Tuesday, August 4, 2009

DUA PJS KPU DINOBATKAN PJM TERBAIK MALAYSIA

Dua orang Pengarah Jati Setia (PJS) dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah dinobatkan sebagai Pengarah Jati Mahkota (PJM) Terbaik Malaysia pada KONVEK'09 yang berlangsung di MAEPS, Serdang Selangor baru-baru ini.



Mereka ialah PJM Ustaz Mohd Zahir Ghazali dan PJM Sharifah Sulaiman. PJM Ustaz Mohd Zahir adalah anak kelahiran Kg Perak, Bukit Selambau Kedah. Beliau adalah lulusan daripada Universiti Damanhur, Mesir dalam bidang Syariah Islamiah. Mula mencebur diri dalam HPA sejak beliau masih lagi menuntut di Mesir. Beliaulah juga orang yang bertanggungjawab membawa HPA ke Mesir pada tahun 2001. Delegasi HPA yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Haji Ismail Ahmad dan rombongan berjaya menembusi pasaran di kalangan para pelajar Malaysia di Mesir.

Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau telah memberi tumpuan sepenuh masa kepada perniagaan HPA di samping memberi kuliah pengajian agama di surau dan masjid. Kegigihan beliau dalam perjuangan HPA cukup terserlah. Rangkaian beliau berada di seluruh negara. Bermula dari Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan juga Sarawak.

Pada KONVEK'09 yang lalu, PJM Ustaz Mohd Zahir telah dianugerahkan sebagai TOP 20 HPA, mendapat anugerah menunaikan fardu Haji, anugerah pakej pelancongan ke Australia dan Sepanyol.


Sementara itu, PJM Sharifah Sulaiman menceburkan diri dalam HPA sejak 1997. Beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Isteri kepada PJI Cikgu Ahmad Suberi Murad ini mula berjinak-jinak dengan HPA atas sokongan dan dokongan serta galakan daripada suami. Pada peringkat awal penlibatannya, PJM Sharifah Sulaiman terpaksa melalui liku-liku perjalanan yang cukup mencabar. Beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan sebelum berjaya menempuh kejayaan yang cukup cemerlang.


Pada peringkat awal penglibatannya, PJM Sharifah Sulaiman banyak mempelajari ilmu perubatan dan perawatan melalui kelas dan kuliah yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan HPA. Beliau tidak pernah ketinggalan mempelajari selok belok herba dan ilmu perawatan walau di mana saja kelas diadakan. Berkat kegigihan dan kesabaran beliau dalam menuntut ilmu, akhirnya PJM Sharifah Sulaiman mampu menjadi perawat yang cukup baik. Ini merupakan satu anugerah Ilahi kepada beliau yang tidak pernah kenal erti letih dan jemu. Dalam usia baru mencecah 40an, PJM Sharifah Sulaiman kini boleh berbangga dengan pencapaian tertinggi 5 angka yang diperolehinya. Pada KONVEK'09 yang lalu, PJM Sharifah Sulaiman juga telah dianugerahkan sebagai TOP 20 HPA dan mendapat anugerah menunaikan fardu Haji, anugerah pelancongan ke Australia dan Sepanyol.

Tahniah kepada kedua-dua PJM dari KPU atas pengiktirafan HPA dalam KONVEK'09 yang lalu.

Ends..............

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU