Thursday, July 2, 2009

RFC 'DRIVE THRU' SUDAH BEROPERASI DI LAGUNA MERBUK

Alhamdulillah. 29hb Jun 2009: Pada jam 9.30 Pagi ini telah berlangsung majlis pembukaan RFC bandar Laguna. Majlis yang disempurnakan oleh Tuan Pengarah Urusan, Tuan Haji Ismail bin Ahmad dan Pengurus Radix Fried Chicken Sdn Bhd, Ust Ahmad Adnan bin Fadhil yang juga AGM Pentadbiran HPA, telah dihadiri oleh semua kakitangan anak-anak syarikat HPA Industries di Sungai Petani. Sebelum itu bacaan Al-Mathurat telah dibuat.




Dalam ucapannya, Tuan Pengarah Urusan telah mengingatkan kepada semua kakitangan terutamanya yang terlibat dalam pengurusan restoren supaya menjaga akhlak, mementingkan kebersihan dan sentiasa memberi layanan yang paling istimewa kepada para pelanggan. Majlis diteruskan dengan solat Dzuha untuk memohon keberkatan rezki kepada perniagaan ini.

RFC Laguna mula beroperasi hari ini 29 Jun dan cawangan ini merupakan yang paling lengkap berbanding dengan 2 cawangan RFC di Lagenda Height dan Alor Setar. RFC Laguna jugamenyediakan perkhidmatan 'drive thru' atau pandu lalu untuk kemudahan pelanggan yang kesuntukan masa atau ingin menikmati hidangan RFC bersama keluarga di rumah.

Ends.....................

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU