Saturday, February 14, 2009

PBC PERTAMA DI JITRA MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN

Kehadiran ramai peserta dalam PBC yang diadakan pada 13 dan 14 Februari 2009 di Taman Siswa, Jitra Kedah menjadi penyumbang besar kepada peningkatan jualan HPA Zon Utara. Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pemimpin HPA KPU berjaya menghadirkan seramai 91 peserta ke PBC tersebut.

Sebahagian peserta yang hadir ke PBC Jitra


Kehadiran peserta OKU membakar semangat peserta


PBC ini merupakan PBC yang pertama diadakan di Jitra sejak dilancarkan pada Disember 2005 yang lalu. Pengarah bersama PBC kali ini ialah PJS Syed Ageel dan PJS Salehudin Ramly. Selain itu beberapa PJS turut hadir bagi mengisi slot yang menjadi modul PBC.

Tenaga penggerak yang menjayakan PBC Jitra


PJ Ustaz Mohd Yusof sedang menyampaikan slot


Antara yang hadir ialah PJS Syarifah Sulaiman (Slot Saraf Tapak Tangan), PJS Sabri Ahmad (slot Radix Satu Pilihan), PJS Ustaz Kamal (slot Halal dan Haram), PJS Syed Ageel (Gerak Kerja 6M) dan PJ Ustaz Yusof Ahmad (slot Kenali Syarikat).

Ends...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU