Thursday, February 19, 2009

PJS PERLU ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN


Semua Pengarah Jati Setia (PJS) KPU yang menjadikan HPA wadah ekonomi perlu istiqamah dalam perjuangan. Demikian dinyatakan oleh Pengurus Besar HPA, Mohd Faisol Abd Rahman.

Beliau berucap kepada 53 PJS KPU dalam satu perjumpaan yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani baru-baru ini. Selain itu beliau juga mengingatkan semua PJS agar akur dengan Jawatankuasa Tribunal yang dilantik oleh HPA. Ahli tribunal merupakan perantara di antara HPA dan semua PJS mengikut zon masing-masing. Oleh yang demikian semua PJS perlulah patuh dan akur dengan setiap keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa tribunal.

Sebelum itu dalam ucapan aluan, Pengerusi KPU, PJS Azizan Ahmad mengingatkan semua PJS KPU agar dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada beliau. Beliau tidak mahu ada di kalangan PJS yang bertindak sesuka hati dan membelakangi keputusan dan peraturan KPU. Sebagai Presiden beliau mahu perjalanan KPU pada tahun 2009 lebih mantap dan cemerlang dalam setiap gerakerja yang dirancang.

Ends....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU