Friday, February 13, 2009

JUALAN LOT UNTUK LABUR DALAM RFC TIDAK DIBENARKAN

Dalam kesempatan kerancakan RFC mengembangkan sayap peniagaanya ada sebahagian daripada ahli HPA mula menunjukan minat bagi membuka RFC ditempat mereka melalui perkongsian bersama.

Bagi mencukupkan modal satu juta misalnya mereka membuka lot-lot saham seperti RM50 ribu satu lot. Namun bagitu sesuatu yang perlu diingatkan bahawa individu atau syarikat tidak dibenarkan mengambil diposit kepada orang ramai kecuali dengan keizinan Bank Negara Malaysia (BNM).

Perkongsian dengan RFC bukan dengan kaedah itu tetapi dengan cara membuka Syarikat Sdn Bhd antara individu (Hj Ismail) dengan individu lain . Contuh RFC di Alor Setar dibuka dengan pendaftaran RFC Shahab Perdana SDN BHD dengan bermodalkan 80% dari Hj Ismail dan 20% daripada individu. 80% bernilai 4 juta sementara 20% bernilai sejuta.Namun bagitu keuntungan dibahagikan mengikut persetujuan bersama.

Pihak syarikat tidak menerima pelaburan berbentuk lot-lot yang diwujudkan dengan nilai tertentu kerana ini menyalahi peraturan BNM dan akan memberikan kesan negatif kepada HPA disuatu hari nanti.

Semua PJS sila ambil perhatian dan sampaikan maklumat ini dengan tepat dan betul.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Ustaz Adnan bahagian pentadbiran HPA.


Ends.........................sumber blog PU.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU