Tuesday, August 18, 2009

PBC KEPALA BATAS TERUSKAN SEMANGAT JUANG HPA PULAU PINANG

Kehadiran seramai 170 peserta di Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Seberang Perai Utara pada 15 dan 16 OGOS 2009 yang lalu membangkitkan semangat juang yang berterusan menggempur HPA di Pulau Pinang.

Dengan dibarisi beberapa pemimpin hebat dari Kelab Pemimpin Utara (KPU), PBC pada kali ini berjaya menzahirkan sentuhan yang meninggalkan kesan cukup mendalam kepada para peserta. Para peserta diberi suntikan semangat juang yang cukup tinggi oleh para pemimpin. Mereka yang hadir menyampaikan slot ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Sharifah Sulaiman, PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali, PJS Syed Salahuddin, PJS Syed Ageel dan PJS Zanbli Abd Rashid.

Selaku Pengarah bersama, PJS Syed Ageel dan PJS Zanbli berjaya menjadikan PBC Kepala Batas cukup gemilang dan terbilang. Pengalaman, sikap keterbukaan dan semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh mereka berdua berjaya menjadikan PBC pada kali ini meninggalkan nostalgia yang cukup bermakna kepada para peserta.

Hadir merasmikan PBC ialah Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, Mohd Faisol Abd Rahman. Beliau melahirkan rasa kagum dan sangat gembira dengan semangat dan kehadiran serta perjalanan PBC Kepala Batas. Baginya, PBC yang dianjurkan adalah yang terbaik dan patut dicontohi oleh Pengarah-pengarah PBC di tempat lain. Kerjasama dan semangat setiakawan yang dicernakan dalam menguruskan PBC Kepala Batas patut dicontohi dan diteladani.

Tahniah kepada semua tenaga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan PBC pada kali ini. PBC akan datang akan diadakan pada OKTOBER 2009. Kepada pemimpin dan peserta yang berminat bolehlah mendaftar mulai sekarang. Tempat adalah terhad. Hubungi PJS dan pemimpin berdekatan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU