Wednesday, July 8, 2009

FORUM BERSAMA BINTANG (PJM)

Pengerusi Majlis, Ustaz Yusri membuka laluan

6 Julai 2009:

Forum Bersama Bintang bertajuk “Membongkar Rahsia Kejayaan Usahawan HPA” anjuran Kelab Pimpinan Utara (KPU) di Cawangan HPA Kota Sarang Semut berlangsung dengan sejarahnya tersendiri. Lebih 140 orang memenuhi dewan sejak awal lagi menanti kehadiran dua ahli panel :

PJS Ustaz Mohd. Zahir Ghazali dan PJS Syed Ageel Bin Syed Mahayaddin.


Moderator Forum, PJS Mudzaffar membongkar rahsia ahli panel

Forum yang dipengerusikan oleh PJS Mudzafar ini bertujuan untuk ‘membongkar’ rahsia kejayaan dua PJS yang berbeza latar belakang tetapi sama - mempunyai ‘aura’ luar biasa.

Perkongsian Ustaz Zahir mencuit hati teman-teman seperjuangan

PJS Syed Ageel yang sentiasa bersemangat di dalam penyampaiannya

PJS Syed Ageel yang berimej korporat dan pernah bertugas sebagai eksekutif kanan audit dalaman di Penang Port Sdn Bhd, manakala PJS Ustaz Zahir pula berimejkan Tuan Guru telah menjadi bukti serta ikon bahawa sesiapa saja boleh berjaya bersama HPA. Kedua-dua tokoh ini mengakui bahawa mereka kurang berminat untuk aktif di dalam HPA pada peringkat awal. Ustaz Zahir hanya mahu menjadi pengguna dan Syed Ageel pula menghadiri PBC kerana dipaksa.

Suasana di dalam dewan kuliah yang memuatkan sekitar 140 peserta

Menurut Azizan Ahmad, seorang ahli HPA Kota Sarang Semut, beliau mendapat banyak manfaat dari forum ini. Pengalaman dua PJS ini di dalam mengembangkan jaringan masing-masing amat berharga dan harus dijadikan panduan oleh semua pengedar HPA. Menurutnya lagi, forum ini membuktikan PJS juga bermula dari bawah dan menghadapi pelbagai halangan namun mereka tidak mencari alasan. Sebagaimana ungkapan semangat yang diberikan oleh PJS Ustaz Zahir, “Seseorang yang inginkan kejayaan, dia akan berusaha mencari satu peluang di tengah sejuta halangan, dan seorang yang inginkan kegagalan, dia berusaha mencipta satu alasan di tengah sejuta peluang."

Pengerusi forum, PJS Mudzafar juga berjaya menghidupkan suasana forum dengan pelbagai soalan yang cuba membongkar formula kejayaan dua ahli panel terbabit. Namun rata-rata peserta yang hadir yang ditemui selepas program inginkan forum seperti ini dilaksanakan lagi dengan masa yang lebih panjang.

Kelab Pemimpin Utara (KPU) mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan forum ini.

Laporan Oleh: Ustaz Yusri Yusoff (tel : 019 5511577)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU