Saturday, April 11, 2009

KPU ANJUR PBC DI LIMA LOKASI SERENTAK

Kelab Pemimpin Utara (KPU) mengambil langkah drastik dengan menganjurkan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) secara serentak di lima lokasi di Zon Utara pada 11 dan 12 APRIL 2009.

Lima lokasi itu ialah di Kulim Inn, Seri Malaysia Taiping, SP Inn Sg Petani, Naza Hotel Pulau Pinang dan BUkit jawi Resort, Bukit Mertajam. Menurut Presiden KPU, PJS Azizan Ahmd, penganjuran ini bertujuan untuk merealisasikan impian HPA dan PJS serta semua pengedar ke arah pencapaian jualan RM15 juta sebulan pada Mei ini.

Suasana PBC yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Taiping, Perak.


Oleh itu, langkah drastik dan gerak kerja tersusun perlu dilakukan segera bagi mengerakkan rangkaian dan menjana momentum baru ke arah pencapaian tersebut. Pada April ini sahaja, KPU mensasarkan 20 PBC dapat dilaksanakan dan menganggarkan 1500 pemimpin baru dapat dilahirkan.

Ends....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU