Tuesday, April 21, 2009

KPU TERUS GEGARKAN PBC PASIR GUDANG

KPU meneruskan perjuangannya di bumi Johor apabila berjaya menghadirkan seramai 110 peserta ke PBC yang diadakan di TS Hotel (Scientex), Pasir Gudang pada 18 dan 19 APRIL yang lalu.

Suasana PBC di TS Hotel, Pasir Gudang


Menurut Pengarah PBC, PJ Rahmah Rahmat, PBC kali ini antara yang paling meriah dan mendatangkan kesan yang mendalam kepada para peserta. Kehadiran ramai PJS dari KPU dan KPA memberikan satu suntikan baru ke arah kecemerlangan HPA di selatan tanah air. HPA bakal bangkit di Pasir Gudang memandangkan sambutan yang amat menggalakkan dari pemimpin dan pengedar.

PJE Fauzani Ismail sedang mengadakan demo produk(atas) dan PJM Rosmandi sedang menyampaikan motivasi niaga (bawah)


Antara PJS yang hadir menyampaikan slot dan memberi motivasi niaga ialah PJM Ismail Othman, PJM Mohd Nadzri Ahmad, PJM Syed Salahuddin, PJM Rosmandi Ishak, PJM Siti Habibah Yusuf, PJI Syed Ageel, PJE Khalid Salim, PJE Harja, PJE Ustza Fauzi, PJE Fauzani Ismail dan PJ Siti Norhidayah (Bayu).


Pemimpin dan penggerak Komuniti HPA Pasir Gudang


Gabungan pemimpin dari KPU dan KPA memberikan satu impak yang cukup besar kepada kebangkitan ini. Semoga usaha murni ini akan berterusan bagi memastikan HPA akan terus cemerlang dan gemilang di bumi Johor.

Ends...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU