Saturday, February 21, 2009

KPU LEBARKAN JARINGAN PBC DI CAMERON HIGHLANDS

Kelab Pemimpin Utara (KPU) berjaya mengadakan PBC yang pertama di Hotel Cool Point Cameron Highlands pada 21 dan 22 Februari 2009. Inilah julung-julung kali KPU mengadakan PBC di daerah ini.



Sebahagian peserta PBC Cameron Highlands di Cool Point Hotel


Ia adalah hasil usaha PJS Noreda Hamid yang merupakan Pengarah PBC pada kali ini. Seramai 47 peserta hadir pada kali ini. Hadir sama menyampaikan slot pada PBC yang pertama ini ialah PJS Mohd Nazri Ahmad (slot Radix Satu Pilihan), PJS Ismail Othman (slot Plan Pemasaran), PJS Syed Ageel Syed Mahayadin (slot Gerak Kerja 6M), PJ Ustaz Zaidon (slot Halal dan Haram), PJS Noreda Hamid (slot Saraf Tapak Tangan) dan PJS Meor Juhaidi (slot Kenali Syarikat).



Tiga PJS KPU yang menjadi penggerak utama PBC Cameron Highlands


Selain itu PBC pada kali ini juga dibantu oleh beberapa fasilitator dari KPU. Antaranya PJE Haridah Khanun, PJS Abdul Halim, PJ Sabariah, PR Norhamizah, PR Zaleha Mat Saad dan beberapa lagi fasilitator tempatan.


Ends.......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU