Sunday, February 1, 2009

PBC PENGKALAN HULU MAMPU LONJAKKAN JUALAN HPA

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berlangsung di Chalet Air Panas Pengkalan Hulu (Kroh), Perak dijangka mampu menjadi penyumbang kepada jualan syarikat dalam mencapai sasaran RM15 juta sebulan.

Peserta PBC sedang mendendangkan 'Teman Sejati'

Ustaz Zaidi sedangkan menyampaikan slot KOPI RADIX



Kursus selama dua hari yang berlangsung pada 31 Januari dan 01 Februari 2009 dihadiri seramai 60 peserta. Menurut Pengarah PBC, PJS Noreda Hamid, kehadiran sebegini adalah julung-julung kali berlaku di daerah ini. Kehadiran yang ramai seperti ini menandakan bahawa HPA bakal bertapak kukuh dan menguasai pasaran produk halal di daerah Hulu Perak.


Peserta muslimat


Peserta muslimin


Peserta dan fasilitator bergambar kenangan di akhir PBC


Kebanyakan peserta adalah dari kawasan Baling, Kroh dan Gerik. Dijangkakan untuk PBC akan datang kehadiran peserta akan bertambah sekali ganda lagi. Oleh yang demikian, semua peserta diharap dapat membuat pendaftaran awal bagi mengelakakn penyertaan di saat akhir ditolak.



Ends.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU