Sunday, August 9, 2009

PBC KULIM TERUS MANTAP

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan pada 08 dan 09 OGOS di Kulim Inn telah dihadiri seramai 58 peserta. Menurut Pengarah PBC, PJ Ustaz Mohd Shamizam, PBC pada kali ini mendapat sambutan luar biasa daripada ahli dan pengedar HPA sekitar bandar KULIM.

Komuniti KULIM sedang memikirkan tempat yang sesuai bagi mengadakan PBC pada masa akan datang memandangkan KULIM INN sudah tidak mampu menampung peserta yang melebihi 50 orang. Ini menyebabkan pihak urusetia terpaksa menolak permohonan beberapa peserta kerana faktor kapasiti dewan yang agak terhad.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU