Saturday, August 8, 2009

PROPIN KPU BINA PEMIMPIN PELAPIS

Program Kepimpinan (PROPIN) anjuran Kelab Pemimpin Utara (KPU) yang diadakan selama dua hari pada 8 dan 9 OGOS di Bukit Jawi Resort diharap dapat melahirkan pemimpin pelapis yang bakal meneruskan perjuangan HPA. Demikian ditegaskan oleh Pengarah PROPIN, PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali.

Sebahagian peserta PROPIN


PROPIN yang berlangsung selama 2 hari itu dihadiri hampir 100 peserta yang merupakan pemimpin dari GEN-1 hingga GEN-6. Hadir menyempurnakan perasmian ialah Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, Encik Mohd Faisol Abdul Rahman. PROPIN pada kali ini sama seperti PROPIN yang lalu, di mana pemimpin dari KPU dijemput mengisi slot yang ditetapkan. Antara yang hadir ialah PJS Ismail Othman (Mendasari Plan Pemasaran HPA), PJS Mohd Nadzri Ahmad (Kaedah Mengenali Produk), PJS Sharifah Sulaiman (Kemahiran Diagnos Saraf Tapak Tangan), PJS Azizan Ahmad (Teknik Demo dan Homeparty) serta PJS Zaharah Mat Zain dan PJS Jamaliah Omar (Bersama Pemimpin). Slot Kenali HPA dan Perjuangannya disampaikan sendiri oleh Pengarah PROPIN.

GM HPA sedang menyampaikan Motivasi dan Perasmian PROPIN



Cenderahati untuk GM HPA disampaikan oleh Pengarah PROPIN



Peserta yang hadir diharap mampu menjadi penceramah dan penggerak terbaik bagi KPU dalam meneruskan agendanya menggempur dan memartabatkan produk HPA.

Ends....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU