Antara pemimpin lama dan berpengalaman yang turut sama hadir.

Program ini adalah hasil kerjasama dan cetusan idea daripada imam satu masjid tersebut, Ustaz Mohamad Ariff Abdullah. Beliau juga merupakan tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Darul Quran (DQ), Kuala Kubu Baru. Turut sama membantu ialah seorang pemimpin HPA di kawasan Ampang iaitu Saudara Shamsudin Haji Ishak.

Menurut Ustaz Mohamad Arif, masjid tersebut telah dijadikan pusat tumpuan barangan halal HPA. Sambutan dari anak-anak kariah setempat amat menggalakkan. Beliau menyeru seluruh penduduk Islam di kawasan itu agar sama-sama menggunakan barangan HPA dan jadikan HPA wadah perjuangan umat Islam.

Ends...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU