Tuesday, April 28, 2009

PROGRAM KEPIMPINAN KPU

Kelab pemimpin Utara (KPU) sekali lagi meneruskan program kepimpinannya yang akan berlangsung pada 03 MEI 2009 (Ahad)  di Hotel SP Inn Sungai Petani. bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Program ini terbuka kepada semua peserta GEN-1 hingga GEN-6 yang telah melalui kursus kepimpinan dan pemantapan yang diadakan dulu. Antara tentatif pengisian program adalah seperti berikut:

1.  Kupasan dan Perincian MLM (Syariah) HPA
2.  Bahaya Bahan Kimia Dalam Pemakanan oleh Dr Afidah Abd Rahim.
3.  Taklimat Zakat Perniagaan oleh Ustaz Ku Mat Ali
4.  Diskusi Buku Jutawan MLM - 7 orang pendiskusi PJS dari KPU.

Penyertaan program ini adalah secara PERCUMA. Selain itu ada kaunter jualan buku dan bahan-bahan ilmu dari HPA disediakan. Buku berjodol JUTAWAN MLM dijual dengan harga RM17.00 sahaja.

Peserta yang hadir hendaklah memakai blazer dan berkasut serta kemas. Bagi peserta muslimat pula hendaklah menutup aurat, memakai stokin dan mematuhi etika berpakaian yang disyariatkan oleh Islam. Maklumat kanjut sila hubungi PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali di talian 012-4269003.


Ends.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU