Sunday, July 26, 2009

PJM ZAHARAH MAT ZAIN DAN PJM HAFIDZAN FAUZI DINOBATKAN DOTY 2009

Pengarah Jati Mahkota (PJM) Zaharah Mat Zain dan PJM Hafidzan Fauzi telah dinobatkan sebagai "DISTRIBUTOR OF THE YEAR" (DOTY) HPA yang berlangsung di Dewan MAEPS, Sedang Selangor pada 25 JULAI 2009 yang lalu.

PJM Zaharah Mat Zain bersama suami, PJM Azizan Ahmad


PJM Zaharah adalah isteri kepada Presiden KPU, PJM Azizan Ahmad. Beliau memulakan perniagaan bersama HPA sejak 1996. Beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Semenjak bersama HPA, banyak cabaran, rintangan dan halangan yang dilalui dalam mengharungi kehidupan bersama keluarga. Namun dengan semangat dan kekuatan yang ada padanya, semua itu berjaya lalui dan diharungi sehingga berjaya dengan cemerlang bersama HPA.

Sementara itu, PJM Hafidzan Fauzi pula dinobatkan sebagai DOTY lelaki 2009. Beliau mula menceburi perniagaan ini sejak 1997 lagi. Graduan Kejuruteraan Awam ini telah meletakkan jawatan sebagai Kakitangan UPM setelah 14 tahun bertugas dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada HPA. Begitu juga beliau telah mengarahkan isteri pertamanya, PJE Rahmah melepaskan jawatan sebagai Pensyarah UPM dan berjuang bersamanya dalam HPA. Isteri kedua beliau juga seorang graduan lulusan Master of Economic dan isteri ketiganya juga graduan dari UPM.

Kelihatan PJM Hafidzan Fauzi bersama ketiga-tiga isterinya, PJE Rahmah, PJE Fatin dan PJE Asmak.

Semua mereka berpangkat Pengarah Jati Emas (PJE) dan menjalankan perniagaan bersama HPA sepenuh masa. Pengorbanan dan semangat kerja secara berjamaah yang diterapkan dalam keluarga, menjadikan PJM Hafidzan Fauzi berjaya dengan cemerlang bersama HPA. Tahniah...

Ends...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Lensa eKPU