Sunday, August 16, 2009

PBC BALING TERUS DAPAT SAMBUTAN SELEPAS KONVEK 2009

Bertempat di Hotel Bayu, Baling, Kedah, Kelab Pemimpin Utara (KPU) berjaya mengadakan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) pada 14 dan 15 OGOS yang lalu. Seramai 50 peserta hadir dengan penuh minat dan semangat juang yang tinggi.

Menurut Pengarah PBC, PJS Cikgu Razak Hussain, PBC pada kali ini nampak lebih baik kerana peserta yang hadir mendapat semangat baru selepas KONVEK 2009. Walau pun daerah BALING merupakan kawasan yang agak pedalaman, namun semangat perjuangan untuk memartabatkan produk HALAL lagi BAIK amat tinggi. Kempen kesedaran terhadap penggunaan produk HPA diteruskan dari semasa ke semasa tanpa henti.

Pada PBC kali ini beberapa pemimpin dari KPU hadir menyampaikan slot. Mereka ialah PJS Ustaz Zaidon (Pengenalan Syarikat), PJS Ustaz Zamri (Plan Pemasaran HPA), PJS Cikgu Razak Hussain (Gerak Kerja 6M), PJS Muzafar Aliyasak (Produk Pilihan), PJS Roshadah Razak (Diagnos Tapak Tangan), PJS Ustaz Asri Hussain (Halal dan Haram),

Hadir sama membantu dan menjadi fasilitator ialah PJ Rahimi Razak, PJS Md Khatib Hussain, PJ Ridzuan Razak, PJ Azhar Hashim, PJE Umi Kalsom, PJ Cikgu Ishak, PJ Ustazah Salmah, PJ Norhayati, PJ Ustaz Che Me dan PJ Azli.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU